Monday, 18 November 2013

~Luarannya Indah Isinya Duka~

Assalamu'alaikum W.R.T

  Keluarga ini menetap di Sebuah kampung di Daerah Beseri Negeri Perlis. Dua Insan yang hidup bersama dan mempunyai 9 orang anak. Umur mereka sudah menghampiri 60-an. Kini mereka hidup berdua seketika, di saat semua anak-anak keluar berhijrah. Ada yang sudah berkahwin dan ada yang masih belajar.

Thursday, 15 August 2013

~Bumi Nabi Musa Menangis Lagi~





 " Dr. Yusuf Qardhawi berkata, Perkara ini tidak pernah ada dalam sejarah Mesir."




    Bumi Ardhun Kinanah atau dikenali bumi yang  penuh bersejarah dengan Para Anbiya'. Keamanan kembali, gerak kerja islam kembali seperti sedia kala selepas 30 tahun dibawah cengkaman Mubarak laknatullah. Dan kembali di bawah kepimpinan seorang Muslim penghafaz Al-Quran seorang yang soleh. Walaupun beliau mempunyai beberapa kelemahan namun itu bukanlah menjadi alasan untuk beliau dijatuhkan dalam masa yang teramat singkat. Beralaskan dakwaan beliau tidak cerdik ekonomi menjadi penyebab beliau ingin dijatuhkan. Begitu jua beberapa krisis yang hanya berlaku seketika tatkala baru setahun beliau memerintah. Itulah tindakan mereka yang tidak berkehendakkan Islam. Matlamat ingin menjatuhkannya atas kerana beliau mengambil berat berkaitan Gaza dan jua Syria.

Wednesday, 24 July 2013

~Usah Cemarkannya Dengan Perkara Jijik~


 Bismillah

Assalamu'alaikum

Baru-baru ni,
PRK di Besut Terengganu dan Pengakhirannya Berpihak kepada Kerajaan.
Oleh itu selesailah.

Benar atau tak kemenangan semua tu urusan Allah Ta'ala.

Sunday, 21 July 2013

~Produk terbaik Pilihan anda~


  Apabila nak kurus, pasti ada orang ingin mencari jalan terbaik dan cepat. Sehinggakan mengabaikan kesihatan. Kadangkala sanggup mencari yang murah dan cepat untuk menurunkan berat barat. Ada juga diet sehingga menyebabkan kemudharatan.

    Kenapa semua ini berlaku?

Friday, 28 June 2013

~Hidup sang Perantau~

   Semester akhir untuk tahun satu baru saja berakhir. Kini tibalah saat cuti musim mana dan akhir semester. Tidak dilupakan yang utamanya adalah cuti menyambut Ramadhan Al-Mubarak yang dipenuhi dengan rahmat dan pelbagai kebaikan dan manfaat didalamnya. Cuti semester ini disibukkan dengan menikmati keindahan alam di mesir dan juga disibukkan dengan sedikit mencari kewangan untuk menampun pembelajaran disini. Tatkala itu ada juga meminta kongsi kisah atau jalan hidup di mesir. Walaupun masih baru, minum air masin laut merah pun baru dua kali, baru nak mengenali rakyat mesir yang beribu perangai dan akhlak. Yang baik teramat baik, yang kurang baik tu, kuranglah baiknya.

Monday, 24 June 2013

~Rahmat Allah itu sangat luas~

~Rahmat Allah itu sangat luas~

Hari demi hari,

Minggu demi minggu,


Setiap kali masa berlalu dengan pasti ianya tidak akan berulang lagi,

Dan setelah saat itulah,
    Kita akan mempelajari sesuatu, kadangkala ianya indah, kadangkalanya duka. Namun keperitan atau kedukaan itu,malah keindahan itu sekalipun, ianya adalah rahmat daripada Allah. Hatta dosa yang kita lakukan merupakan rahmat daripada Allah s.w.t. Perkara ini disebut dalam Al-Quran,

Maksudnya “ Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah….”

Wednesday, 13 March 2013

::::Sifat-Sifat Mereka Yang Hidup Untuk Islam :::



      Menggabungan diri saya ke dalam agama Islam mewajibkan supaya saya hidup menurut cara Islam pada aspek-aspek akidah, ibadah dan akhlak, mewajibkan saya hidup menurut cara Islam dalam diri, rumah dan keluarga saya. Penggabungan diri saya ke dalam Islam juga adalah membawa erti bahawa saya diwajibkan supaya hidup untuk Islam, mewajibkan saya mengarahkan seluruh hidup saya untuk Islam, mewajibkan supaya saya menyerahkan segala keupayaan dan kemampuan saya untuk sesuatu yang dapat mengagungkan kesultanan Islam dan dapat meningkatkan pembinaannya.
Apabila saya hidup secara Islam dan untuk Islam, kehidupan saya itu mestilah mengikut lunas-lunas Islam dan corak yang dapat membezakannya daripada kehidupan orang lain. Di antara lunas-lunas dan corak tersebut ialah;

Monday, 25 February 2013

~Pesan Untuk Pemuda Muslim~





Wahai pemuda muslim, kalian diciptakan di muka bumi ini untuk mewujudkan ketaatan dan pengabdian kepada Allah serta untuk menyerahkan diri sepenuhnya terhadap seluruh keputusan-Nya. Sebagaimana dalam firman-Nya:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."      (Adz-Dzariyat 56)