Link Saya

Tuesday, 6 March 2012

Masa itu amat singkat

Masa!!!
Semua orang mesti tahu apa itu masa....
Dimana ia hanya akan datang dan akan Pergi....
Yang Pasti....
ianya tidak akan sesekali berpatah balik walaupun sesaat dan ia akan ditinggalkan menjadi Pengalaman yang beharga(Tu pun kAlau menghargainya)......


Itulah masa.....
makin hari semakin bertambah umur kita...
Adakah semakin dekat atau jauh diri kita dengan Allah???
Atau Semakin Jauh???

Begitu juga dengan diri Penulis...

Merasakan hari2 yang lalu seperti suatu kerugian...
seperti masa yang lalu itu pergi begitu saja......
pengalaman yang menyebabkan berasa nak berpatah balik sahaja masa yang berlalu.....

MAsa yang dianggap lama sudah berlalu seperti mata yang berkelip...
Begitu juga dengan Sabda Rasulullah " Kehidupan Manusia di dunia ini Hanya seperti seseorang yang mengembara, apabila dia letih maka dia akan rehat di sebuah pohon, selepas itu dia akan meneruskan perjalanan. Lalu Rasulullah sambung lagi : Persinggahan si Musafir itu merupakan dunia"
Kini umur ku sudah meninggalkan dunia belasan tahun...
Umur yang meningkat tanpa aku sedari...
Menyebabkan berasa rugi...
Seperti ingin memanggil Doraemon( khayalan zaman kanak) untuk membuka pintu masa untuk berpatah balik untuk membaiki masa yang lalu.... membetulkan diri.....

Sudah lama hidup tapi masih belum cukup amal untuk ke syurga......

Itulah Masa....
Dan masa itu pasti akan dikenang,...

Begitu juga aku sebagai seorang Ustaz, sebagai seorang pendidik yang hanya menjadi seorang Ustaz Praktikal di sebuah Sekolah Rendah IBN kathir,gombak.... 


Sebelum bermulanya mengajar di sekolah ini..... aku merasakan 2Bulan setengah itu sangat lama....
Macam2 perkara yang aku ingin lakukan......
Itulah angan2 sebelum menjejak kaki di sekolah ini..
Namun semua itu sudah berlalu.....
Tepat Jam 11.30 malam 10 Mac 2012....
akan ku tinggalkan murid2 yang aku sayangi....
Aku meninggalkan mereka sebelum aku berjaya memenuhi kehendak mereka...
Apakan daya, semuanya dah disusun oleh pihak sekolah...
Alangkah indahnya sekiranya aku dapat meneruskan Pengajaran Disini....
Rasa berat untuk meninggalkan mereka...
Walaupun hanya 2 bulan lebih sahaja...
Namun kenangan yang disimpan adalah 1001 kenangan... Walaupun Ustaz seorang garang , namun  pelajar tetap masih tidak pernah merasakan apa yang dimarahiku bermakna aku tidak menyayangi mereka.... Walaupun dirotan, menangis,.... mereka tidak merasakan apabila Seorang guru itu rotan kerana membenci mereka.... Pengalaman ku dengan pelajar tahun 4,5 dan 6 ketika program.. dan tahun 6 saja yang ingin tidur di rumah Ku..... kalau nak dikongsikan  dah tak larat nak menulis...
Tahun 2 merupakan kelas yang aku sering masuk.. Boleh dikatakan setiap hari aku akan masuk kelas mereka.... Rasa kasih dan sayangku wujud apabila mendidik mereka, dengan rasa mereka ini amat memerlukan  sesuatu.... Mereka mendahagakan ilmu,mendahagakan islam...Walaupun mereka ini bukanlah Daripada keluarga yang memahami islam namun mereka meminatinya... dan itulah Misi aku ke sini..... Biarlah melentur mereka daripada kecil lagi.....

Ya Allah hanya engkau sahaja yang  mengetahui apa dalam hati ku, Hanya Engau sahaja yang tahu rasa riduku terhadap mereka..... Hanya Engkau sahaja Rabbul Izzati bahawa hati ini sangat berat meninggalkan mereka.... Masa Yang berlalu begitu sekejap... Masa itu aku merasakan seperti aku berkelip mata sahaja.
Sudah berlalulah 2 bulan setengah tempoh praktikalku di sekolah ini...
Ya Allah, Hanya Engkau yang dapat menentukan hati manusia itu, Hanya Engkau sahaja yang menetapkan Hidayah itu kepada seseorang itu, Maka Engkau kekalkan hati mereka ini dengan Keinginan terhadap islam,,, Janganlah Engkau letakkan kejemuan dalam hati mereka......
Hanya kepada  Engkau sahaja tempat untuk aku berserah... tempat aku mengadu.....
Semoga Engkau Merahmati mereka  Ya Rabbul Jalil....
Amin........

No comments:

Post a Comment