Semester akhir untuk tahun satu baru saja berakhir. Kini tibalah saat cuti musim mana dan akhir semester. Tidak dilupakan yang utamanya adalah cuti menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang dipenuhi dengan rahmat dan pelbagai kebaikan dan manfaat didalamnya. Cuti semester ini disibukkan dengan menikmati keindahan alam di mesir dan juga disibukkan dengan sedikit mencari kewangan untuk menampun pembelajaran disini. Tatkala itu ada juga meminta kongsi kisah atau jalan hidup di mesir. Walaupun masih baru, minum air masin laut merah pun baru dua kali, baru nak mengenali rakyat mesir yang beribu perangai dan akhlak. Yang baik teramat baik, yang kurang baik tu, kuranglah baiknya.