Wednesday, 24 July 2013
Sunday, 21 July 2013
Friday, 28 June 2013
~Hidup sang Perantau~
Semester akhir untuk tahun satu baru saja berakhir. Kini tibalah saat cuti musim mana dan akhir semester. Tidak dilupakan yang utamanya adalah cuti menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang dipenuhi dengan rahmat dan pelbagai kebaikan dan manfaat didalamnya. Cuti semester ini disibukkan dengan menikmati keindahan alam di mesir dan juga disibukkan dengan sedikit mencari kewangan untuk menampun pembelajaran disini. Tatkala itu ada juga meminta kongsi kisah atau jalan hidup di mesir. Walaupun masih baru, minum air masin laut merah pun baru dua kali, baru nak mengenali rakyat mesir yang beribu perangai dan akhlak. Yang baik teramat baik, yang kurang baik tu, kuranglah baiknya.
Monday, 24 June 2013
~Rahmat Allah itu sangat luas~
~Rahmat Allah itu sangat luas~
Hari demi hari,
Minggu demi minggu,
Setiap kali masa berlalu dengan pasti ianya tidak akan berulang lagi,
Dan setelah saat itulah,
Kita akan mempelajari sesuatu, kadangkala ianya indah, kadangkalanya duka. Namun keperitan atau kedukaan itu,malah keindahan itu sekalipun, ianya adalah rahmat daripada Allah. Hatta dosa yang kita lakukan merupakan rahmat daripada Allah s.w.t. Perkara ini disebut dalam Al-Quran,
Maksudnya “ Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah….”
Wednesday, 13 March 2013
::::Sifat-Sifat Mereka Yang Hidup Untuk Islam :::
Menggabungan diri saya
ke dalam agama Islam mewajibkan supaya saya hidup menurut cara Islam pada
aspek-aspek akidah, ibadah dan akhlak, mewajibkan saya hidup menurut cara Islam
dalam diri, rumah dan keluarga saya. Penggabungan diri saya ke dalam Islam juga
adalah membawa erti bahawa saya diwajibkan supaya hidup untuk Islam, mewajibkan
saya mengarahkan seluruh hidup saya untuk Islam, mewajibkan supaya saya
menyerahkan segala keupayaan dan kemampuan saya untuk sesuatu yang dapat
mengagungkan kesultanan Islam dan dapat meningkatkan pembinaannya.
Apabila saya hidup
secara Islam dan untuk Islam, kehidupan saya itu mestilah mengikut lunas-lunas
Islam dan corak yang dapat membezakannya daripada kehidupan orang lain. Di antara
lunas-lunas dan corak tersebut ialah;
Monday, 25 February 2013
~Pesan Untuk Pemuda Muslim~
Wahai pemuda muslim, kalian
diciptakan di muka bumi ini untuk mewujudkan ketaatan dan pengabdian kepada
Allah serta untuk menyerahkan diri sepenuhnya terhadap seluruh keputusan-Nya.
Sebagaimana dalam firman-Nya:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku." (Adz-Dzariyat 56)
Saturday, 23 February 2013
~Ayat Jiwang Lebih Indah Setelah Bernikah~
Wajahmu Bukanlah seperti Zulaikha,
Hartamu bukanlah seperti Saidatina Khadijah,
Kaum Kerabatmu bukanlah daripada Bangsawan,
Namun cukuplah bagiKu Keislaman dan Kefahamanmu Tentang Deen yang Mulia ini.
Peribadimu,AkhlakMu.
Sudah meyakinkanKu apa isi HatiMu.
FacebookMu.
Bukanlah dari ayat yang ditampilkan tetapi bagaimana Pengurusan Nya.
Namun sebelum hadirnya dirimu dalam Hidupku,
Aku perlukan kekuatan dan menerima cinta yang asal dan utama dengan lebih Hebat lagi.
InsyAllah akan ku tampil hasrat hati ini bila sudah sampai masanya.
...................................................................................................................................................................
Monday, 4 February 2013
~Kebaikan Dibalas dengan KEbaikan~
tup!! Tup!!
Lama sudah tidak melukir kata-kata dan mencurahkan Ilmu di Medan Blog ini. Suka citanya saya ingin mengkhabarkan Bahawa saya bukanlah Inginkan Popular namun Isi di Medan Ini mungkin Perlu ditambah Baikkan. Saya terasa sesuatu kekurangan Apabila Komen dan sebarang penambah baikan Tiada.. Mungkin tajuk,Cerita dan isi lansung tiada kebangkitan Ruh dan sebagainya.
Kehidupan seorang yang beriman pasti mengambil Pengajaran Dan sering cuba Untuk memperbaiki diri dan Pasti percubaan untuk memperbaiki dirinya Bukanlah sesuatu yangakan berjaya sepenuhnya. Namun itulah antara usaha yang dilakukan. Yang Pasti, Allah bukanlah menilai kejayaan seseorang hambanya didunia tetapi Allah menilai Setiap Amalan mereka untuk memastikan mereka berada Di syurga ataupun sebaliknya.
" Suatu Hari ,seorang pemuda bermusafir untuk menuju ke sesuatu tempat yang sangat jauh, Di perjalanan, kenderaannya rosak dan ditnggalkan di sebuah penhujung kampung, maka berjalan lah menusuri kampung tersebut dan terserempaklah dengan seorang Pakcik yang sangat baik. Lalu ditegur lah beliau oleh Pak Cik tersebut, 'Assalamu'alaikum Orang muda, nampaknya kamu seperti orang luar yang berada dalam keadaan penat dan pastinya kamu datang dari jauh dan tempat yang ingin kau tujui itu amat jauh sekali. Singgahlah disini untuk berehat semalam, Kumpulkan tenaga kamu."
Lalu Pemuda Tersebut, dibawa ke rumah Pakcik tersebut. Rumah yang sederhana itu dihiasi dengan seorang wanita yang solehah dan menjaga Ayahnya yang tua dan soleh. "Silalah wahai anak Muda, Duduk disini sementara bilikmu dikemaskan dan minumlah dulu serta makanlah sedikit untuk perutmu yang lapar"
Datanglah seorang wanita yang berpurdah di ruang tamu Rumah itu lalu berkata "Wahai Ayahku, biliknya siap dikemaskan saya mohon diri dulu".
"Silalah wahai anakku, balas ayahnya"

Subscribe to:
Posts (Atom)

_2.jpg)