Hari semakin gelap, aku masih berada di sekitar jalanan lagi.Hujan mulai turun, semakin lama semakin lebat. Destinasi sebelum Pulang ke rumah adalah Rumah Allah utnuk ku menunaikan solah Maghrib. Setibanya di Masjid, bajuku agak sedikit basah atas sebab tempias rahmat Allah yang diberikan kepada manusia. Selesai solah Maghrib, Doaku banyak memperbanyakkan agar aku berjaya di dunia demi mengejar Akhirat. Dan kuselitkan jua doa untuk wujudnya pelengkap diriku sebagai seorang lelaki dan wujudnya ribuan kebaikan dalam diri bakal pelengkap diriku. Kadang-kadang aku sering takut dan risau sekiranya diriku ditimpa ujian nafsuku. Maka doalah yang sering diiringi......

" Hurh... mengeluh juga aku dalam pengujian iman ke atas diri ku. Dan aku bersyukur yang teramat sangat kerana sering diberi kekuatan Oleh Sang Pencipta... Seluruh tubuhku menjadi kuat apabila aku kembali pada NYA/...." Hati bermadah menahan setiap Pandangan..
Setiap jalan,setiap tempat aku perkuatkan diriku untuk mendekatkan diri dengan Allah.Alhamdulillah.. Aku bersyukur kerna aku sempat dididik di sebuah sekolah agama sebelum aku menyambung pengajian. Facebook menjadi temanku untuk mendapatkan sesuatu perkara Ilmiah dan menambahkan Ilmu-ilmu yang berkurangan dalam diriku.... Buku-buku Ilmiah cukup sukar dicari di pasaran disini,namun cukup bersyukur kerna masih ada masjid dibina dan ada Muslim di negara Ini.Amsterdam, sebuah negeri yang sangat hebat dengan cerita pemain-pamain Handalan manchaster United.Ya, memang benar... Aku juga peminat sampingan dalam hal ini, tetapi riadhah adalah sesuatu kewajipan bagiku. Berjalan jauh jua turut riadhah bagiku. Kehidupanku disini seperti biasa, ruti jarang sekali berubah.. Rutin harian, pergi ke kuliah,Library then selepas study Maghrib dan isya' di Masjid yang selalu aku tumpukan hatiku.
Kuliyah atau penyampaian pun masih ada di Masjid tersebut. namun jarang sekali diadakan kerana berlakunya beberapa masalah disini...
Pada Suatu hari, selepas solah Isya', kebiasaannya aku pulang ke rumah dan membaca beberapa perkara Ilmiah. Namun pada hari tersebut, perutku memulas kepedihan.. Mungkin tersalah makan,setibanya aku ditempat parking aku terus berlari menuju kedalam rumah. Point aku adalah tandas....
Setelah selesai, aku keluar dan melihat pintu rumah aku terbuka luas. Lalu aku terus menutupnya dan melihat sekekliling ruang tamu dan juga bilik tamu serta stor berdekatan tandas. Kusangkakan pencuri,hatiku berasa lega kerna tiada apa-apa yang berlaku.Ku bersyukur dan dalam awanganku mungkin angin yang meniup pintu rumahku..... Ku berada di ruang tamu sambil menghabiskan masa dengan membaca beberapa buah karya daripada penulis-penulis Islamik seperti LangitIlahi.com, SaifulIslam.com dan banyak lagi.....
Badanku terasa letih dan sedikit kepanasan. Dalam perjalanan, aku membuka bajuku kerna kepanasan. aku membuka kamar ku dan ada sedikit kehairanan apabila air dalam bilik showerku berbunyi dan aku pun terus menutup pintu kamar dan menuju ke Bilik shower tersebut. Tiba-tiba, bunyi air terhenti dan aku melihat kaki mulai keluar dari bilik shower tersebut. Aku terkejut,nafas terhenti,jantungku ibarat orang yang sudah mati,otakku mulai serabut berfikir apabila melihat seorang wanita keluar tanpa seurat benang pun.
"Ya Allah, Ujian apakah yang engkau berikan kepadaku sebegini??"Kata hatiku..
(Nafsu, syaitan mula ingin menguasai diriku)
Peperangan bermula ketika itu, akhirnya Allah mengurniakan Idea besertakan kekutan iman kepada ku.....
kakiku mulai undur ke Pintu, Wanita tersebut berlari untuk dapatkanku. Belum sempat aku menuju ke Pintu, wanita tersebut lebih awal dariku mencapai tombol pintu tersebut. Akhirnya Aku teringat kisah Pemuda kasturi yang diberi gelaran Al-Misk. Lalu aku minta keizinan untuk ke tanda kerana perutku kembali memulas... Lalu diberi Keizinan,asalnya diminta untuk masuk sekali namun aku melarangnya. Wanita itu menunggu di depan pintu tandas bilikku.. Aku cuba melakukan sperti apa yang dilakukan Al-Misk tersebut.
Badanku dipenuhi dengan najisaku keluar tanpa berpakaian tetpi berlumuran dengan najis. Terkejut wanita tersebut dan terus memakai pakaiannya dan keluar daripada rumahku. Alhamdulillah,Ujian yang cukup hebat... Aku terus membersihkan diriku dan terus mengunci rapat pintu rumahku. doakau terus kumunajatkan kepadaNYA///....Mulai saat itu, rumah ditambah ahli baru iaitu teman Masjidku, pendamping diri dari segala belenggu.. Aku mengambil jalan yang Allah kurniakan kepada semua Hambanya didalam Al-Quran daripada Surah Arrum(21, ".....Bahawa Allah ciptakan Kaum lelaki,isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNYA di antara suami dan isteri perasaan kasih sayang dan berbelas kasihan. dan Sesungguhnya ia adalah keterangan bagi mereka yang berfikir".Alhamdulillah kebahagian itu wujud,ketenterman itu disertai....Namun Kisah Hitam itu tidak pernah luput di fikiranku dan akanku cuba lupuskannya...... Wallahu'alam..
(Kisah ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan hidup dan mati)
Pengajaran/Moral:
Di arena Moden dan teknologi sekarang, masih wujudkkah pemuda sebegini??
Mungkin ada tetapi segelintir, malah penulis pun belum tentu berjaya menangkis perkara ini.. Amat sukar sekiranya hati belum benar cintakanNYA dan benar-benar takut akan azabNYA... Na'uzubillah hi minzalik.. Kisah Yang lebih menarik yang pernah ku dengari student yaman Di Oxford melarikan diri daripda dirogol 5 orang wanita.. Hurh, memang utuh keimananya. Hakikatnya keseronakkan dunia dan kelbihan dunia amatlah seronok,namun ianya amatlah sementara, dan Untuk mencapai keseronokkan,hiburan yang Kekal Abadi sangat sengit dan sangat pedih, Namun pengakhirannya adalah bahagia selamanya. Penulis berkata,menulis dan melakar sesuatu untuk merawat Jiwa sendiri dan memalitkan ubat-ubat buat pmbaca-pembaca. Tiada kata, diri ini hebat dan amat mulia dan juga dikalangan soleh.
Akhir kata, Piala Emas tidak akan sentiasa berkilat sekiranya tidak digilap dan dipelihara,baju putih akan menjadi Kotor,lusuh,hitam dan tidak lagi bergaya sekiranya tidak dibasuh dan dijaga.. Begitu juga hati/iman, sekiranya dibiarkan dan lansung tiada proses menyucian dan peningkata maka akan terus pudar dan pudar.
Ayuh wahai para Ikhwah dan tidak dilupakan juga para Akhwat, sama-samalah kita martabatkan keimanan kita dan Taqqarub IllAllah(dekatkan diri dengan Allah).....No Couple.No to Zina.....
Jauhilah permulaan zina... Inilah Punca turunnya ayat "....... Janganlah kamu mendekati Zina......".. Allah berkata jangan mendekati, yakni bermakna langkah pun tidak boleh,cuba lagi lah tidak boleh... Oleh Itu, tekad dan lakukan. Bercakap dan cuba lakukan, tingkatkan diri, elakkan diri daripada pekara yang dilarang dan cuba melakukan perubahan......
"HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM DAN
HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI"
(Share is Caring... Komen amat dialu-alukan)
2 comments:
Allahuakhbar nyk pengajaran yg diperolehi...jazakallahu khairan kathira..
Ana mohon share ^^..
Silakan
Post a Comment