Tuesday, 15 April 2014

~Kenapa Waktu Exam?~

Imtihan
Examination
Peperiksaan
Examen
परीक्षा (Periksha)
検査( kein sa')

  Dan macam lagi erti peperiksaan atau Ujian setelah sekian lama mempelajari sesuatu Ilmu. Mungkin semua pembaca menjadi aneh dan kehairanan dengan tajuk diatas berkaitan peperiksaan.



  Peperiksaan adalah waktu yang dimana kita seringkali terasa tertekan akan keadaan dan mencari tempatluah dan berkongsi rasa,. Dan ada juga yang sering kali mendiamkannya dan lebih seronok kearah enjoy dan menghabiskan masa seperti bermain bola,menjerit sekuat hati, makan,tengok Movie dan macam-macam lagi.

  Itulah hakikatnya sesiapa saja yang menghadapi keadaan sebegini. semakin besar usia mereka semakin bertambah kepelbagaian dalam memikirkan sesuatu dan juga keinginan terhadap sesuatu. Dan waktu yang sama kita akan diuji dengan pelbagai perkara.

  Realiti kebanyakkan Pelajar SPM apabila dekatnya Exam, memikirkan Universiti dan kerjaya yang bakal mereka lakukan selepas Exam. Kerana kebanyakkan mereka masih diruang lingkup terkawal dan masih dibawah pemikiran pelajar sekolah menengah dan kematangan mereka tidaklah sejauh Mahasisiwa/wi di Luar sana. Berkemungkinan ada sebahagian daripada mereka dan juga yang baru menamatkan PMR sudah berhajatkan ke arah membina rumah tangga. Hal ini berkemungkinan kurang kawalan sosial dan juga fitrah itu sudah tidak dapat lagi dikawal.

  Biasalah Cinta dan perasaan ingin dicintai itu adalah fitrah bagi setiap insan. Cuma sama ada pilihan kita tepat atau tersilap. Disebabkan dikatakn Fitrah apa  Buktinya?

Ini dia..!

Allah Berfirman dalam Al-Quran Surah Ar-rum maksudnya:

" Dan diantara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dikalangan kamu supaya kamu cenderung dan merasa tenteram dan dijadikannya diantara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pad yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir"21

  Inilah peraasaan yang hadir dikalangan pelajar yang bakal dan sedang  menghadapi peperiksaan. Terutamanya bagi pelajar Mahasiswa/wi Universiti mahupun dalam dan luar Luar negara. Keinginan yang tak pernah hadir cepat sangat hadir.

Aduh!!

  Maka perkara inilah yang sering perlu dipertarungkan dalam meneruskan pengajian. Kadang-kala ada yang berjaya mengawalnya dengan menghubungi ibunya lebih dari 4 kali dalam masa seminggu.

RINDU?

   Memang sentiasa rindu tapi dah banyak kali tu bukan sekadar maksud rindu tapi pada saat inilah hati inginkan luahan hati, hati inginkan belaian. Tapi kadang-kala bila dah besar ini kita dah mula segan dan malu dengan ibu sendiri. Inilah hakikat bagi seorang insan yang kian membesar mengenal dunia Dewasa.

  Tidak hairanlah apabila dewasa ini, kita melihat ramai pelajar Universiti mula membina rumah tangga. Baru saja habis Diploma terus mencari pasangan hidup untuk dipasangkan. Al-maklumlah umur kian meningkat.

   Persoalannya, bagaimana pula perasaan mereka yang belajar di Perantauan dan sudah memulakan Ijazah mereka. Terutamanya para pengajian Islam, disaat mereka melangkah kaki ke Universiti mencari Ilmu. Disaat itulah mereka melihat sahabat-handai mereka membina mahligai bahagia dan disaat itulah ketika peperiksaan menghampiri. Perasaan mereka meronta hatta,pelbagai status yang akan ditulis dalam laman sesawang,samada Facebook mahu Twitter dan lain-lain.

  Apakah resolusinya?



  1. Kita kuatkan hati, sentiasa bangun dan mencari masa untuk bersama Rabbuna. Meengadulah dan ceritakalah segala masalah hati. Walaupun tiada kata-kata yang terbalas. Tetapi hati lebih tenang dan lebih merasa masalah kita diselesaikan.
2. Perbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba mentadabbur ayat Al-Quran.
3. Menghubungi keluarga dengan lebih kerap.
4. Sentiasa beristikharah dan Istisyarah.

Dan banyak lagi. Seandainya tidak menjadi jua, cari Unit baitul Muslim dan minta Uruskan secepat Mungkin dan janganlah terlalu risau bab Kewangan kerana Allah menjanjikan Kebahagiaan bagi mereka yang melakukan perkara baik yakni bernikah.

No comments: