Link Saya

Thursday, 20 September 2012

~Warkah Buat Malaysia~



         Assalamu'alaikum semua warga Malaysia,
Alhamdulillah, Pada 14,September 2012(Jumaat,)Jam 2 Petang(9 mlm,<M'sia> berpijaknya kaki saya di Bumi Mesir Ini. dan Alhamdulillah,saya dan rakan-rakan disambut oleh UrusSetiaMahasiswaBaru(USMB) daripada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Kami disambut dan dibawa ke Rumah Perlis yang berdekatan Madinah Nasr..(Nasr City)


Disini saya Sertakan warkah untuk Setiap Yang Berada Di Malaysia...

1.Buat Keluarga Yang Diredhai Allah...

   Assalamu'alaikum Mak,Abah dan Adik Beradik Yang lain......
Yang Utama dan pertamanya Terima kasih atas sokongan yang diberikan sejak sekolah menengah lagi. Terutamanya buat Ibu yang tercinta yang sering memberi dorongan dan nasihat agar sentiasa mengistiqomahkan amalan dan teruskan tekad untuk melanjutkan Pengajian di Mesir/ Timur Tengah. Selain itu, Dialah Si Ibu Yang tidak Henti Mendoakan untuk kejayaan,rezki dan 1001 doa lagi....Kepada mak dan Abah, Shafiq Di sini memohon maaf sekali lagi sekiranya tersalah laku, terkasar bicara dan tidak dapat memenuhi kehendak yang dikehendaki sebelum nie. Dan Bab Kewangan InsyAllah, Allah S.W.T itu maha kaya lagi maha Pemurah. Mak dengan Abah jangalah terlalu Risau. Selain itu bab Kesihatan dan lain2, InsyAllah, Shafiq Akan sentiasa Menjaganya... Dan Selamat mengerjakan Haji Pada Bulan Depan... Doakan Shafiq agar dapat Terus Istiqomah dan Berjaya Di dunia Untuk Mengejar Akhirat InsyAllah....

Seterusnya Buat Abg2, Kakak2 Dan Adik2 yang disayangi,!!

  First sekali, Shafiq Nak mohon maaf atas segala Kesilapan Shafiq terhadap abg2,akak2 dan adik2 yang berada Di Malaysia. Selain Itu, Ucapan Terima Kasih sekali lagi atas Sokongan dan bantuan Untuk Mencari sumabangn dana pengajian shafiq Di sini. Buat Kakak, terima kasih sebab bawak shafiq Berjalan di Johor dan jumpa shabat2 johor yang Shafiq tak pernah mengenali mereka dan shafiq Harap akak juga dapat bersabar dengan setiap Musibah yang diberikan Oleh Allah dan Mendidik Suami menjadi Suami Yang lebih baik. serta dapat mewujudkan baitulMuslim dan menjadi ikon Islam di sekitar Kampung Pengkalan Batu tersebut. Seterusnya Kepada Abg. Mat, Terima Kasih sebab beri Peluang untuk Shafiq Di Rumah abg. beberapa Hari  sebelum bertolak Ke Mesir dan Terima Kasih juga kerana sudi Menhantar dan Menunggu walaupun sudah lewat. Selain itu, Shafiq harap Abg dapat Mendidik Anak2 serta Zaujah abg. Ke arah yang lebih baik dan dapat membetulkan diri Sama2. Dan Buatlah sesuatu yang terbaik Untuk Anak2 abg walaupun ianya sukar. dan Ingatlah, biarlah susah asalkan membuahkan hasil yang baik. Selain itu,Surat2 sumbangan yang Shafiq Tinggal Kat abg. tu, sebar2kanlah..(nanti kalau ada lebih adalah bahagian untuk abg.)........
Kepada Kak cik, Minta maaf sebab tak dapat jumpa sebelum bertolak Ke Mesir dan minta Maaf Klu2 Ada salah dan silap..... Bg. Did, Terima kasih sebab bagi nasihat dan sebagainya. Dan Kalau Boleh cari2lah lagi untuk Shafiq..(Ada Lebih, ada Rezki bg. Did)......K. Bibah, Sorry atas kekasaran yang pernah dilakukan dan kalau ada hutang tu mintak halal lah... Klau ada hutang Shafiq, Boleh bank In(Itu pun Klu banyak sangat).......
Amanat yang Diharapkan Kepada Abg2 dan kakak yang sudah berumah Tangga, Jadilah Suami Yang soleh dan Isteri Yang Solehah serta teruskan apa yang pernah dapat Tarbiyah dalam Diri. Klu rasa kurang tambahkan... Selain itu, ajaklah Isteri dan suami ke Majlis2 Ilmu serta carikanlah Halaqah Untuk Diri dan Juga Keluarga... Semoga Allah Meredhai Keluarga Abg2 dan Kakak2.....
Amru, Mohon maaf sebab tak sempat jumpa dan minta maaf sekiranya ada Salah silap yang dilakukan. Pesanan,
     Jagalah adik2 dan mak, Abah di Rumah serta Maksu. Janganlah terlalu ikutkan emosi atau bisikan yang boleh merosakkan.  Sama2lah kita Ubah diri kita.. Kepada Adik2 yang disayangi serta diredhai Allah.. Belajar lah elok2, sementara berada dekat dengan rumah, dengarlah cakap mak dan abah. Buatlah apa yang patut.....
  Akhir Kalam, Sama2lah kita mengubah diri kita menjadi ke arah yang lebih baik. Mungkin dulu nya kita teruk bukan bermakna kita akan teruk selama2nya. Sebab Allah berfirman " Allah tidak Akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan Dia berusaha untuk mengubah diri sendiri".....

Wassalam.........
(Kepada Abg2 dan Kakak2 yang baca Surat nie tolong sampaikan dekat mak dan Abah)


Buat sahabat Terbaik ,

 Khas Buat Muhammad Hannan Khairul Anwar.......

Pertama dan utamanya, Ucapan Jazakallah hu khoiron Kahtira atas segala bantuan,Perkongsian dan Sebagainya. Selain itu, Ana cukup bangga dengan anta atas Pengorbanan diri terhadap sahabat serta Perubahan anta setelah tamatnya SPM.........

Ana Kenal Enta!!1

 Sudah lebih 14 Tahun Kita kenal,Kita bersama dan anyak perkara kita habiskan bersama, Pengalaman Kita Hidup,Kita Bersama dan semua yang kita selalu hadapi bersama dan Kita saling lengkap dan melengkapi. Bila Ana imbas kembali semua yang kita pernah lalui, Inginku Menangisi inginku ketawa dan macam2 perasaan yang wujud dalam Diri. Enta mesti Ingat semua perkara yang kita lalui bersama. dan Ingatlah semua yang kita lalui adalah pengajaran bagi kita dan ana sangat yakin bahawa setiap manusia pasti boleh berubah asalkan ada usha, sebab Allah tidak akan kurniakan sesuatu yang terbaik kepada orang yang melakukan sesuatu itu hanya ala kadar sahaja. Selain Itu, ana Anggap anta sebahagian daripada keluarga ana, sebab Anta lah sahabt ana dunia dan Akhirat.. Anta lah pelengkap Diri ana Selagi Bujang(dh kawin pun anta tetap sahabat ana)...Jangan Risaulah anan.........

    Hmmm....
Baru 4 Hari Tinggal Enta.... Terasa rindu pulak... Memang benar, manis sungguh berukhwah.... Jumpa lagi kalau ana balik nanti.... Tu pun kalau awai... kalau lewat, 4 tahun atau 5 tahun lah InsyAllah...

    Bisnes , teruskanlah asalkan ianya halal. Bahagian ana tu mintak anta uruskan dengan sebaik2nya..... Harap2 balik nie ada juga income..... InsyAllah anakan tambah lagi untuk meningkatkan lagi bahagian tu....
Pesanan,
  Teruskan lah perjuangan untuk menggerakkan dan membangunkan islam dalam diri2 Rijal2. Selain itu Bersabar dalam segala sesuatu yang ditimpa dan Kuatkan diri lagi untuk melakukan segala sesuatu serta sama2lah kita tingkatkan Diri Kita...

    Doakan Ana....

Wassalam......


~Buat semua Pelajar Matri~

  Assalamu'alaikum dan salam Perantau dari Bumi Mesir...
Alhamdulillah atas Doa kalian dan Izin Allah ,Akhirnya ana sampai di Bumi Mesir...
Ana disini hanya ingin menyampaikan salam daripada semua warga MATRI yang berada Di sini....
Mungkin sebelum ana bertolak meninggalkan Bumi Wakafan Matri dan Bumi Perlis. ada juga nasihat yang sudah ana sampaikan..... Namun itu hanya Suku sahaja... Mungkin banyak pekara lagi yag ingin sampaikan InsyAllah... Bila ana ada Kesempatan. Pasti ada saja yang ingin ana sampaikan... Kepada anak2 Murid yang dikasihi... teruskan Perjuangan ana sentiasa doakan antum...(Sambil2 tu doakan lah ana selalu)....

    Ingatlah!!!

     Bumi yang anda berada adalah bumi yang dipenuhi dengan emas sekiranya antum melihat dengan hati. wujudkan Ruh dan Jasad Antum dalam Bumi Wakafan, Bumi Peninggalan Emas yang sangat berkualiti bagi diri Antum berurusniaga di Dunia Luar Kelak. Apabila Antum tinggalkan bumi tersebut dengan mengambil 10001 mafaat dan karung/guni yang anda bawa dipenuhi dengan Emas Tarbiyah lalu antum keluar dengan sedekahkan emas antum.Pasti Ganjaran antum levih besar daripada apa yang antum kutip dan sampaikan kepada semua masyarakat yang memerlukan. Dan Antum juga perlu Istiqomahkan emas antum agar dapat dikawal sentiasa dan tidak habis kering...
    Sekiranya ada alasan Guru bermasalah.. Biarkan carilah Murabbi yang lain,dan terus mencari. Ingatlah, yang nak selamat daripada api neraka, bukanlah orang lain tapi diri kita sendiri.. sama-samalah kita semua berusaha untuk meningkatkan diri masing-masing dan bukanlah menjadi orang yang selalu mempelecekan amalan orang lain atau mengutuk dan sebagainya.

Wallahhu'alam...

Salam Perantau Dari Bumi Mesir....



~Buat Penyumbag~

   Asslamu'alaikum.......

Sekali lagi diucapkan Jazakumullah Hu khoiron Khathira.. dan Alhamdulillah saya sendiri sudah Tiba di Bumi Kinanah ini. Sumbangan Anda semua amat dihargai.. Dan InsyAllah Semua Update tentang kehidupan di sini dan Perjalanan akan saya cuba Update.. Sekiranya ada lagi yang Ingin menyumbang bagi menampung kehidupan di sini Untuk masa yang akan datang amat diAlu2 kan.... Akaun bank yang sama....

Bank Islam Malaysia Berhad
09010025113631
Shafiq Akmal Bin Omar

HongKongShanghaiBankComerce(HSBC)
339108086025
Shafiq Akmal Bin Omar

  Alhamdulillah, semoga sumbangan yang disalurkanoleh anda semua dinilai oleh Allah S.W.T... Ucapa Penghargaan dan Terima Kasih Kepada Semua Penyumbang...~Alhamdulillah Terima Kasih Allah~....
Akhirnya sampai jua... Nantikan Entry Indahnya "Ardhun Kinanah.......InsyAllah Entry nie akan siap dalam Bulan depan setelah Imtihan Qobul Berlansung....

Sedikit Rentetan Sang Perantau...

     Mohon senantiasa doakan saya agar sentiasa Istiqomah Dengan niat,semangat dan Juga Kekuatan yang diberikan .Selain itu, agar dapat saya meninggalkan segala perkara lama yang telah dilakukan dahulu....
Dan Doakan agar dapat mempertahan Iman,akidah dan juga ketetapan Hati hanya untuk belajar Kerna Allah s.W.T dan bukanlah atas landasan yang lain......

Wallahu'alam...

.....................................................................................................................................
Alhamdulillah....
Kepada semua yang mengenali Diri terutamnya keluarga KeArah yang banyak membantu dan memberi nasihat buat diri yang lemah sejak azali lagi. Memberi info dan memberi tarbiyah untuk peningkatan diri dalam setiap aspek.
 Selain itu, Jazakumullah Hu Khoiron kathira ata berusaha dan membantu dari segi aspek menjayakan diri ini unutk melanjutkan.. Semuanya diatas Usaha dan Pemberian daripada Allah S.W.T...... Akhirnya, rezki Allah melimpah ruah.. 1001 jenis rezki yang Allah kurniakan, sama ada rezki dari segi wang ringgitnya,kemudahan,dan bermacam-macam lagi..
Akhir kata, Doakan saya di sini dan Semoga Allah memberi kemudahan daalam perjalanan disini....
Disamping itu, saya doakan semua Usaha Anda semua terhadap diri Yang lemah ini diredhai Allah dan diterima sebagai amalan jariah,ilmu yang bermanfaat... InsyAllah..
Wallah hu'alam..
Sekian.....
Untuk Semua sekali.....
Malas nak buat banyak2 Entry....
1 Entry, 1 Tajuk , 1 Matlamat......
(maaf kalau ada sapa2 yang disebut dalam nie..... Untuk Penambah baikan... Sertakan Komen anda di bawah)

No comments:

Post a Comment