Sunday, 4 March 2012

Yakin Itu Perlu!!!

Keyakinan dan Percaya itu amat perlu sebenarnya.....
Percayalaha dan yakinlah dengan apa jua perkara pun tetapi saya nak mengajak hati saya dan semua pembaca......... Sentiasa meletakkan keyakinan kepada Allah dalam apa jua perkara sekali pun.
Walau nak mendapat sesuatu didunia sekalipunperlulah meletakkan kepercayaa dan keyakinan kepada Allah...


Teringat pula kisah Saidina Umar Al-Khattab....

Suatu hari, Saidina Umar bertanya kepada isterinya tentang baki wang yang masih ada.Lalu isterinya menjawab "hanya cukup membeli sebun roti" (roti yang dimaksudkan roti yang besar). Lalu disuruh Saidina Umar untuk membelikan roti tersebut. Dan isterinya pun pergi ke pasar lalu dibeli isterinya, ketika dalam perjalanan pulang.
Isterinya terserempak dengan seorang wanita janda yang sangat memerlukan makanan. lalu Isteri Beliau memberikan roti yang dibelinya di pasar tadi. Dan pulanglah isteri Saidina Umar dengan tangan yang kosong.
    Di rumah, Saidina Umar pun bertanya kepada isterinya " Wahai isteriku, dimana kamu letakkan roti yang aku suruh belikan tadi". Lalu isterinya menceritakan segalanya yang berlaku ketika pulang dari pasar. Dengan penuh keyakinan kepada Allah beliau meredhakannya dengan apa yang dilakukan. Dan beliau yakin bahawa setiap satu pemberian pasti akan dibalas sepuluh. Setelah beberapa lama, datang seorang lelaki mengahantar bungkusan. Lalu lelaki tersebut menjelaskan tentang bungkusan "begini wahai  Saidina Umar, tadi ketika aku dalam perjalanan pulang aku teserempak dengan seorang perempuan... Dia meminta ku agar memberikan bungkusan ini kepada mu .." lalu Lihatlah Saidina Umar bungkusan tersebut... "terdapat 9 biji buah sahaja..
 Dan Saidina Umar bertanya kepada lelaki tersebut.... " adakah kamu sudah ambil sebiji buah yang ada dalam bungkusan ini" .. "Ya, saya mengambilnya kerana perempuan itu berpesan agar saya mengambil satu di dalam bungkusan tersebut sebagai upah.." jawab dan jelas lelaki tersebut... Lalu Saidina mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut. Dan pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya...

Begitulah kisahnya orang yang yakin kepada Allah........
Ada lagi Kisah tentang dengan orang yang sangat yakin dengan Allah ini....
terutamanya berkaitan dengan rezeki yang Akan diberi Allah kepada HambaNYA....

Kisahnya begini.....

  Terdapat seorang pemuda ini,dia merupakan  guru praktikal di sebuah sekolah agma rakyat.Maklumlah sekolah agama rakyat, berapa ja yang dapat. tambah2 guru praktikal.. Semuanya tidak terlalu penting melainkan Ikhlas kerna Allah.. Pemuda ini selalu bersedekah ketika solat Jumaat. tetapi Pada suatu hari, ketika ingin mengeluarkan duit daripada dompetnya. Pemuda itu terkejut kerana wang dalam dompetnya hanya  ada sekeping wang Rm 5.00 sahaja. Lalu hatinya pun terumbang-ambing sama ada hendak bersedekah atau tidak.... Kerna keyakinan kepada Allah dengan hati yang tulus dia memasukkan wang tersebut kedalam tabung masjid itu.Setelah beberapa hari, pemuda tersebut ditawarkan pekerjaan untuk hujung minggu. Dan kelas tambahan yang telah dibuat oleh pemuda  bertambah pelajar. Begitu juga dengan Bayaran  yang dibayar oleh pelajar sangat tinggi. Lalu lelaki itu amat bersyukur kepada Allah yang melimpahkan rezeki kepada dirinya.............


Sesungguhnya keyakinan kepada Allah itu amat perlu...  Dan  juga tawakkal.. apakah tawakal untuk  memohon rezeki???
Banyakkan solat dhuha... InsyAllah rezeki akan sentiasa hadir..........
Jangan anggap hanya tawakal sudah cukup ..... Usaha juga memainkan peranan penting untuk mencari rezeki....
Tips or P/s:
1. selalulah menunaikan solat sunat dhuha....dan Pohonkanlah agar rezeki dipemurahkan..
2. Jangan bersikap terlalu kedekut dan tamak...
3. Harus wujud sikap dengki dalam melakukan kebaikan.....kerna apabila kita rasa dengki pasti akan kita lakukan....
4. Sentiasa meletakkan/ set mind dan hati yang Allah adalah segala2 nya....
5. Berusahalah sekiranya ingin mencapai sesuatu kejayaan.....