Saturday, 19 May 2012

Rezki Allah


    Alhamdulillah,setelah lama sibuk membuat pemohonan ke Universiti Al-azhar. Akhirnya, dengan izin Allah segalanya sudah selesai. Banyak juga kos untuk buat pemohonan ini,tetapi denganlimpah kurnia Allah. Rezeki itu adalah milik Allah, jadi Allah sajalah yg mnentukan wktu aku untuk mendapat rezeki tersebut. Dalam masa 2 bulan lebih, aku dapat membayar hutang serta dapat membayar semua kos pemohonan yang hampir mencecah RM 1000.
    Setelah semua selesai kini sibuklah pula untuk buat persedian IMTIHAN QoBUL(ujian kemasukan) . aku mulakan ulangkaji sedikit2 sahaja kerna tidak sempat menumpukan masa sepenuhnya kerna sibuk mengajar,bisnes tambahan dan membantu keluarga. Setelah hamper 3 minggu aku melakukan persediaan, suatu petang aku menerima panggilan daripada salah seorang Ustaz yg bertugas di sekolah denganku. Menurutnya ,mudir sekolah ingin bertemu denganku dan aku diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran secara percuma ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan tempat untukku melanjutkan pelajaran tersebut adalah LIBYA. Pada mulanya, dalam diriku ada juga perasaan yang mencurigakan. Maklumlah Negara yang disangka masih belum aman, namun aku mengambil fikiran positif, yang dimana tak berkemungkinan kerajaan nak suruh pergi kalau tak selamat…
  Aku memaklumkan kepada kedua ibubapaku, mereka juga risau akan sekiranya aku pergi ke sana. Lalu aku, memberikan respon positif kepada mereka agar mereka juga turut berfikiran positif. Keesokkan paginya, aku pergi berjumpa dengan mudir untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Menurut Mudir, beliau mendapat panggilan daripada sepupunya yang diamana atas arahan Tuanku Raja Perlis atas permintaan Duta Libya, untuk mencari 4 orang pelajar atas beberapa syarat :
1.       Merupakan rakyat tetap Negeri Perlis.
2.       Umur tidak melebihi 25 tahun.
   Aku merupakan salah seorang daripada 4 orang yang ditentukan oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Dakwah Islamiyyah Tripoli,Libya dalam kos Dakwah Islamiyyah. Aku dikejutkan dengan maklumat yang dimana pelajar2 lain adalah perempuan kesemuanya. Dan mereka pelajar dari IPTIPS Perlis. Untuk pengurusan dan persediaan, aku juga turut diberikan sedikit wang zakat. Walaupun aku sudah bertemu dan mendapat penerangan daripada Mudir sekolah namunaku masih belum mendapat gambaran jelas tentang Universiti tersebut. Bab aman atau tidak ianya bukanlah masalah yang besar bagiku, kerna mati itu dimana2 saja boleh berlaku.
 Pada Keesokkan harinya, Mudir sekolah mengajakku berjumpa dengan sepupunya, iaitu Dato’ Ahmad Libya merupakan Ketua IPTIPS Perlis. Kami disambut, sendiri oleh sepupu Mudir dan di bawa masuk ke Pejabat. Aku dimulakan dengan kisah permulaan Universiti tersebut, yang dimana Universiti tersebut bermula dengan pembelajaran di sebuah Gereja dan Akhirnya berubah menjadi sebuah Universiti yang lengkap dengan semua kemudahan. Beliau merupaka pelajar generasi Pertama di Universiti tersebut dan telah menamatkan di Universiti tersebut setelah selesai pembelajaran di sana. Aku juga diceritakan sejarah Universiti dan sejarah Pemerintahan Mua’ammar Ghadafi di sana dan aku juga turut diperjelaskan tentang keadaan disana.
    Alhamdulillah, Kini aku sudah dapat menggambarkan keadaan disana dan mudah untuk menceritakan kepada Ibubapaku. Pengurusan hanya memerlukan Salinan Passport,Medical check Up dan sijil berkaitan sekolah. Hanya itu sahaja yang perlu aku sediakan bukan seperti  Universiti Yang lain, macam2 halangan yang aku perlu tempuhi. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana syukurku bukan senang untuk menyambung pengajian sebegini. Menurut Dato’ Ahmad Libya, aku akan ditanggung sepenuhnya malah duit poket juga turut diberikan setiap bulan dan buat masa sekarang aku hanya perlu selesaikan apa sahaja yang diminta oleh mereka dan serahkan secepat mungkin dan perkukuhkan lagi bahasa arab dan menunggu tiket yang akan diberikan oleh mereka. Menurutnya lagi, aku berkemungkinan bertolak ke sana sekitar bulan Jun,Julai atau Ogos.  Semoga Allah permudahkan Urusanku, Ya Allah bukan senang untuk ku dapat peluang sebegini , yang diamana peluang melanjutkan pelajaran atas tanggungan untuk melanjutkan dalam bidang deenMU ya Allah…. Kalau dapat mesir sekali pun belum tentu dapatpergi selagi tidak dapatkan duit untuk membeli tiket kesana dan yuran Pendaftaran lagi….
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..
JazakAllah hukhoiran Khatira Ya Rabbi….
Allah huma la sahla illa maja’altahu sahla.
Wan Anta Taj’alu Huzna.
Insyi’ta Masahla…..

Kengkawan yang di Mesir, Jordan  doakan ana… Agar dipermudahkan… nanti kalau Allah izin ana sampai sana. Mailah meawat ana sebb ana x dapat keluar Jami’ah melainkansecara berkumpulan….

Wallahhu’alam….

1 comment:

Wan Zul said...

Salam saudara,

Bagaimana pembelajaran di Libya..dah graduate ke? Semoga baik semuanya..saya juga selalu berhubung dengan Dato' Ahmad Libya. Semoga saudara berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat dan begitu juga kepada Dato' Ahmad Libya semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik.