Tuesday, 7 April 2015
Wednesday, 1 April 2015
Redah dan Ikhlas
Hari pertama winter break aku sudah mulai dipegang oleh-oleh manusia yang ingin melihat bumi kinanah ini. Pengalaman hampir 3 tahun disini digunakan sepenuhnya. namun tetapi, semua itu hanyalah untuk membantu orang lain saja. Tiada lebih dri tu, kalau rezki masuk Alhamdulillah.
Sehari sebelum last paper,
"Shafiq, jom teman ana pergi Tanta boleh tak ana ada kerja sikit kat sana. Jangan risau bab tambang dan makan. Ana support semua. ana bukan tahu sangat jalan-jalan kat mesir ni."
Dengan rela hati melangkahkan kaki menyiapkan diri selepas habis exam.Namun tetapi ada hikmah juga perjalanan kali ini, Dapat bertemu seorang insan yang akan menjadi sebahagian daripada kalangan aku. Semoga Allah permudahkan.
Malam sebelum bergerak ke Tanta,
" Shafiq, ana nak mintak tolong bawa kawan-kawan ana dari iskandariah jalan-jalan dalam kaherah ni Makan, tansport dan tiket ana tanggung. kalau diorang bayar ana bagi lebih kat anta. Anta kan tahu banyak tempat kat kaherah ni"
Thursday, 15 January 2015
Winter Exam
Selang sehari saja. Emosi bercampur mental yang masih tidak dapat terkawal. Namun, itulah sistem kuliah aku. Yang penting keyakinan itu perlu ada bahawa pasti ada Hikmah disebaliknya.
Monday, 5 January 2015
Naluri Manusia
Pulang dari first paper "Ilmu khutbah" bukan khitbah. Niatnya lepas exam terus jumpa kawan arab di sebuah tempat yang tidak jauh dari Kuliah sekitar 20 minit perjalanan didalam bas maka sampailah.
Kebiasaan di mesir melompat kedalam bas adalah biasa. So, setiap hari melompat bas. Saat melangkahkan kaki kedalam bas terasa lebih lega apabila seat kebanyakkannya kosong. Seat double sebelah tingkap menjadi pilihan.
Sambil membuka phone melihat mesej-mesej whatsapp yang masuk ke dalam phone waktu exam tadi.
Dalam 5 minit terdengar suara baby menangis. Seorang pemuda arab melambai-lambai tangannya seperti memanggil seseorang.
Hurm...
Mesti panggil perempuan untuk duduk. (kata hatiku)
Ya, memang benar jangkaanku. Seorang wanita berpurdah sambil mengendong anaknya. Mungkin warga Cina kerana wajah anaknya seperti cina.
Seronok pula melihat baby tersebut. Si pemuda arab ini berdiri di bahagian hujung kerus sambil melihat anak wanita tersebut. Setiap kali anak wanita itu nangis pasti dia akan menggoncangkan Kuncinya. Aku sedang membayangkan bahawa lelaki ini seorang lelaki yang baik dan bakal menjadi ayah yang baik.
Hatiku terus berkeinginan untuk menyentuh dah bermain dengan baby tersebut. Namun apakan daya seat aku berada bahagian belakang wanita tersebut. Kalau nak main dengan anak dia dari belakang alamatnya macam-macam pula sangkaan orang lain.
Disini bukan nak ceghita apa sangat. Cumanya kadangkala wanita seringkali menafsirkan. Asal lelaki ja mesti nak tengok perempuan. Asal perempuan ja lelaki nak Usha. Lelaki nampak ja tough tapi dalam hati berbunga. kadang-kadang kala mereka ini lebih mempunyai naluri seorang ibu walaupun tidak boleh melahirkan anak dan menyusukan anak.
Monday, 29 December 2014
Sunday, 21 December 2014
Your Life Style
Semua manusia dalam dunia ini semestinya ingin yang terbaik dalam hidup. Hatta inginkan keselesaan dalam bergerak kemana saja pun inginkan yang terbaik.
Saturday, 20 December 2014
~Masa Lampau~
~Cabaran yang Dihadapi lagi~
Semester 1 Dan 2 aku sudah tamat.
Cup....cup...
Tak tamat semuanya lagi. Ada 2 lagi rasanya.
Inilah yang dikatakan cabaran. Baru saja selesai, Tahun pertama kuliah usuluddin ditambahkan lagi tugas yang lain mungkin agak sedikit membebankan aku.
Kini berbaki lagi 3 minggu sebelum aku menghadap dengan medan tempur kecil. Peperiksaan Tahun kedua atau Semester 3 dengan 6 subjek yang bakal aku tempuhi.
Malas adalah satu penyakit yang sukar dirawat tanpa kekuatan atau semangat yang ada. Biasalah perkara sebegini sering berlaku dikalangan kita. Hanya doa dan usaha saja yang mampu menandinginya.
Hampir 2 bulan pengajian semester 3 ini berlansung dan kini sudah dipenghujungnya. Ada sebilangan orang kata kena pi masuk kuliah hari-hari baru berjaya.
Hurm....
Permulaan yang sangat baik. Hampir setiap hari di kerusi panjang kuliah. Hari demi hari semakin pudar. Ditambahkan pula ujian-ujian yang mendatang. Si Insan lemah ini sering tersungkur, tiada apa yang mampu menandingi melainkan semangat.
Biasanya inginkan semangat , call malaysia baru ada mai balik.. Tapi sekarang dah jarang membuat panggilan sebegitu.
Entah kenapa.
.jpg)

