Kasih dan sayangmu terpancar,
Seikhlas tiada batasan,
Terus membara,
Terkilan rasa jiwa,
Ingin ku lihat mu dewasa,
Namun apa daya,
Tuhan lebih menyayangimu...
Di saat mendengar khutbah, Khatib membicarakan tentang dunia dan Akhirat. Terus bermain difikiranku berkaitan anak syurgaku yang sudah sebulan pergi meninggalkan kami suami isteri.
Pemikiranku termelayang seketika mengenangkan saat terakhir aku melihat wajah anak syurga itu. Saat aku menangkat dan menguruskan jasadmu didunia,dan kuharapkan penghitungan Allah terhadapku sebagai tanggungjawabku dan nafkahku yang terakhir buatmu wahai anak syurga.
Hurm....
Semalam aku periksa wang poketku,sudah hampir kehabisan kerna ku ingin tenangkan ibumu dan juga diriku agar tidak terlalu bersedih atas pemergianmu wahai anak Syurga.
Kadang seperti aku mengatur sesuatu menjana kewangan namun semuanya hanyalah membantu orang lain dan diri sendiri dalam mengurangkan rasa sedih dan kedukaan yang dihadapi.
Seringkali,aku mengulangi kepada si dia. "Allah lebih sayangkan dia dan Allah nak sediakan syurga buat dia. Semoga Dia anak syurga mendoakan kita dan memohon kepada Allah agar kita dapat bersamanya di syurga Kelak. Kita redha, dan tidak perlu bersedih lagi, El-Fath tidak mahu kita bersedih melainkan terus hidup dan kuatkan diri sepanjang kehidupan kita".
"ANAK",itulah jantung hati bagi seorang ibu dan ayah. Sejak aku menjadi suami dan juga ayah,baru aku fahami dan sedar akan semua itu. Mustahil bagi seorang ayah,tambahan pula si ibu untuk melupakan anaknya buat selamanya. Pasti kerinduan dan kesunyian saat mengimbau kenangan bersama si anak.
Hari ini aku dan isteri baru saja sebulan merasai kehilangan seorang cahaya mata,seorang little caliph,seorang penyejuk jiwa dan jantung hati kami. Itu pun cukup memberikan impak yang kuat buat aku dan isteri.
Sukar dan cukup sukar,
Tapi hakikat itu wajib aku tempuhi. Kini tanggungjawabku untuk terus tenangkan si isteri dan kuatkan dirinya yang kadang seringkali kerinduan. Tak mampu aku menahan kesedihan itu bila melihat dirinya bersedih.
"Biarlah Aku kekeringan wang asalkan Jiwa diantara kami tidak rosak akibat melayan perasaan"
Bagiku pemergian di saat Masih belum baligh itu lebih bahagia berbanding sudah dewasa kerna tidak tahu masa depan kehidupan sebagai seorang Anak.
Semoga Kita sebagai anak menjadi saham yang baik kepada kedua Ibubapa kita.
Sedih itu Fitrah,
Bila keyakikan pada Allah dengan Apa yang ditentukan.
Semuanya menjadi Biasa.
Sedih itu Fitrah,
Saat menerima Qada" dan Qadar Allah hati akan sentiasa menjadi tenang,
Sedih itu Fitrah,
Bila keimanan dengan Allah serta semua Rukun keimanan,
Maka kesedihan duka itu berduka menjadi kesedihan gembira.
Sedih itu Fitrah,
Kerna tanpa kesedihan itu maka runsinglah kehidupan manusia di dunia ini.
"Janganlah bersedih tanpa Hati yang dipenuhi keimanan kepada Allah kerna ia tidak akan bertukar kepada kebahagiaan"
Kerna Salah satu cara bersedih,
Adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Bersedih bukan kerana berduka,
Tetapi bersedih kerana bahagia,
Menangis bukan tanda sedih,
Tetapi menangis juga penghapus dosa.
Menangislah kerana Dia yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.
"Ummu Fateh" gelaran yang ku berikan sebelum dia dilahirkan. Sudah kutahu,sudah ku merasai bakal yang dilahirkan adalah Panglima Putera buat kami.
Saat dilahirkan kedunia pada 23 Mei 2016. Haiwan peliharaan kami adalahbyang paling bahagia menerima kedatangan adiknya ke dunia. Semua orang sekelilingnya sangat gembira. Sepupu dan Abg kepada Ummu Fateh sangat gembira dan banyak memberikan pertolongan kepada kami.
Jam 1.30 pagi aku sudah dikejutkan oleh isteriku. Pening kepala nak dapatkan transport. Orang sekelilingku dimaklumkan Kak Ain(sepupu Ummu Fateh) adalah orang pertama tiba di rumah.
Baba Muhammad Hussin sanggup menyediakan pengangkutan untuk kami seawal 2.45 pagi. Walaupun dia bukan dikalangan ahli keluarga kami, kegembiraan di wajannya terukir dan siap sanggup menerima bayaran sewa rumah lewat beberapa hari atau minggu.
Jiran kami,madam-madam dan pak dam-pakdam Tanta yang turut banyak membantu. Sanggup pinjamkan barang malah ada yang berikan aja kepada kami.
Alhamdulillah,lahirlah Panglima Putera itu ke Dunia pada hari Isnin,16 sya'ban 1437 bersamaan 23 Mei 2016.
Walaupun tidak cukup bulan, semua orang gembira dan sangat menghargai kelahirannya.
Muhammad 'Umar Al-Fateh.
Dilahirkan di Hospital University Tanta Mesir.
Minggu ke 32 Umur dalam kandungan.
Berat 1.5 kg sahaja.
10 hari di Hospital bagi mendapatkan rawatan secukupnya.
Tak kan ku biarkan
walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
jengking dan ular
Umi tak kan berundur
Damailah 'Umar Al-Fateh
mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
semuanya di syurga
Jemputlah Umi dan Abi
Ke syurga yang kekal abadi
Agar kita dapat bersama
Buat selama-lamanya
Tidurlah 'Umar Al-Fateh
biarkan dirimu tenang
Selama Tuhan mu ada
tak kan engkau kesunyian
Ngeri tak terbayang mata
Umi tak kan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Doa Umi Abi bersama disana
Tidurlah 'Umar Al-Fateh
biarkan dirimu tenang
Selama Tuhan mu ada
tak kan engkau kesunyian
Haaa..aaaa...aaaaaa...
Damailah 'Umar Al-Fateh
mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
semuanya di syurga
Haaaa...aaaa...aaaa.... Haaaa... aaaa....aaaaa...aaaa
Haaaa...aaaa,..aaaa.... Haaaa....aaaa...aaaa....aaaaa
Ngeri tak terbayang mata
Umi tak kan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Doa Umi Abi bersama disana..
Credit Music Arjuna Beta by Fynn Jamal.
Seandainya ingin Ubah lirik dan Music amat dialukan
Setelah pemergian dia Panglima Syurga, kami menerima teks Kisah Ini yang menyuntik satu kekuatan buat kami.
Sehinggakan aku teringat akan bagaimana nasib anak Palestin,syria dan lain-lain. Mereka meninggal dalam keadaan lebih derita. Dihadapan ibu dan ayah mereka. Namun mereka masih mampu tersenyum kerana anak mereka saham syurga buat mereka.
Hadis Jabir bin Abdullah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diperlihatkan ke dalam Syurga, aku melihat isteri Abu Talhah. Kemudian aku mendengar hentakan orang berjalan, ternyata beliau adalah Bilal.
(HR Muslim: 4495)
Sekilas Tentang Dia:
1.Nama sebenarnya ialah Ghumaisa’ Bintu Milhan
2.Ibu kepada Anas Bin Malik (ra)
3.Berumur 40 tahun ketika Islam mula menyinari bumi
4.Memeluk Islam ketika dakwah Mus’ab Bin Umair di Madinah
5.Berkahwin dengan Abu Talhah selepas kematian suaminya yang pertama
Yang Menjadikannya Istimewa:
Selepas keislamannya, suaminya Malik Bin Nadhr memujuknya supaya kembali kepada agama asal namun beliau tetap dengan pendiriannya dan akhirnya suaminya meninggalkannya dan menuju ke Syam, dan tidak lama selepas itu suaminya mati dalam kesyirikan.
Selepas kematian suaminya itu, Abu Talhah yang ketika itu belum memeluk Islam datang membawa emas dan perak untuk meminangnya.
Lantas beliau berkata, “Aku tidak berhajat kepada dua benda ini, akan tetapi maharku adalah Islam, sekiranya engkau terima maka aku tidak berhajat kepada perkara yang lain”.
Abu Talhah kemudian keluar dan kembali sebagai seorang Muslim, maka beliau pun mengahwininya. Berkata seorang wanita Ansar, “Tidak pernah kami mendengar hingga kini seorang yang lebih mulia maharnya dari Ummu Sulaim yamg mana maharnya adalah Islam”.
Hasil perkahwinannya dengan Abu Talhah, beliau di kurniakan seorang anak bernama Abu Umair.
Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir, anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya. Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankannya.
Selepas itu beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”.
Sekembalinya Abu Talhah dari bermusafir, dia bertanyakan khabar anaknya itu. Ummu Sulaim dengan tenang menjawab, “Anak kita berada dalam keadaan aman”.
Apabila menjelang malam, berkata Ummu Sulaim,
“Wahai suamiku, andaikata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?”
Jawabnya: “Tidak”.
Kemudian Ummu Sulaim berkata, “Sesungguhnnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali”.
Pilu hati Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, namun dia redha dengan takdir Allah.
Subuhnya, Abu Talhah pergi menemui Rasulullah (saw) dan menceritakan peristiwa yang berlaku itu. Kemudian Rasulullah (saw) berdoa semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik. Tidak lama selepas itu, Ummu Sulaim telah dikurniakan 10 orang anak yang mana kesemuanya dikalangan ulama yang terpilih.
Lihatlah betapa tabahnya hati seorang ibu dalam menghadapi detik-detik kematian anaknya dan betapa bijaknya dalam menyampaikan khabar duka itu dengan menggunakan uslub yang menarik.
Begitu juga dengan kekentalan imannya sehingga sanggup berpisah dengan suami yang dicintainya dan menukarkan emas dan perak dengan Islam sebagai maharnya.
Semoga kita dapat mencontohi pekerti Ummu Sulaim yang mulia ini, dan moga Allah mengurniakan kepada kita semua ketabahan iman dalam menempuhi liku-liku hidup ini. Allahumma Ameen.