Sunday, 11 November 2012

-Perangkap Cinta-


  
   Hassan merupakan seorang pelajar dalam bidang Perubatan di Sebuah Universiti di India. Beliau juga seorang hafiz malah Muhafiz ilmu Al-Quran. Selain itu, beliau juga seorang yang fakeh dan banyak mendalami ilmu deen ketika cuti smester dan hari-hari minggu disana malah sebelum hadirnya dirinya dibumi India,beliau juga banyak menghabiskan masanya dengan mencari kelas-kelas kefahaman ilmu islam. Di India, beliau juga seorang fasih dalam berbahasa English,dan juga India.  Kehidupan sebagai seorang pelajar dan juga sebagai orang yang sering dipuji oleh Para Pensyarah. Begitu juga menjadi tarikan pelajar-pelajar lain walaupun rupanya tidaklah sehensem Shah Rukh Khan,Salman Khan,Sami Yusuf, Aeron  Aziz dan mana-mana lelaki yang menjadi tarikan para Wanita dan beliau juga seorang yang berbadan besar(tidak Berketul-ketul). Yang pasti setiap kali baju yang dipakainya, tiada satu butang pun yang tertinggal tidak kiralah samada baju Kemeja,T-shirt dan sebagainya. Kehidupan sehariannya selain berada di kuliah, sembahyang malam adalah sesuatu yang wajib bagi dirinya, Solah 5 Waktu, Bacaan Al-Quran serta menghayatinya begitu juga dengan hadith-hadith. Buku-buku Agama merupakan buku yang wajib untuk dibacanya sebagai pengisi hati.

Saturday, 3 November 2012

~ Siapa dia ?? ISlam Yang Utama!!~

  Suatu hari ketika Ahmad, berjalan menuju ke Kuliah. Dengan izin Allah dia berjumpa dengan seorang sahabat yang cukup baik akhlaknya,cukup tawaduk dan sebagainya. Ahmad mula tertarik dengan perwatakan sahabat tersebut. Lalu bersalaman dan berta'aruflah mereka berdua. Sepanjang Perjalanan, untuk ke kuliah mereka bersembang sambil berta'aruf. Nama sahabatnya Amir, Tinggal di sekitar Madinah Nasr jua. Setiap hari mereka akan berjumpa dan terus bersembang, Amir seorang yang sangat suka menceritakan tentang dakwah dan banyak menceritakan tentang Islam dan Juga IM.

Friday, 2 November 2012

-Botol yang sudah KOsong Akhirnya Terisi Jua-




    "Ambillah Islam secara Menyeluruh bukan sekada Juz'iyat sahaja. Islam Itu syamil kamil watukamil....."
Itulah antara kata-Kata Murabbiku....

  Hampir Sebulan lebih aku tidak Terisi dengan semua ini.... Sememangnya benar. Apabila hati yang sudah lama tidak terisi, maka jiwa kita akan menjadi futur. akan menjadi lemah. Maka kita akan rebah dan perlukan tali-tali yang kuat untuk dicapai dan terus bangun dan teruskan cita-cita utama kita yakni Kebangkitan Islam.......
  Ibarat sebuah botol yang Penuh.. Apabila ianya diminum maka ia akan habis maka terus tidak berguna lagi, sekiranya ianya terisi semula maka akan dimanfaatkan... Begitulah jiwa kita, sekiranya sudah lama tidak dikuatkan dengan majlis Ilmu, Majlis yang sering memperingati diri kita..... Sistem Dakwah juga telah mengajar kita untuk membetulkan diri kita, Barulah sampaikan... Namun tetapi, janganlah disebabkan diri yang kurang soleh,takut risau dan segala sesuatu wujud didalam diri untuk menjadi benteng kepada kita untuk menjadi seorang yang menyampaikan sesuatu.. Itulah salah satu untuk meningkatkan jiwa kita... Namun ianya masih tidak cukup kerna kita ibarat air yang keluar sahaja dari sebuah botol maka isikanlah dengan segala sesuatu untuk memnuhkannya semula...

     "Benar,Hati yang futur(gelap) menyebabkan segala sesuatu akan terhalang malah Subuh pun akan kita sering lewat" KAta seorang sahabatku.

  Pusssh.....
Ibarat satu penangan yang terkena pada diri ku, Sungguh lemah diriku. Teringat satu kata-kata " Pemuda yang segak,hebat adalah lelaki yang berjaya solah subuh berjemaah"

   Ramai Pemuda terutamanya, sering Lemah untuk bersegera dalam subuhnya.. Bagaimana untuk nampak kejayaan islam yang sebenar?? Muhasabah buat penulis. Menguatkan diri......

.......................................................................................................


Monday, 15 October 2012

-Sebulan Sudah Berlalu-

Hushh.....
"Penat!!!
Hampir 5 Bulan aku tak jogging dan Exercise, itu sebab semakin berisi. Nie Baru sikit tu pun dah penat macam lari 10Km.... Alhamdulillah, bagaimanapun Hari Ini bertarikh 15/9 maka genap sebulan lah aku berada di Bumi Mesir dan setelah sebulan barulah kelass dibuka........ Target aku memang banyak, namun semuanya boleh sahaja dibuat tetapi haruslah bermujahadah dengan kuat, sebb dunia Universiti ini bukanlah seperti sekolah... Ada orang kejutkan, begitu juga berada di sisi  keluarga... Dah  sebulan lebih berpisah dengan Family. Rindu itu sememangnya rindu, tetapi orang disana juga rindu lebih(adik Bongsu)..Hmm... sebelum start Kelas, teringin juga kemaskan blog yang berdebu ini.....Agar dipenuhi dengan Berlian,Permata dan Juga kaca-kaca yang pedih... Huhu, ada juga kacanya...

Friday, 12 October 2012

BernilaiNya Mereka...


Mereka Cantik,
Mereka Bidadari,
Mereka Ibarat Perhiasan,
Mereka Jua Penghilang Duka,
Mereka Adalah sesuatu yang Amat Bernilai,

Wednesday, 3 October 2012

~Cukuplah Dia Buat Diriku~


   Hari semakin gelap, aku masih berada di sekitar jalanan lagi.Hujan mulai turun, semakin lama semakin lebat. Destinasi sebelum Pulang ke rumah adalah Rumah Allah utnuk ku menunaikan solah Maghrib.  Setibanya di Masjid, bajuku agak sedikit basah atas sebab tempias rahmat Allah yang diberikan kepada manusia. Selesai solah Maghrib, Doaku banyak memperbanyakkan agar aku berjaya di dunia demi mengejar Akhirat. Dan kuselitkan jua doa untuk wujudnya pelengkap diriku sebagai seorang lelaki dan wujudnya ribuan kebaikan dalam diri bakal pelengkap diriku. Kadang-kadang aku sering takut dan risau sekiranya diriku ditimpa ujian nafsuku. Maka doalah  yang sering diiringi......

Thursday, 27 September 2012

~Bumi Para Anbiya'~

   Hari ini sudah mencecah hampir 2 minggu berada di Bumi mesir....
    Banyak juga perkara yang dipelajari. Dan hari merupakan hari Jaulan Bagi Minggu Tautan Ukhwah yang dianjurkan oleh Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis. KPP..... Perjalanan kami dimulakan dengan Melihat dan mengenali Sejarah dan melihat sendiri Masjid Al-Azhar.Alhamdulillah, tak sia-sialah semua yang dipelajari dalam buku teks STAM dan sudah lama mengidamkan untuk menjejakkan kaki di Bumi Para 'Anbiya'.... terutamanya MasjidilAzhar ini... Kini sudah berada dan mengenali Makanulilmu/'Ardhulilm... (Bumi Ilmu)...

Friday, 21 September 2012

~Firaun,Bangsawan,Ulama'~


   Assalamu'alaikum W.B.t..

Alhamdulillah... saat ini saya ingin berbicara suatu perkara yang anda perlu ambil tahu tentangnya...
Wajib....
Kenalkah kalian dengan Firaun??
Kenalkah kalian dengan Raja-raja dan sultan..
Pasti anda kenal...
Dan Anda pasti kenal seorang penulis yang cukup masyhur dan salah satu kitabnya Yang bertajuk
 " : Fathul Baari Syarh Shahih Bukhari"......