Musim peperiksaan ramai yang berkata, "Masa Fit,tak sempat nak Exercise. Makan Susah nak atur,nak buat kerja untuk sahabat tak boleh dan bla...bla.."
Makanan untuk diri sendiri apa pun tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah adalah kita ingin memberikan kepada orang lain maka berilah yang terbaik.
Benarkah?
Dimana kita sebagai kritirea Muslim?
2) Ibadah Yang Sahih (Shahih-ul 'Ibadah)
3) Akhlak Yang Mantap (Matin-ul Khuluq)
4) Mampu Berdikari (Qadirun 'Ala-l Kasbi)
5) Berpengetahuan luas (Mutsaqqaf-ul Fikri)
6) Tubuh Yang Cergas (Qawwiy-ul Jism)
7) Menguasai Diri (Mujahadat-ul Li Nafsi)
8)Teratur urusannya (Munazhzhamun Fi Syu'unihi)
9)Sangat Menghargai Masa (Harishun 'Ala Waqtihi)
10)Bermanfaat Kepada Orang Lain (Nafi'un Li Ghairihi)
Inilah diantaranya. dan yang selalu berlanggaran dengan kita adalah.
Ibadah yang sahih.
Kebiasaanya waktu inilah solat kita bertaburan. Kadang-kala ada yang lewat terutamanya Subuh dan Isya'.
Utamakan yang Wajib pasti sunnah dan sunat dapat diikuti dengan sebaiknya.
Tubuh yang Cergas
Masalah seterusnya, tiada masa untuk sihatkan Diri.
Hurh..
Memang pelik dan ajaib sedangkan masa ada 24 jam. Takkanlah Study 24jam tanpa henti melainkan solat?
Jadi sahabat-sahabt sekalian, ambillah masa 30-45 minit selepas asar atau selepas subuh untuk Jogging,Cardio atau senaman yang hanya menggunakan Kawasan Rumah. Boleh Rujuk dalam Youtube banyak sangat Antaranya, HIIT,Intensity,cardio dan sebagainya.
"Akal yang cerdas daripada Badan yang cergas"
Malah atas Kerusi Study pun boleh Exercise tapi jangan buat selalu lah kalau makan tu tidak terjaga. Asyik makan Maggi saja.
Teratur Urusan
Biasalah student, sentiasa sibuk dan kadang-kala sampai lupa tugasan harian. Bila Exam saja semua nya sudah tidak teratur. Semuanya berubah malah merosakkan segalanya.
Masa.
Aturlah masa harian kita dengan baik. Sebaiknya bina jadual dan telitikan jadual tersebut Dari bangun subuh sampai Tidur. Pendek kata kena pandai susun masa,orang Asli kata "TIME MANGEMENT". Aturkannya dengan sebaik Mungkin.
Utamakan Yang Wajib.
Solah.
Study
Exercise
Makan
Mandi
Yang Tak Wajib.
Movie
Game
Facebook
Untuk masalah urusan yang teratur ini dalamnya terdiri daripada 2.:
1.Sangat menghargai masa.
Waktu solah diutamakan,walaupun ketika study.Azan berkumandang terus ready untuk solah. Tiada lagi buku disaat itu. Solat malam semakin meningkat, amalan sunnah jua begitu. Senaman pula diamalkan seperti yang tertulis diatas.
Ha!!
Masa Makan tiada.
Masa masak tiada.
Hanya maggi paling mudah!!
Ok, Fine. Maggi mudah dan tidak sihat. Hari ini saya nak ajak kita semua sediakan makanan yang penuh dengan Nutrisi, hanya 5 minit sudah siap. Lebih kenyang daripada Maggi dan lebih sihat. Ambil yang ini setiap kali lapar tanpa makan makanan lain pun boleh.
Hasil Boleh Baca Di Sini - Rahsia nya
Seterusnya, masa mandi kita. Kadang-kala ada yang tidak mandi seharian kerna Apa?
Sebab nak Study dan study dan terus Study.
Student Oh.. Student.
2. Bermanfaat untuk orang lain.
Apabila exam dah sampai kita terlupa bahawa kejayaan itu datang daripada Allah bukan 100% daripada Usaha kita. Oleh itu, salah satu cara untuk mendapat redha Allah bermanfaatlah utnuk orang lain. Orang perlukan bantuan , kita penuhi. Amanah yang diberi kita bertanggungjawab keatasnya.
Kebiasaannya student yang menetap rumah sewa,semestinya ada jadual masak harian dan bergilir pada hari masing. Inilah yang sering berlaku, Exam saja,masak mula tinggal,masak mula ceroi(tak best), masak kian simple dan mengngecewakan sahabat serumah.Seringkali alah kerap berlaku.
Hurm..
Sebaiknya, kita bertanggungjawablah. Lakukan nya dengan sebaiknya. Teringat Pesan Mak saya,
" Nak masak apa-apa sekali pun utk orang Lain makan Biarlah Ikhlas I.Allah sedap. Tapi janganlah pula sering masak lauk yang sama saja. Tak Boring ka?"
Makanan untuk diri sendiri apa pun tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah adalah kita ingin memberikan kepada orang lain maka berilah yang terbaik.
Oleh itu, berilah yang terbaik untuk orang lain. jangan Pula masak ala kada dan setiap kali adalah masakan dan hidangan yang sama.
"Biar Simple Sihat dan sedap"
Bukan sekadar masak sahaja, Tugasan lain seperti kemas rumah,buang sampah dan aktiviti harian kita janganlah pula kita Missed.
Kesimpulan
Kesimpulannya, jadilah mu'min yang sebaik mungkin. Tidak mampu sempurnakan 10 Muwasafat. Maka kutiplah sebhagian daripadanya untuk menjadi mu'min.
Daripada Hamba yang lemah dan Kerdil, Bukan sempurna dan sedang membina kesempurnaan itu. Sama-samalah kita membina diri dan merubah diri kita.
No comments:
Post a Comment