Link Saya

Saturday, 20 August 2016

~Nama itu Menjadi Pilihan~

   Setiap ibu dan ayah itu perlu mencari nama dan meletakkan nama-nama yang baik untuk anak-anak mereka.

  "Muhammad Umar Al-Fateh" nama ini sudah lama disebut2 oleh kami. Sebelum mengetahui jantina anak syurga itu. Kekuatan hati seorang Ibu sangat hebat,walaupun tidak mengetahui jantina anak lagi tapi sudah dirasai kehangatan untuk menimang seorang anak lelaki.


  Bukan sewaktu sedar dirinya sudah berisi,namun sebelum itu lagi. Aku dan isteri sangat terasa berkait rapat. Disaat dia sudah hamil tanpa pengetahuan doktor,sudah kurasakan bahawa dia telah hamil dan kandungan itu adalah Panglima Muhammad Al-Fateh. Itulah nama yangseringkali bertempiaran di mindaku. 

   Sudah ku atur,sudah ku uikir,sudah kubayangkan semua itu tapi segalanya lebih diketahui Yang Maha Berkuasa lagi maha Penyayang.


   Kenapa dipilih nama tersebut?


    Nama utama dipilih adalah Mehmet El-Fath yang nama dalam sebutan arabnya adalah Muhammad El-Fath atau melayunya Muhammad Al-Fatih yang sangat mayshur di seluruh alam dengan kecerdikan dan kehebatannya di usia muda dalam membebaskan kota konstantinopel. 

   Dalam masa yang sama si Ibu berminat dengan kehebatan seorang Khalifah bernama "Umar Al-Khattab" cukuplah dengan nama umar yang terasa gagah dan perkasa di dunia. dia Umar al-khattab seorang yang dimana berada dengannya "Dalam ketegasan itu ada kelembutan" yang tersendiri membuat Ummu el-fath sangat menyukai nama ini agar ianya berseamat dalam jiwanya.

  Mehmet atau Mohammad itulah nama teragung buat kami. Sebahagian daripada gelaran yang agung Dia Rasuluna "MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W" nama dan gelaran teragung bagi kami berdua.


   Bahagianya kami saat dia dilahirkan dan bahagianya kami saat dia pergi bertemu Allah dalam keadaan suci bersih seperti kain putih.


"Damailah engkau wahai Putera Sulongku"
~23 Mei 2016-2 Ogos 2016~ 
Aqiqah Picture

No comments:

Post a Comment