Link Saya

Wednesday, 1 April 2015

Redah dan Ikhlas

Winter break kembali dan berakhir.

Hari pertama  winter break aku sudah mulai dipegang oleh-oleh manusia yang ingin melihat bumi kinanah ini. Pengalaman hampir 3 tahun disini digunakan sepenuhnya. namun tetapi, semua itu hanyalah untuk membantu orang lain saja. Tiada lebih dri tu, kalau rezki masuk Alhamdulillah.


Sehari sebelum last paper,

   "Shafiq, jom teman ana pergi Tanta boleh tak ana ada kerja sikit kat sana. Jangan risau bab tambang dan makan. Ana support semua. ana bukan tahu sangat jalan-jalan kat mesir ni."

  Dengan rela hati melangkahkan kaki menyiapkan diri selepas habis exam.Namun tetapi ada hikmah juga perjalanan kali ini, Dapat bertemu seorang insan yang akan menjadi sebahagian daripada kalangan aku. Semoga Allah permudahkan.

Malam sebelum bergerak ke Tanta,

"   Shafiq, ana nak mintak tolong bawa kawan-kawan ana dari iskandariah jalan-jalan dalam kaherah ni Makan, tansport dan tiket ana tanggung. kalau diorang bayar ana bagi lebih kat anta. Anta kan tahu banyak tempat kat kaherah ni"



Hurm...

   Tanpa membantah aku mengiakannya, maka perjalanan aku di Tanta menjadi singkat, 2 hari menjadi sehari semalam sahaja. Alhamdulillah lah sahabatku tiada kata bantahan kerna memahami aku yang sibuk dengan janji-janji manusia yang lain.

 Beransur saja daripada Tanta terus siapkan diri untuk berjalan bersama segerombolan pelajar berjalan dalam kaherah. semuanya berhajat student so, bajet ara student. JAwapannya gamble lah.

    Lompat bas ke bas,Bergaduh dengan Arab,dapat kawan baik arab dan macam yang diperhatikan oleh mereka. Itulah yang menjadi rutin kebiasaan aku di tanah air orang lain. tapi bagiku ianya sebahagian daripada ku.

  Menghadap matahari itu perkara bagi travel sebegini, Jimat dan sedikit penatlah jawapannya. Tambahan pula yang ikut ni perempuan so, caranya cara perempuan lah.  2 hari berturut-turut bawa berjalan dalam cairo.  Semoga mereka gembira dan teras terisi dalam perjalanan mreka di kaherah.

1st trip  khusus winter break

 Selepas sehari berehat dapat call,

"Salam shafiq, lusa enta free tak? nak minta bawa satu group dari jordan jalan Fayoum boleh tak? semua Akhwat, kalau segan ajak sorang lagi."

  Trip Fayoum diterima dibawa bersama seorang sahabat. Sempat juga lah 2 hari beriadhah setelah sekian lama tak beriadhah. Seperti biasa bila bawa trip perempuan ni agak perlahan perjalanannya.
Sebelum start sebarang trip menelaah adalah perkara terpenting agar dapat menyampaikan sedikit sebanyak sejarah berkaitan tempat tersebut.

Seharian berjalan akhir sekali berselisihan faham dengan driver pula. Bertekak sehinggakan marah tak ke sudah. Moga-moga dia hilang rasamarah tersebut.

Jordan-Fayoum Trip

    Tamat Trip ni dalam perancangan nak ke dumyat mencari kerang yang sudah lama tak makan. Bila tengok due date sehari sebelum ke dumyat ada Program pula. Tugas sebagai Photographer program.  dalam masa yang sama aku perlu merancang rehlah ke dumyat juga dibawah HaluanSiswa Mesir. Dalam proses merancang, tiba-tiba ada satu group minta tolong ejaskan trip ke dumyat. Kebetulan kenal satu travel ni memang bawa orang ke Dumyat. So ejas lah satu trip 15 orang, akhwat juga.

Hurh....

  Penat jugalah, Alhamdulillah travel yang  menguruskannya sepenuhnya. Ambil gambar ada seahagian daripada minatku. gambar tidak pernah lupa untuk diambil. Tapi kerang tak boleh lepas untuk dikutip. Alhamdulillah dapat juga mkan kerang.

nah!!! Kerang..





Trip dengan Travel

  Selesai, Next Dental Talk Program Pula. Hurh Penat juga.




akhir sekali melakukan persediaan untuk ke Dumyat. Ku sangkakan Ini trip last For Winter break. tapi bukan.

   Memang dah disediakan perancangan untuk trip HaluanSiswa Mesir ke Dumyat. dengan izin aku juga menerimanya menjadi wakil untuk ke Dumyat. Pengurusan dibuat,

Nah!!

Siapkan pengurusan dengan travel. Kena pula datang masalah. So, teruskan bersabar walaupun ada yang tertekan dan ada yng cancel dan sebagainya. Terasa nak batalkan pun ada. Terlalu tertekan dengan respon orang walaupun mampu ja selesaikan dengan mudah.


    Akhirnya 40 orang bersama aku dan travel teruskan perjalanan seperti biasa.
Semua Pesrta
Gambar prob sikit





Dumyat bumi Kerang yang diidami rakyat malaysia pada Musimnya.



Balik dari dumyat,rehat sehari terus get ready Ke Iskandariah Pula. Bawa orang,jalan-jalan disamping bantu kawan   pergi repair mata. Disamping merehlah sambil mengenal sahabat. Bawa usrah dan sahabat-sahabatnya berehlah disana.













Hah.....

Dah penat bawak orang next tumpu perkara lain Pula so, tamat lah perjalanan Berehlah sepanjang winter di Mesir.

Allah berfirman Didalam Al-Quran :


Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).

67:15

No comments:

Post a Comment