Link Saya

Tuesday, 14 January 2014

~Kami sediakan Keperluan ,Jangan Pula mencemarinya~


  Kehidupan suasana luar belum menjaminkan keselamatan seseorang. Terutamanya bagi seseorang yang digelar sebagai wanita. Dirimu diciptakan sebaik-baik ciptaan dan dirimu bukanlah segagah lelaki walaupun kelihatan gagah. Negara asing menjadi pilihan mu untuk menyambungkan pengajian atau pekerjaan. Keselamatan dan maruahmu amatlah berharga bagi seseorang wanita yang suci.



  Maka hadirlah lelaki dikalanganmu untuk menjadi pendamping serta membantu apa jua yang jauh dari kemampuanmu. Sekiranya tiada dikalanganmu,mungkin ada yang baik dan jujur yang sudi membantu apa saja.

  Di Mesir, para pria ini digelar sebagai Musyrif. Di Jordan Pula Murakkib dan macam-macam gelaran digunkan bagi setiap negara yang menjadi tumpuan pelajar Malaysia yang belajar di luar atau dikenali sebagai perantau. Dalam hal ini jua menjadi masalah dikalangan mereka. Penulisan ini dikarangkan bukan berniat untuk membuka sebarang aib sesiapa. Namun inilah realiti di dunia mereka.

    Di Malaysia, ibubapa dan sahabat terdekat menjadi peneman mereka.Dan keselamatan mereka cukup dijaga dan dipelihara. Mungkin sebahagian saja yang tidak merisaukannya atas sebab kesibukan keluarga. Akhirnya kerosakkan juga menjenguk mereka dan berkemungkinan merosakkan diri mereka.

  Peneman malam atau pengiring malam pelajar wanita atau akhwat atau an-nisa' ini dipelihara keselematan mereka di luar sana walaupun berdekatan kawasannya pada malam hari. Kadangkala perjalanan mereka di siang hari merentasi negeri dalam negara tersebut maka mereka memerlukannya. Inilah hakikat di luar negara. Para Pria cukup menjaga malah merisaukan sekiranya terlihat mereka berjalan berseorangan atau bramai di luar pada malam hari tanpa peneman.

hurh..

Mungkin perkara ini nampak remeh tapi bagi setiap insan yang mempunyai naluri keibubapaan atau merisaukan  sebarang kejadian berlaku terhadapa rakyat malaysia di Negara asing. Jom kita lita beberapa situasi yang sering berlaku. Mungkin lebih kurang sama saja tapi inilah hakikatnya.


Situasi 1

Suasana malam sibuk seperti Biasa. Kakiku melangkah Pulang, dipertengahan jalanku. Mataku terpandang seseorang. Dia juga berjalan keseorangan, aku mengekorinya.

Salam dimulakan sebagai sapaan. 
A-"Perlukan Musyrif?"
D-"Oh.. Terima kasih je lah ustaz, rumah saya depan tu je"
A- "Owh. Yaka, tak pa lah macam tu. Kalau dua langlah lagi ke depan jadi apa-apa tanggung sendiri ya. Jangan menjerit ok"
D- " alah ustaz saya dah lama kat sini hampir 5 tahun dah. Tak pernah jadi apa-apa pun. Kenapa ustaz nak sibuk. mak ayah saya tak cakap apa pun"
A- "yaka, macam mana mak dan ayah sedari tahu mereka tak risau. Pernah tak waktu saudari call diorang. Dan diorang tak tanyakan khabar?. Sekiranya mereka tidak tanyakan khabar bermakna mereka tidak akan risaukan saudari. Sekiranya ya. Bermakna mereka merisaukan dan menyayangi saudari"

Perbualan terhenti, kakinya melangkah laju menuju ke rumahnya.



Situasi 2

Satu hari, dia baru sahaja selesai makan malam di cafe rumah wilayah, tiba-tiba datang seorang akhawat ingin meminta ikhwah tersebut untuk jadi mushrif dari rumah wilayah ke rumah sewa beliau. Apa yang mengagumkan ikhwah tersebut ialah, akhawat tersebut sendiri yang meminta, walaupun rumahnya tidaklah jauh sangat dan memandangkan masa baru jam 7.45 malam (isyak kan 6.30). Rumah sewanya tidak la sejauh mana, hanya berdekatkan rumah perak, jika diikutkan boleh je nak balik sendiri ke rumahnya. dengan keadaan lampu yang cerah dan terang di sepanjang jalan. itu yang menyebabkan mushrif tersebut kagum dengan akhawat tersebut.

Akhawat tu buang sifat "tak nak nyusahkan ........"

Akhawat tu sayang dirinya,akhawat tu tahu akan maruah dirinya dan dia tahu akan keselamatan diriny, kerana itu dia meminta mushrif

Syabas saya ucapkan kepada anda.

Beribu terima kasih diucapkan kepada muhrif tersebut walaupun terpaksa jadi mushrif secara tiba-tiba. Semoga di beri ganjaran disisiNYA.


Situasi 3


Laporan dari ikhwah yang terserempak dengan akhawat tiada mushrif

Lebih kurang 9.00 malam ke 10.00 malam ada satu group akhawat dari sabiek tiada mushrif yang hendak pulang ke awal sabie, dan seorang ikhwah menawarkan dirinya untuk jadi mushrif. Terima kasih diucapkan kepada mushrif tersebut.


Dan pada masa yang sama juga, terjumpa satu group akhawat di abou ramy yang tiada mushrif, apabila ditegur semua buat tak endah jer, di tegur hampir 3-5 kali dengan cara berhemah namun perkara yang sama masih juga terjadi, group akhawat tu buat tak endah jer.


Situasi 4


Atas Bas,

   3 orang pelajar lelaki Malaysia berdiri didalam bas sambil memerhatikan seorang Pelajar wanita menaiki bas dan mencari tempat duduk. kebetulan ada seorang pelajar lelaki sedang duduk, bangun seraya memanggil pelajar wanita tersebut duduk di tempatnya. Namun dia menolaknya dan memilih untuk duduk di sebelah warga arab.

  Pelajar lelaki terus menarik muka serya berkata, kalau jadi apa-apa, kami tak teringin nak tanggung.

Namun, ianya menjadi kenyataan apabila pelajar wanita itu diraba di bahagian atasnya. Suasana menjadi tegang sedikit apabila si perempuan itu menjerit dan menahan malunya. Pelajar lelaki tidak mampu berbuat apa dan berkata apa. Kerna kebetulan kawasan pelajar wanita itu adalah dikalangan arab yang ramai. Risau terjadi apa-apa yang lebih buruk.

Itulah. lain kali sombong lagi.

Situasi 5


  Menerima panggilan sahabat untuk menjadi Musyrif ke negeri lain. Oleh itu menerimalah dengan hati terbuka dan lapang.

Perjalanan menjadi selamat dan tenang walaupun kembalinya di tempat tinggal doi waktu malam saat semua orang tidur. Si Musyrif keletihan. tetapi sangat memedihkan dan terasa hati apabila wang perjalanan diminta. Malah sangkaan si musyrif berubah bila mereka diajak tapi kos tidak ditanggung sendiri. Sedangkan aktiviti disana bukanlah dibawah aturan mereka.

So, yang minta jadi Musyrif ni biarlah berhati perut sikit ya.

Situasi 6

Jadual musyrif sudah tertampal di setiap rumah. hampir 3 bulan ianya tertampal. Musyrif pada hari-hari tersebut mereka boleh membuat pilihan. namun tetapi bukanlah hanya satu musyrif lelaki sahaja menjadi pilihan mereka setiap kali ingin keluar ke tempat tertentu. itulah sistem yang ditentukan agar dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

  Suatu hari, Pelajar lelaki dihubungi. Kebetulan pada hari tersebut bukanlah hari beliau bertugas. namun diminta menjadi musyrif jua. Lelaki, sekiranya perempuan minta tolong dan pada waktu tersebut lapang baginya. maka amat sukar baginya untuk menolak permintaan tersebut. namun setelah difikirkan semula. kewajipan bagi orang bertugas tetap diperlukan. Oleh itu, permintaan itu terpaksa ditolak dan diminta untuk mereka menghubungi musyrif lain yang bertugas.

  Kehairanan...
"Awat depa ni tak gheti tengok jadual or tersilap tengok jadual kot. Adoi.."


Itulah sedikit siatuasi yang pernah berlaku di negara luar ini. Kadangkala ada jua maksiat yang berlaku diantara rakyat malaysia dan juga warga asing di luar negara. Mungkin waktu tersebut, dekat dengan exam dan hati menjadi tidak tenang. Kononnya maksiat itu penenang jiwa, namuan ianya adalah penambah gundah gulana dalam jiwa seseorang.

Nasihat Imam Waqi' buat perlaku maksiat (macam lari tajuk ja)

  Akhir kalam, apa jua perkara yang bakal berlaku bukan kehendak kita. Maka perancangan dan langkah berjaga-jaga senantiasia diperlukan untuk menjadi lebih baik. Namun sekiranya perancangan yang dilakukan tetapi gagal. maka ingatlah, Kita merancang, Allah jua merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah. Oleh itu bersabarlah dalam menempuhi dugaan yang berlaku. Mengambil Musyrif sebagai pengawal kita di malam hari lebih baik daripada tidak ambil. Kerna ia bakal memudaratkan kita. Tetapi berfikirlah dalam memilih dan mengambil.

Cadangan bagi pelajar wanita yang berada di luar negeri. Pendek kata, rumah sewa sendiri, ambillah inisiatif untuk dapatkan nombor telefon musyrif yang berdekatan berdasarkan jadual yang ditentukan. Selain itu, carilah kediaman yang berdekatan kediaman lelaki. jangan terlalu jauh agar lebih mudah apa-sahaja pengurusan.

Wallahu'alam.

Penulis mengakhirkan tulisannya dengan sebuah lagu.




No comments:

Post a Comment