Alhamdulillah,setelah
lama sibuk membuat pemohonan ke Universiti Al-azhar. Akhirnya, dengan izin
Allah segalanya sudah selesai. Banyak juga kos untuk buat pemohonan ini,tetapi
denganlimpah kurnia Allah. Rezeki itu adalah milik Allah, jadi Allah sajalah yg
mnentukan wktu aku untuk mendapat rezeki tersebut. Dalam masa 2 bulan lebih,
aku dapat membayar hutang serta dapat membayar semua kos pemohonan yang hampir mencecah
RM 1000.
Setelah semua selesai kini sibuklah pula untuk
buat persedian IMTIHAN QoBUL(ujian kemasukan) . aku mulakan ulangkaji sedikit2
sahaja kerna tidak sempat menumpukan masa sepenuhnya kerna sibuk
mengajar,bisnes tambahan dan membantu keluarga. Setelah hamper 3 minggu aku
melakukan persediaan, suatu petang aku menerima panggilan daripada salah
seorang Ustaz yg bertugas di sekolah denganku. Menurutnya ,mudir sekolah ingin
bertemu denganku dan aku diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran secara
percuma ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan tempat untukku melanjutkan
pelajaran tersebut adalah LIBYA. Pada mulanya, dalam diriku ada juga perasaan
yang mencurigakan. Maklumlah Negara yang disangka masih belum aman, namun aku
mengambil fikiran positif, yang dimana tak berkemungkinan kerajaan nak suruh
pergi kalau tak selamat…
Aku memaklumkan
kepada kedua ibubapaku, mereka juga risau akan sekiranya aku pergi ke sana. Lalu
aku, memberikan respon positif kepada mereka agar mereka juga turut berfikiran
positif. Keesokkan paginya, aku pergi berjumpa dengan mudir untuk mendapatkan
maklumat lebih lanjut. Menurut Mudir, beliau mendapat panggilan daripada
sepupunya yang diamana atas arahan Tuanku Raja Perlis atas permintaan Duta
Libya, untuk mencari 4 orang pelajar atas beberapa syarat :
1.
Merupakan rakyat tetap
Negeri Perlis.
2.
Umur tidak melebihi 25
tahun.
Aku merupakan salah
seorang daripada 4 orang yang ditentukan oleh Allah untuk melanjutkan pelajaran
di Universiti Dakwah Islamiyyah Tripoli,Libya dalam kos Dakwah Islamiyyah. Aku dikejutkan
dengan maklumat yang dimana pelajar2 lain adalah perempuan kesemuanya. Dan mereka
pelajar dari IPTIPS Perlis. Untuk pengurusan dan persediaan, aku juga turut
diberikan sedikit wang zakat. Walaupun aku sudah bertemu dan mendapat
penerangan daripada Mudir sekolah namunaku masih belum mendapat gambaran jelas
tentang Universiti tersebut. Bab aman atau tidak ianya bukanlah masalah yang
besar bagiku, kerna mati itu dimana2 saja boleh berlaku.
Pada Keesokkan
harinya, Mudir sekolah mengajakku berjumpa dengan sepupunya, iaitu Dato’ Ahmad
Libya merupakan Ketua IPTIPS Perlis. Kami disambut, sendiri oleh sepupu Mudir
dan di bawa masuk ke Pejabat. Aku dimulakan dengan kisah permulaan Universiti
tersebut, yang dimana Universiti tersebut bermula dengan pembelajaran di sebuah
Gereja dan Akhirnya berubah menjadi sebuah Universiti yang lengkap dengan semua
kemudahan. Beliau merupaka pelajar generasi Pertama di Universiti tersebut dan telah
menamatkan di Universiti tersebut setelah selesai pembelajaran di sana. Aku
juga diceritakan sejarah Universiti dan sejarah Pemerintahan Mua’ammar Ghadafi
di sana dan aku juga turut diperjelaskan tentang keadaan disana.
Alhamdulillah, Kini aku sudah dapat
menggambarkan keadaan disana dan mudah untuk menceritakan kepada Ibubapaku. Pengurusan
hanya memerlukan Salinan Passport,Medical check Up dan sijil berkaitan sekolah.
Hanya itu sahaja yang perlu aku sediakan bukan seperti Universiti Yang lain, macam2 halangan yang aku
perlu tempuhi. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana syukurku bukan senang
untuk menyambung pengajian sebegini. Menurut Dato’ Ahmad Libya, aku akan
ditanggung sepenuhnya malah duit poket juga turut diberikan setiap bulan dan
buat masa sekarang aku hanya perlu selesaikan apa sahaja yang diminta oleh
mereka dan serahkan secepat mungkin dan perkukuhkan lagi bahasa arab dan
menunggu tiket yang akan diberikan oleh mereka. Menurutnya lagi, aku
berkemungkinan bertolak ke sana sekitar bulan Jun,Julai atau Ogos. Semoga Allah permudahkan Urusanku, Ya Allah
bukan senang untuk ku dapat peluang sebegini , yang diamana peluang melanjutkan
pelajaran atas tanggungan untuk melanjutkan dalam bidang deenMU ya Allah…. Kalau
dapat mesir sekali pun belum tentu dapatpergi selagi tidak dapatkan duit untuk
membeli tiket kesana dan yuran Pendaftaran lagi….
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah..
JazakAllah hukhoiran Khatira Ya Rabbi….
Allah huma la sahla illa maja’altahu sahla.
Wan Anta Taj’alu Huzna.
Insyi’ta Masahla…..
Kengkawan yang di Mesir, Jordan doakan ana… Agar dipermudahkan… nanti kalau
Allah izin ana sampai sana. Mailah meawat ana sebb ana x dapat keluar Jami’ah
melainkansecara berkumpulan….
Wallahhu’alam….
Salam saudara,
ReplyDeleteBagaimana pembelajaran di Libya..dah graduate ke? Semoga baik semuanya..saya juga selalu berhubung dengan Dato' Ahmad Libya. Semoga saudara berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat dan begitu juga kepada Dato' Ahmad Libya semoga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik.