Keindahan dunia itu dimana sahaja ada, Allah telah memberikan kepada kita dengan cukup sempurna, cukup hebat dan semuanya Allah telah sebutkan dalam Al-quran. sudah terbukti dalam surah Arrum.
22. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang Mengetahui.
dalam ayat ini telah terbukti bahawa Allah itu sangat berkuasa dan hanya manusia yang mengetahui dan memahaminya sahaja akan tahu kehebatan Allah. Dan orang2mukmin yang mengetahuinya sentiasa muhasabah dengan ciptaan Ilahi. maka beruntunglah mereka yang mengetahui... Dalam Surah Arrum juga Allah menyebut tentang penciptaan siang dan malam dan apakah penggunaannya. Allah dah tentukankan waktu bilakah yang sesuai untuk kita bekerja dan waktu bila untuk kita rehatkan diri. semuanya dah terbukti dalam ayat 23, mafhumnya:
23. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karuniaNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan.Pada akhir ayat ini Allah menyebutkan bahawa benar-benar terdapat kaum yang mendengarkanya..
Apakah maksudnya????
Orang yang mendengar itu ialah orang yang patuh arahan /perintahNYA. Dimana Allah telah menentukan waktu bila kita perlu bekerja dan waktu itulah dia bekerja dan waktu bila pula kita perlu berehat, maka kita patuhinya. Bukanlah kita menjadi orang yang ingkar, melakukan sesuatu yang terbalik. Berkerja di malam hari rehat siang hari.....
seterusnya Allah sebutkan lagi dalam ayat 24 mafhumnya:
24. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan, dan dia menurunkan hujan dari langit, lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akalnya.Dengan pemberian Allah kilat sebagai sesuatu untuk menggentarkan diri kita Allah nak menunjukkan kekuasaanya agar manusia sentiasa takut hanya pada Yang satu iaitu Allah... Bukanlah mempercayai sesuatu yang karut, sesuatu yang boleh merosakkan Aqidah kita... Dan diakhir ayat tersebut Allah berkata " benar ada manusia yang menggunakan akal... Kerna Apa Allah tidak sebutkan iakepada Haiwan???
sudah Pasti haiwan itu tiada akal jadi dengan mulianya Allah memberi kita akal unutk kita berfikir dan Allah perintahkan kita solat dan kita berfikir tentang tiang atau kekuatan dan kukuhnya iman kita apabila sentiasa mengutamakan solah. Agar tiang rumah iman kita sentiasa kukuh.... Begitu juga dengan rumah kita memerlukan tiang. Tetapi berbeza dengan kekuasaan Allah yang mampu menciptakan langit dan bumi tanpa sebarang tiang. Allah telah membuktikannya didalam surah Arrum ayat 25....
25. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah berdirinya langit dan bumi dengan iradat-Nya. Kemudian apabila dia memanggil kamu sekali panggil dari bumi, seketika itu (juga) kamu keluar (dari kubur).26. Dan kepunyaan-Nyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. semuanya Hanya kepada-Nya tunduk.
No comments:
Post a Comment