Link Saya

Thursday, 21 June 2012

~Suka Dan Duka Imtihan Qobul~


Masjid syed Putra Kangar, 7.30 Pagi


Kereta Proton Exora Putih (KCT 6116) menyusul perlahan di hadapan Masjid tersebut.Aku masih menanti ketibaan sahabat ku untuk menjemputku. kereta tersebut masih ku was-was kerna dah terkena dah dengan kereta lain sebelum kereta tersebut. Cermin kereta tersebut dibuka dan aku merasakn aku sedang diperhatikan .. Lalu aku menjenguk kereta tersebut. Alhamdulillah, rupanya sahabatku sudah sampai dan aku terus meluru ke kereta tersebut. Ku sangka semua sudah ada tetapi hanya sahabatku seorang sahaja Solehin Syuib. Ku berjabat salam dan terus bergerak untuk mengambil sahabat2 lain di lain tempat. Kami terpaksa bersinggah2 untuk mengambil sahabat2 lain sehinggalah perhentian Terakhir untuk mengambil sahabat yang terakhir.







Gurun,sekitar Jam 11.00 Pagi.





Persinggahan Ini kami perlu berhenti untuk sarapan pagi. (sarapan pagi berharap dapat Tahan sampai petang or malam). Semua sudah ada, Pejalanan kami bermula disini... Hmmm, sebelum tu aku nak perkenalkan nama2 sahabt yang Seperjuangan dengan ku... semuanya 6 orang termasukku, Solehin,AbuZarrin,Fateh,Syafiq,Nasiem dan Aku(sahabaat2ku ini merupakan peljar dari Al-Maad). 6 orang Pemuda menuju stu destinasi yang sama atas satu Tujuan...... Sepanjang perjalanan, banyak perkara telah kami sembang Antaranya tentang Yayasan Sofa..





JOm Kita Imbas Skit...cita dia Lagu nie....

(Sebelum Bertolak)

kami semua Pelajar dari Perlis yang bakal menduduki Imtihan Qobul di Malaysia ini masih menunggu panggilan daripada pihak Yayasan. 16/6 , ketika mana aku sedang sibuk untuk ke sekolah, aku mendapat panggilan daripada Pihak Yayasan sofa utnk memberitahu tarikh Imtihan tersebut. Kerana Kesibukan, aku terpaksa meminta pihak Yayasan untuk Email ja. So dia kata "baiklah nanti saya emailkan". Selepas 2,aku melayari internet,dalam sebuah group dalam Fb menyatakan tentang Tarikh dan tempat untuk duduki Imtihan Qobul iaitu 25/6 bertempat di Maktab Mahmud Alor Staq Kedh (untuk student Perlis sahaja)

So menunggu lh aku untuk Mengambil Imtihan tersebut.. Pada 18/6, sahabatku solehin smsku, bertanyakan kepadaku berkaitan Imtihan Qobul ini, lalu diberitahunya tarikh telah ditukar ke 20/6 bertempat di Ampang,Selangor. Terkezut mendengar,!!!! sms kami diteruskan sehingga Sahabatku ini memutuskan untuk bertolak dari Perlis selepas subuh Pada keesokkan Harinya,

* Yayasan Sofa Lansung Tidak memberi surat Hitam Putih akan Kenyataan Tarikh Ujian tersebut...

* Panggilan Semula lansung Tiada, ianya hanyalah meletakkan dalam website Yayasan Sofa.. Alhamdulillah lar ada sahabt kabo.. Kalo tak, tak pi larh jawabnya...

Perjalanan kami berterusan sehingga area selangor, GPS menjadi petunjuk jalan buat kami. Walaupun menggunakan perkhidmatan GPs. Sesat tetap ada, alarh ciptaan manusia , mana pernah sempurna. Hanya ciptaan Allah sahaja yang boleh menyempurnakan segalanya...

4.35 Petang

KAmi tiba di daerah Ampang, namun kami masih belum berjumpa dengan kawan mak sahabat saya nie... kami terpaksa menunggu..... Setelah lebih Kurang 20 minit, makcik tersebut tiba dan membawa kami ke Kolej Islam As-Sofa untuk melihat tempat,. Seterusnya kami , dibawa ke rumah mak cik tersebut dan kami dijamu sedikit makanan untuk mengisi perut yang sudah berejam tidak diisi semula.. Sebelum itu, kami diberi sebuah Pondok kami menetp di situ.. Kali Pertama melihat pondok tersebut. seakan2 kami perlu menetap dihadapan orang Ramai.






Rupa Pondok Untuk menginap seramai 6 orang..


Sebab apa saya berkata begitu???

1. Cer tengok pintu dia....

2.Terletak di tepi jalan..

3. Terletak berhadapan gerai makan....






Memikirkan Keadaan setelah diberitahu untuk menetap disitu.


Hmm... boleh tahan.... nak mandi kena keluar jalan jauh sikit dari situ... Lalu saya cuba menelefon Pihak Yayasan Sofa berkaitan dengan Penginapan kami.. Lalu apa dijawab Oleh Pihak Yayasan... "Maaaf encik, Penginapan kami tidak sediakan...!!!""

" Duit dah bayar Rm400.00 penginapan pun x dak ka???"(bicara ku dalam hati)..






Bila dah dengar Masjid Kira Ok lah skit...







Memikirkan Sesuatu


Alhamdulillah lar.. ada sorang pak cik nie dia bagi kebenaran kat kami untuk Tido Din masjid. setelah selesai makan kami terus Bergerak ke Masjid Untuk bersiap untuk solat maghrib. Namun masa tidak mengizinkan Untuk solat.. Kerna ramai Orang sudah dtang Masjid...(segan lar plak nak Mandi)..






Idea dicetuskan..


Hmmm.... Pakat melengung sementara tunggu Azan Dilaungkan... Dalam Keadaan keletihan nak mencari tempat Untuk Berehat, Namun Masjid bukanlah tempat yang sesuai untuk merehatkan diri selepas Maghrib...

Setelah selesai solat Maghrib kami, kami Bergerak Keluar untuk ke Kolej Islam Assofa Untuk Meminta Motel atau mana tempat untuk menginap.. Atas sebb Panggilan kami lansung tidak dijawab. Panggilan Terakhir adalah petang Tadi... Setibanya kami disana, Kolej Kosong, tiada seorang pun yang kelihatan. Dengan Izin Allah kami bertemu dengan group dari Penang yang sudah menduduki Imtihan Tersebut. Pelbagai perkara kami bertanyakan ,termasuklah penginapan. Akhirnya kami bertekad untuk mencari Hotel paling Murah(Hotel Budjet). Disebabkan jalan sesak, sehingga habis Waktu Isya' sekitar Jam 9.30 Malam. Akhirnya, kami putuskan untuk kembali ke Masjid untuk membersihkan diri dan Study berdasarkan maklumat yang kami dapat Daripada Pelajar tersebut.. Alhamdulillah dapat lar juga sikit... Keletihan Lalu semua melelpakan mata masing2. Walauupun dalam keadaan tidak selesa namun terpaksa dilakukan juga...

Pada malam itu, beribu Tahi bintang(nyamuk)merayap di badan kami menyebabkan keselesan yang kurng itu bertambah kurang selesa lagi sehingga ada dikalangan kami termasukku tidak dapat melelapkan mata. Hanya 1-3 jam sahaja mata dapat dilelapkan... itu Pun sekejap2 sahaja....

Keesokkan paginya,Kami bersarapan dan bersiap menuju Ke Kolej Islam As-Sofa. 8 pg, pelajar2 yang bakal mengambil Ujian pada hari tersebut mulai berkumpul dan beratur untuk pendaftaran. Setiap pelajar yang menduduki Imtihan tersebut, diberikan Tag. Setelah semua selesai,sekitar jam 9 lebih kami dijemput masuk kedalam dewan untuk menduduki Imtihan Tahriri (Bertulis). Di dalam dewan tersebut hanya dihuni seramai 35 orang iaitu pelajar dari Perlis,Perak dan sedikit dari selangor.Majoritinya Dari Perak.sebelum memulakan Ujian, kami diberikan sedikit penerangan oleh syeikh tersebut berkaitan Perjalanan imtihan pada hari tersebut. Untuk Makluman, Ujian kami merupakan hari kedua terakhir dan ujian tersebut telah belansung selama 2 sebelum kami menduuki peperiksaan tersebut. Ujian bertulis tersebut berlansung selama 3 jam. So, 3 jam lah kena jawab sampai ke sudah. Alhamdulillah soalan boleh tahan lar. InsyAllah telah memudahkannya. Setelah selesai Ujian bertulis, perutpun dah mula lapar balik. Dalam otak duk Pikir Boleh jimat duit sikit tengah hari, sebab mungkin Yayasan sofa (http://www.yayasansofa.com/v2/?p=230) menyediakannya untuk semua pelajar. Namun Hampa bagi kami, jadi terpaksalah keluar dan kembali ke masjid yang kami menetap semalam. Makan tengahhari di gerai sebelah masjid dan terus siap untuk solat jama' Qasar zohor dan asar.

Segalanya selesai, hati sudah kembali tenang apabila bertemu Sang pencipta... Kami kembali ke Kolej tersebut. Hairan juga apabila meihat ramai berkumpul di luar dewan. Rupa2nya, Syafawi dilakukan semua sekali, lebih kurang 150 orang pelajar akan diuji pada petang itu. 2.30 petang semua pelajar dijemput masuk ke dewan dan menunggu taklimat yang akan disampaikan untuk ujian pada petang tu.. Taklimat diberikan.!!! Ketika taklimat diberikan, saya dan ramai juga dikalangan pelajar berasa Hairan... "kenapa perlu Pulangkan Tag semula????".. Duit dah bayar, apa pun x dapat...!! Giliran demi giliran yang dipanggil. GIliran group dari perlis masih belum dipanggil sehinggalah sekitar Pukul 6, salah seorang dari group kami dipam=nggil untuk ditemu duga. kalau nak diikutkan senarai nama Group yang pertama dikalangan Pelajar lelaki , salah seorang dikalangan Kami akan dipanggil dulu. Tapu tidak mengapalah, mungkin mengutamakan group yang banyak dulu. So, Ujian Lisan kami tamat sekitar Jam 7 malam. Ujian Lisan tu biasa ja, hanya menanyakan hafazan dan berbual dengan ssyeikh tersebut... Itu saja, tak dak lah susah sangat!! boleh tahan ja lah....

Selesai Ujian, asalnya nak gerak balik terus. tetapi badan pun letih, otak pun letih, nak balik pun kurang kemampuan so, bertambahlah sehari kami disini. Kami bergerak ke Gombak untuk mendapatkan rumah disana kerna aku mempunyai sebuah rumah milik sekolah yang pernah aku berkhidmat dulu... Kami berehat disiut dan keeesokkan paginya terus bergerak Pulang....
Dah Sampai Perlis, kesian tengok Driver keletihan (Solehin Syuib)



Yayasan Sofa,




- Mereka hanya memberikan maklumat kepada 2 orang sahaja dikalangan kami bereenam. Alhamdulillah lar, sahabat2 nie ambil berat tentang sahabat seperjuangan. kalau tak memang tak ambil Ujianlah....






Ini Jadual yang diumumkan sebelum itu.










Jadual Selepa 2 hari dalam minggu tersebut


- Mereka juga mengubah tarikh dan tempat dalam kadar yang terlalu singkat. Saya mendapat panggilan seminggu Tarikh peperiksaan iaitu Pada 25hb di maktab Mahmud Kedah. dan sehari sebelum mengambil Ujian ada sahabt yang memberitahu berkaitan Berita ini...

- Mengikut prosuder kerajaan malaysia, Ujian kemasukan seharusnya mempunyai surat hitam Putih sebagai bukti dijemput untuk menghadiri Ujian Tersebut...

-Rm 370 dibayar --- apa yang diperolehi oleh pelajar???

- Hanya Mengambil Ujian dan terus pulang???

- Yuran melebihi Yuran STAM!!!

- Bukti pelajar yang mengambil Ujian untuk tunjuk kepada IbuBapa tiada!!1

- Makanan pelajar lansung tidak disediakan!!!

- Pelajar dilayan ala kadar sahaja.

- hanya dapat duk dalam Bilik Air-cond yang kuat???

- Penginapan pelajar jauh Tidak disediakan..

- Pelajar tidak Diutamakan tetapi banggunan Mula dibangunkan!!!

Itulah sedikit sebanyak kebenaran yang kami alami.... Sekiranya ada yang merasakan saya ingin membuka Aib orang!! Afwan Jiddan , saya bukan ingin membuka aib orang.. Tetapi membuka mata manusia!!! melihat keadaan sebenar...Mungkin ada dikalangan Group yayasan sofa membacanya.. Sila perbaikinya, klu nk reject saya. saya x kisah!! Allah maha berkuasa untuk melakukan segalanya...





Wallahhu'alam....

(sekiranya ada kesilapan boleh ditegur!!! Komen ja...)

3 comments:

  1. Salam dari Bumi Mesir,

    Pengalaman anda, sungguh terkesan buat pembaca renungkan...

    Walau apa pun,sudah tentu pembaca empati dengan coretan luluh dari hati anda..

    Semoga langkah anda senantiasa disertai oleh ILAHI..

    ReplyDelete
  2. Wslm,
    JazakAllah kerana sudi membaca coretan yang x sekaadar mana ini..
    InsAllah niat tulus Ikhlas hanya sanya untuk mengakkan haq dan batil...
    Semoga Allah memberikan kekuatan untuk meneruskan langkah kaki ini

    ReplyDelete
  3. Assalamuaikum ustaz Ibn Umar

    Sangat tersentuh membaca luahan hati daripada anta

    Semoga Allah merahmati dan mengiringi langkah anta

    ReplyDelete