Saturday, 30 June 2012

~Kesusahan itu Pasti Ada Hikmahnya~


    Kehidupan itu tidak semestinya bermula dan berakhir dengan perkara indah sahaja. Namun , segalanya sudah ditentukan oleh Allah dan kita hanya mampu berusaha dan setiap usaha kita pasti disertakan bantuan daripada Allah S.W.T. kehidupan itu kadang kala  berlakunya sesuatu yang tidk dapat diduga dan berlaku secara tiba dan kita terpaksa mengikut jalannya sahaja.

Thursday, 21 June 2012

~Suka Dan Duka Imtihan Qobul~


Masjid syed Putra Kangar, 7.30 Pagi


Kereta Proton Exora Putih (KCT 6116) menyusul perlahan di hadapan Masjid tersebut.Aku masih menanti ketibaan sahabat ku untuk menjemputku. kereta tersebut masih ku was-was kerna dah terkena dah dengan kereta lain sebelum kereta tersebut. Cermin kereta tersebut dibuka dan aku merasakn aku sedang diperhatikan .. Lalu aku menjenguk kereta tersebut. Alhamdulillah, rupanya sahabatku sudah sampai dan aku terus meluru ke kereta tersebut. Ku sangka semua sudah ada tetapi hanya sahabatku seorang sahaja Solehin Syuib. Ku berjabat salam dan terus bergerak untuk mengambil sahabat2 lain di lain tempat. Kami terpaksa bersinggah2 untuk mengambil sahabat2 lain sehinggalah perhentian Terakhir untuk mengambil sahabat yang terakhir.

Sunday, 17 June 2012

-Aku Hebat!!!-

Aku Hebat!!  sebab:
Walaupun bertubuh sasa
"Aku Kaya, Pergi Engkau,menyusahkan je"
Wang Yang BAnyak kalau dugunakan Pada jalan yang salah maka ianya tidak bermakna buat seseorang itu
"Aku kuat,hebat,, siapa Engkau Ingin Mengganggu ku"
Kuat Seperti Superman Sekali Pun!!
"Aku Ketua Pendekar Silat/Guru Taekwando/Judo/Martial Art, Engkau nie sapa??
Nak Usik Aku"
Gambar Hiasan

" Aku Bijak/Cerdik Pandai,, engkau siapa? nak Tegur Aku"

Saturday, 16 June 2012

-Dia Berjaya, saya Nak Juga-

  Man Jadda wajada , wa man zar'a hasoda
 (من جد و جدا ومن زرع حصدا)

    Kalimah ini sering kali kita dengarkannya, namun adakah semua orang lakukannya. Setiap manusia pasti mempunyai satu sifat yang dimana mereka inginkan sesuatu kejayaan yang telah dicapai oleh seseorang. begitu dengan diri hamba yang hina ini. Perasaan dengki selalu wujud apabila melihat mereka yang berjay, tidak kiralah ia seseorang rakan sekelas,rakan yang baru berjumpa dan juga orang yang kita tidk pernah mengenali diri mereka. Hakikat seorang muslim itu berkjaya diduni dan juga diakhirat kelak, Sepertimana  Allah telah menjanjikanuntuk menjadikan manusia didunia sebagai seorang khalifah. dan bukanlahmelakukan bencana dan kerosakan Adakah kita ingin menjadi seorang khalifah yang tidak berjaya dan menjatuhkan sesebuah kerajaan dan  juga menjatuhkan deen Allah..

Wednesday, 6 June 2012

-Jangan sesekali Engkau Mengetuknya!!-


Apabila ianya Terbuka maka sukarlah untuk keluar

   Nama aku Kamal,aku dilahirkan dan menetap di Kluang, Johor.  Umurku sudah mencecah 22 tahun dan kini aku masih meneruskan pengjian dalam  bidang deeniah. Cukup setakat itu, Sebenarnya aku ingin berkongsi pengalaman hidupku selama 6 +6 =12 tahun aku berada dunia persekolahan dan sebelum aku mencecah Umur 22 tahun….

Wednesday, 23 May 2012

Jaga Tepi Kain


Manusia!!!
Setiap insan yang bernama manusia itu pasti melakukan kesalahan dan kesilapan. Dan kemungkinan kesilapan dan kesalahanya itu akan berulang tanpa disedari seperti ianya berlaku seperti khayalan padahal ianya hakikat yang berlaku….
Dan apabila seseorang melakukan kesalahan itu ditegur maka orang pun berkata “ala, biasalah manusia bukannya PERFECT, mestilah melakukan kesalahan…..”

Saturday, 19 May 2012

Rezki Allah


    Alhamdulillah,setelah lama sibuk membuat pemohonan ke Universiti Al-azhar. Akhirnya, dengan izin Allah segalanya sudah selesai. Banyak juga kos untuk buat pemohonan ini,tetapi denganlimpah kurnia Allah. Rezeki itu adalah milik Allah, jadi Allah sajalah yg mnentukan wktu aku untuk mendapat rezeki tersebut. Dalam masa 2 bulan lebih, aku dapat membayar hutang serta dapat membayar semua kos pemohonan yang hampir mencecah RM 1000.

Friday, 6 April 2012

-Hulurkan Bantuan, RIngankan beban-

Sejak kebelakangan nie saya saya sibuk menguruskan pemohonan...


Ketika awal hendak mencari borang...  boleh pulah tersilap ambil borang tahun 2010.....
  Aduh!!! Allah hu rabbi.....

Dah 2 hari baru dapat borang pemohonan Ke Universiti Al-Azhar, Mesir......
Setelah selesai mengisi kecuali seikit berbaki di ruangan Bahasa arab kerana masihkurang memahaminya... dalam masa yang sama saya uga menerima 2 lagi link yang berkaitan dengan Permohonan ini. Link berkaitan borang yayasan sofa... Ianya mengenai tarikh menduduki Peperiksaan di malaysia....

 Setelah semuanya diPrint keluar... Saya terus mengisi tanpa membaca maklumat lain......
Pada mulanya saya risau akan peperiksaan ini menjejaskan saya untuk ke sana.... Namun saya dinasihati, diberi sedikit pendapat daripada seorang pelajar yang sedang belajar di Mesir....Bahawa Peperiksaan tersebut tidaklah terlalu susah untuk lulus... Hati mengucapkan Alhamdulillah sebagai tanda syukur kepada sang Pemberi...... Namun, setelah semuanya selesi diisi, saya mula membacadan menghitung Kos keseluruhan Permohonan serta Kos Menduduki peperiksaan(imtihan Qobul) sebelum meneruskan perjalanan ke Menjejaki bumi Para Anbiya;


SENARAI KOS PERMOHONAN SAHAJA

Passport : Rm300.00(5 Tahun)
Cabutan Sijil Lahir : Rm5.00
Terjemahan sijil Lahir :Rm50.00
Bank Draf :  Yayasan Sofa(Imtihan Qobul)  : USD120 =Rm380.00
                    University Al-Azhar                : USD65   = RM204.00
Kos Lain2  : RM30.00

*RM300.00 +Rm 5.00+RM 50.00 + RM 380.00 + Rm204.00 + Rm 30.00 = RM969.00


Setakat nie baru selesai Passport dan cabutan sijil lahir, terjemah belum danyang lain2 masih belum kerana masih kekurangan Wang....
Ini baru Pemohonan bukannya Kos Yuran Pengajian di Al- Azhar....
 Akhir bicara, saya inginkan sumbangan Ikhlas daripada sahabat2 dan sesiapa sahaja yang sudi menhulurkan kepada saya bagi meringankan beban. saya sertakan

 No. Akaun BIMB saya 09010025113631, 

SYAFIQ AKMAL BIN OMAR

 Sumbangan Ikhlas Anda saya amat hargai. Untuk pengetahuan anda semua tarikh akhir Pemohonan Tersebut 1 Jun 2012.

(Zakat dan Baitulmal hanya selepas menerima surat tawaran)