Saturday, 23 February 2013

~Ayat Jiwang Lebih Indah Setelah Bernikah~




     Wajahmu Bukanlah seperti Zulaikha,
Hartamu bukanlah seperti Saidatina Khadijah,
Kaum Kerabatmu bukanlah daripada Bangsawan,
Namun cukuplah bagiKu Keislaman dan Kefahamanmu Tentang Deen yang Mulia ini.
Peribadimu,AkhlakMu.
Sudah meyakinkanKu apa isi HatiMu.
FacebookMu.
Bukanlah dari ayat yang ditampilkan tetapi bagaimana Pengurusan Nya.
Namun sebelum hadirnya dirimu dalam Hidupku,
Aku perlukan kekuatan dan menerima cinta yang asal dan utama dengan lebih Hebat lagi.
InsyAllah akan ku tampil hasrat hati ini bila sudah sampai masanya.

...................................................................................................................................................................


Monday, 4 February 2013

~Kebaikan Dibalas dengan KEbaikan~

 tup!! Tup!!

Lama sudah tidak melukir kata-kata dan mencurahkan Ilmu di Medan Blog ini. Suka citanya saya ingin mengkhabarkan Bahawa saya bukanlah Inginkan Popular namun Isi di Medan Ini mungkin Perlu ditambah Baikkan. Saya terasa sesuatu kekurangan Apabila Komen dan sebarang penambah baikan Tiada.. Mungkin tajuk,Cerita dan isi lansung tiada kebangkitan Ruh dan sebagainya.

Kehidupan seorang yang beriman pasti mengambil Pengajaran Dan sering cuba Untuk memperbaiki diri dan Pasti percubaan untuk memperbaiki dirinya Bukanlah sesuatu yangakan berjaya sepenuhnya. Namun itulah antara usaha yang dilakukan. Yang Pasti, Allah bukanlah menilai kejayaan seseorang hambanya didunia tetapi Allah menilai Setiap Amalan mereka untuk memastikan mereka berada Di syurga ataupun sebaliknya.

" Suatu Hari ,seorang pemuda bermusafir untuk menuju ke sesuatu tempat yang sangat jauh, Di perjalanan, kenderaannya rosak dan ditnggalkan di sebuah penhujung kampung, maka berjalan lah menusuri kampung tersebut dan terserempaklah dengan seorang Pakcik yang sangat baik. Lalu ditegur lah beliau oleh Pak Cik tersebut, 'Assalamu'alaikum Orang muda, nampaknya kamu seperti orang luar yang berada dalam keadaan penat dan pastinya kamu datang dari jauh dan tempat yang ingin kau tujui itu amat jauh sekali. Singgahlah disini untuk berehat semalam, Kumpulkan tenaga kamu."
Lalu Pemuda Tersebut, dibawa ke rumah Pakcik tersebut. Rumah yang sederhana itu dihiasi dengan seorang wanita yang solehah dan menjaga Ayahnya yang tua dan soleh. "Silalah wahai anak Muda, Duduk disini sementara bilikmu dikemaskan dan minumlah dulu serta makanlah sedikit untuk perutmu yang lapar"
Datanglah seorang wanita yang berpurdah di ruang tamu Rumah itu lalu berkata "Wahai Ayahku, biliknya siap dikemaskan saya mohon diri dulu".
"Silalah wahai anakku, balas ayahnya"

Monday, 21 January 2013

~Diantara Dugaan dan Nikmat 2~


KEINGINAN SETIAP INSAN

 Dalam masa yang sama kamal juga tunduk malu dan berasa berdosa akan dirinya yang dahulu sambil mencelah,
“Ahmad, itulah jua kehidupan ingat tak lagi kita Pernah kantoi dulu pasal bawak barang yang tidak dibenarkan ke sekolah dulu, hang selalu cover  line aku, Tapi semua itu pengajaraan buat kita, pastu dah masuk Form 5 dah lar nak SPM duk gila bercinta pula, so serabutlah jawabnya last sekali semuanya terhenti. Aku ….(tunduk Kamal sambil mengenangkan zaman Jahilnya dulu).

Sunday, 20 January 2013

Aku,Mesir dan Kuliah Usuluddin

 
    Berjalan dan terus berjalan dan aku tidak pernah ingin berlari dengan tergesa-gesa untuk mencapai sesuatu kejayaan. Tetapi setelah hampir 3 bulan Aku cuba berjalan, tiba-tiba aku digesa untuk berlari dan menjadikan keadaan kelam-kabut(Tak terurus) dan aku cuba jua untuk terus menghadapinya walaupun dalam keadaan kurang atau lebih tepat lagi tidak bersedia.

Saturday, 12 January 2013

~Diantara Dugaan dan Nikmat 1~

MANISNYA UKHWAH



“ Assalamu’alaikum Akhi,Apa khabar lama dah ke menunggu disini, maaf lah terlambat sikit tadi aku ada hal tadi, jadi lambat lah sikit untuk sampai sini” hujah kamal sambil mengambil sedikit nafas yang Kurang
“Alhamdulillah aku sihat ja, It’s Ok. Lagipun aku baru sahaja sampai, baru sangat “Jelas Ahmad
“Hang apa khabar, lama aku tak Jumpa hang, rindu yang teramat. Dah hampir 2 tahun kita tak jumpa, Just Pm di Facebook sahaja mana cukup.”Tambah ahmad
“Hmm..(Kamal menunduk kepalanya sambil tersyum kecil), Alhamdulillah aku sihat, itulah.. aku pun rindu sangat lama Tak jumpa hang, buat macam mana nak menuntut Ilmu punya pasal, terpaksalah aku berkorban seketika PM di fB pun dapat merawat sedikit Rinduku pada sahabatku ini. Hang Buat apa sekarang?” Jelas Kamal
“Huhu , tak mengapa itulah kehidupan Kamal, aku mengerti semua itu.Aku sekarang bekerja dengan Ayah Kawan aku waktu aku jumpa dia Di Kedah dulu.” Jawab Ahmad
“Hmm…(Ahmad Memandang jauh)..”

Sunday, 11 November 2012

-Perangkap Cinta-


  
   Hassan merupakan seorang pelajar dalam bidang Perubatan di Sebuah Universiti di India. Beliau juga seorang hafiz malah Muhafiz ilmu Al-Quran. Selain itu, beliau juga seorang yang fakeh dan banyak mendalami ilmu deen ketika cuti smester dan hari-hari minggu disana malah sebelum hadirnya dirinya dibumi India,beliau juga banyak menghabiskan masanya dengan mencari kelas-kelas kefahaman ilmu islam. Di India, beliau juga seorang fasih dalam berbahasa English,dan juga India.  Kehidupan sebagai seorang pelajar dan juga sebagai orang yang sering dipuji oleh Para Pensyarah. Begitu juga menjadi tarikan pelajar-pelajar lain walaupun rupanya tidaklah sehensem Shah Rukh Khan,Salman Khan,Sami Yusuf, Aeron  Aziz dan mana-mana lelaki yang menjadi tarikan para Wanita dan beliau juga seorang yang berbadan besar(tidak Berketul-ketul). Yang pasti setiap kali baju yang dipakainya, tiada satu butang pun yang tertinggal tidak kiralah samada baju Kemeja,T-shirt dan sebagainya. Kehidupan sehariannya selain berada di kuliah, sembahyang malam adalah sesuatu yang wajib bagi dirinya, Solah 5 Waktu, Bacaan Al-Quran serta menghayatinya begitu juga dengan hadith-hadith. Buku-buku Agama merupakan buku yang wajib untuk dibacanya sebagai pengisi hati.

Saturday, 3 November 2012

~ Siapa dia ?? ISlam Yang Utama!!~

  Suatu hari ketika Ahmad, berjalan menuju ke Kuliah. Dengan izin Allah dia berjumpa dengan seorang sahabat yang cukup baik akhlaknya,cukup tawaduk dan sebagainya. Ahmad mula tertarik dengan perwatakan sahabat tersebut. Lalu bersalaman dan berta'aruflah mereka berdua. Sepanjang Perjalanan, untuk ke kuliah mereka bersembang sambil berta'aruf. Nama sahabatnya Amir, Tinggal di sekitar Madinah Nasr jua. Setiap hari mereka akan berjumpa dan terus bersembang, Amir seorang yang sangat suka menceritakan tentang dakwah dan banyak menceritakan tentang Islam dan Juga IM.

Friday, 2 November 2012

-Botol yang sudah KOsong Akhirnya Terisi Jua-




    "Ambillah Islam secara Menyeluruh bukan sekada Juz'iyat sahaja. Islam Itu syamil kamil watukamil....."
Itulah antara kata-Kata Murabbiku....

  Hampir Sebulan lebih aku tidak Terisi dengan semua ini.... Sememangnya benar. Apabila hati yang sudah lama tidak terisi, maka jiwa kita akan menjadi futur. akan menjadi lemah. Maka kita akan rebah dan perlukan tali-tali yang kuat untuk dicapai dan terus bangun dan teruskan cita-cita utama kita yakni Kebangkitan Islam.......
  Ibarat sebuah botol yang Penuh.. Apabila ianya diminum maka ia akan habis maka terus tidak berguna lagi, sekiranya ianya terisi semula maka akan dimanfaatkan... Begitulah jiwa kita, sekiranya sudah lama tidak dikuatkan dengan majlis Ilmu, Majlis yang sering memperingati diri kita..... Sistem Dakwah juga telah mengajar kita untuk membetulkan diri kita, Barulah sampaikan... Namun tetapi, janganlah disebabkan diri yang kurang soleh,takut risau dan segala sesuatu wujud didalam diri untuk menjadi benteng kepada kita untuk menjadi seorang yang menyampaikan sesuatu.. Itulah salah satu untuk meningkatkan jiwa kita... Namun ianya masih tidak cukup kerna kita ibarat air yang keluar sahaja dari sebuah botol maka isikanlah dengan segala sesuatu untuk memnuhkannya semula...

     "Benar,Hati yang futur(gelap) menyebabkan segala sesuatu akan terhalang malah Subuh pun akan kita sering lewat" KAta seorang sahabatku.

  Pusssh.....
Ibarat satu penangan yang terkena pada diri ku, Sungguh lemah diriku. Teringat satu kata-kata " Pemuda yang segak,hebat adalah lelaki yang berjaya solah subuh berjemaah"

   Ramai Pemuda terutamanya, sering Lemah untuk bersegera dalam subuhnya.. Bagaimana untuk nampak kejayaan islam yang sebenar?? Muhasabah buat penulis. Menguatkan diri......

.......................................................................................................