Link Saya

Friday, 23 March 2012

Kualiti bukan Kuantiti...

 
             Hari sudah mulai petang, para pelajar sudah mulai pulang, termenung saya keseorang di Sekolah ini. Lalu otakku mula mengimbau suatu perkara yang telah berlaku lebih kurang 4bulan yang lalu. Sebenarnya saya ini sering mengadakan Program untuk pelajar sekolah menengah dan juga sekolah rendah apabila cuti sekolah  bermula. Pada hujung tahun yang lalu, saya mengikuti sebuah NGO yang mengadakan sebuah kem untuk pelajar sekolah menengah sekitar negeri Perlis dan saya ditugaskan sebagai urusetia dan juga membantu segala urusan yang diperlukan.Saya juga diminta untuk menjadi penasihat kepada Kem Komandan kerana Kem Komandan kali ini merupakan orang yang masih baru berkecimpung sebagai seorang K.Kom. Itulah Tugas ku selama 3H2M di Sebuah tempat Rekreasi di Perlis.

     Kem tersebut bermula pada hari jumaat, pendaftaran bermula selepas Solat Jumaat. pada hari tersebut saya dikejutkan dengan masalah kawalan keselamatan dan tempat Parking. Kebetulan Allah izin kami kekurangan tenaga untuk mengawal keadaan disitu.Alhamdulillah dengan izin Allah juga, semuanya dapat selesai dengan lancarnya. Walaupun bertemu dengan pelbagai ragam ibu dan ayah dan juga ragam anak2. Kemudian saya dikejutkan lagi dengan pendaftaran pelajar melebihi banyak daripada Target. Angka yang dijangka untuk kami terima pelajar hanyalah 130 orang pelajar kerna tempat sudah di tempah cukup2 sahaja. Tetapi jangkaan sudah melebihi 150. Jumlah Hampir 200 orang peserta. Kerana berfikiran positif dan keyakinan kepada Allah agar program berjaya itu sudah disetkan. Namun keyakinan Ilmu atau matlamat itu tercapai masih saya teragak2 kerana Program berlansung dewan yang hanya boleh dimuatkan oleh 150 orang peserta terpaksa berhimpit kerana terlebih peserta yang diambil.
     Program sudah bermula dan berlansung, setelah seharian saya mendapat maklumat berbagai masalah yang sudah berlaku kerana Kem Kom tidak tegas dalam melakukan sesuatu. Perasan kurang puas hati itu ada namun kesabaran dan tawakkal kepada Allah sahaja lah saya lakukan. Nasihat demi nasihat saya sendiri sampaikan kepada peserta, perkongsian dan sebagainya turut dilakukan.Kem Kom juga turut saya push dan mengajar cara bagaimana untuk menjadi Kem Kom yang lebih baik..... Selain itu, pengurusan sarapan pagi juga saya perlu sediakan, Maklumlah tukang masak bujang. Masak tidak lah hebat dan sedap sangat. Alhamdulillah atas bantuan beberapa petugas/urusetia wanita, sedap juga lah sarapan pagi untuk peserta.
    Setiap kali program pelajar berlansung Pasti saya akan memantau keadaan kerana, program kali ini tidak banyak penggerak program yang berpengalaman hanya dalam sekitar 3-7 orang sahaja... yang lain semuanya adalah penggerak yang baru. Itupun hanya 10-13 orang sahaja............ Setiap malam pasti saya memikirkan keberkesanan atau matlamat Program sekurang2 ada pelajar yang dapat mengisi Kem mereka dengan Ilmu dan Tarbiyah2 yang disampaikan melalui aktiviti, ceramah dan sebagainya.Itulah yang amat harapkan agar mereka datang dengan Harapan berubah dan Pulang dengan Ilmu Untuk melakukan perubahan............
    Setiap kali saya berjumpa dengan Pengerusi NGO ini pasti saya akan membincangkan hal yang difikirkan dan dirisaukan......Saya tidak pernah mengharapkan kuantiti Peserta yang ramai , namun Penasihat sering berkata tidak mengapa.. Dan saya tidak berbangga dengan kuantiti peserta yang banyak tetapi lansung tidak berkualiti program malah banyak merosakkan.. Peserta yang makin hari makin bermasalah pun ada,dan ada yang masih sama sahaja...... Setiap pagi sebelum subuh saya sering berdoa agar dipermudahkan....
   Namun itulah Yang Allah nak berikan sebagai ujian dan pengajaran bagi semua petugas dan juga NGO.Program sudah berakhir, tetapi Hanya 35% sahaja  yang nampak perubahan...... Bermula hari itulah, setiap program/ kem yang hendak diadakan saya tidak akan mengharapkan lagi Peserta yang terlalu ramai kerna ianya lebih menyusahkan.......

Sekadar Perkongsian.......




No comments:

Post a Comment