3 Julai 2013 merupakan tarikh sedih dan hari ini bermulalah kedukaan dan kemarahan rakyat Mesir apabila Pemimpin yang sah ditangkap. Dan saat inilah semakin ramai dihimpukan untuk berdoa dan bertahajjaud dan mendirikan setiap malam Di Masjid Raba'ah Al-Addawiyyah.
![]() |
Gambar asal Sebelum Dibakar |
Masjid ini merupakan salah satu yang diceritakan ianya diimarahkan setiap tahun secara diam-diam. Dan tahun lepas suasana paling Seronok. Sepanjang Ramadhan dihidupkan. Alhamdulillah masih sempat saya menghadirkan diri walaupun sekali. Coretan tahun lepas>>Kisah lalu Di Raba'ah.
Gambar-gambar sekitar Ramadhan Lepas.
Inilah yang berlaku pada tahun lepas. Namun tetapi....
Hari ini menyedihkan masjid ini turut sunyi dan hanya wujud beberapa orang polis yang sedang mengawalnya. 4 Julai 2014, 8:30 malam waktu mesir. Saya cuba menjejakkan kaki disini untuk melihat, adakah masjid ini mengadakan solat taraweh atau tidak. Namun keputusannya mengecewakan. Hanya sekeping Gambar yang mampu diambil secara curi-curi kerana risau diketahui pihak polis disekitarnya.
Hanya mampu mendiamkan diri dan menorak langkah ke masjid disekitarnya. Sepanjang perjalanan jiwa seperti meronta-ronta. Untuk pengetahuan semua, sejak kejadian ini.
Masjid ini tidak lagi diimarahkan oleh rakyat mesir kerana ianya dikawal penuh oleh pihak berkuasa. Azan,Iqomah tambahan pula solat jemaah tiada lagi. Inilah diantara kekejaman dan kezaliman mereka. Saya tahu banyak lagi masjid yang boleh kita lakukan Ibadah tetapi tidak sepatutnya mereka menutup terus masjid tersebut.
![]() |
Menara Masjid Raba'ah Al-Addawiyah,Bandar Madinah |
Hanya mampu mendiamkan diri dan menorak langkah ke masjid disekitarnya. Sepanjang perjalanan jiwa seperti meronta-ronta. Untuk pengetahuan semua, sejak kejadian ini.
![]() |
Masjid Yang dibakar |
![]() |
Keadaan ketika dibakar |
Masjid ini tidak lagi diimarahkan oleh rakyat mesir kerana ianya dikawal penuh oleh pihak berkuasa. Azan,Iqomah tambahan pula solat jemaah tiada lagi. Inilah diantara kekejaman dan kezaliman mereka. Saya tahu banyak lagi masjid yang boleh kita lakukan Ibadah tetapi tidak sepatutnya mereka menutup terus masjid tersebut.
Sebut saja masjid-masjid di mesir, hari ini perundangan baru tiada lagi nama Ibadah ramadhan yang seronok. Kerana kebiasaannya Ramadhan paling best adalah Mesir kerna Ibadah itu hidup. Masjid dibuka untuk iKtikaf,taraweh yang dahsyat dan sebagainya.
Hari ini, tiada lagi erti Iktikaf selepas subuh.
Hari ini, tiada lagi taraweh yang panjang.
Hari ini, sukar dijumpai jemaah taraweh yang terlalu ramai macam ini.
Hari ini mungkin, Tiada lagi Doa Qunut yang menghidupkan Jiwa dan menjatuhkan kezaliman.
Hari ini, tiada lagi Hidupkan masjid Sepanjang malam.
Dan sebagainya.
Inilah yang berlaku, sedih?
Seandainya terus bersedih, tiada guna. Alhamdulillah Al-Quran masih boleh dihidupkan selari dengan Apa yang Allah sebutkan-2:185.
Peristiwa Berdarah di Raba'ah masih dalam Ingatanku. Kesedihan buat semua Muslimeen dan muslimat dunia.
Dan Hari ini masjid ini dibina semula dan ianya dijadikan sebagai Replika bersejarah di Mesir. Dan Tiada lagi solat berjemaah di sini.
No comments:
Post a Comment