Monday, 10 September 2012

~Aku Masih Lemah~

 


    Angin sentiasa bertiup tanpa henti, Udara yang dihirup bersertakan Oksigen itu senantiasa diberikan tanpa putus, Rezki yang dihantar kian bertambah ,malah lebih dari cukup untuk kegunaan ku selama 2 Tahun, Kemudahan Yang diberikan dalam setiap arena dan Masa membuatku semakin mudah dalam pengurusan. Namun ujian itu, pasti ada untuk membuatku ingatkan pada yang Esa, Alhamdulillah.....
Bersyukur sangat diberikan Peluang untuk teruskan Hidup walaupun asalnya ada kesempitan Allah luaskan.. Ada Kesakitan Allah sihatkan.....

    Itulah kehidupan.... Kesabaran yang tinggi dan teruskan niat serta perjuangan itu penting bagi melahirkan natijah-natijah kehidupan di sana. Dan ianya bukan senang untuk dihadapi sekiranya kebersamaan dengan Allah itu tidak wujud dalam diri kita... Saya sendiri pun cukup susah untuk melakukannya, namun sikit2,lama2 jadi bukitlah.....

  Sebelum Tarikh pembelian tiket ke mesir... 1001 pemikiran yang wujud, "tak jadi pergi lah, tak mampu!! tunggu Libya atau Madina lah dsbgnya"....
Namun, Alhamulillah, Doa dan hati yang utuh dan diberikan kekuatan hati yang disalurkan oleh para Murabbi membuatku semakin kuat untuk menempuh segala sesuatu.. Oleh itu, pemikiran juga turut berubah... Tekad dan Niat juga turut berubah...... Itulah, semuanya terletak pada ketentuan Allah, asalkan usaha dan pohonlah kepada Allah....

        Teringat daku ketika awal2 perancangan nak sambung pengajian ke mesir...... Dan juga jawapan ku kepada semua orang yang bertanya kepada ku ketika berada di Matri dulu...
"Shafiq!!! Enta nak sambung mana nnti lepas STAM??"
Jawapanku Pasti Universiti Al-Azhar, Mesir....
Akhirnya hari nie ianya terjawab..... 14 September tanggalku bertolak....
Namun semua itu, aku tempuhi dengan pelbagai Perkara dengan penuh sabar sehinggakan aku teruji dan hampir Putus asa..... Pertama kalinya berusaha untuk dapatkan kewangan untuk proses permohonan dan menghadapi Ujian Di bawah Pengurusan Yayasan Sofa Yang Menyusahkan Anda Boleh Baca disini>>>>>>  ~suka duka Imtihan Qobul~....

     Dan Apabila keluarnya keputusan.. ramai yang tidak lulus dan perlu berada Di ampang untuk mengikuti kelas selama setahun dibawah pengurusan Yayasan sofa dan Bayaran pengajian Hampir 1000 ringgit setiap bulan.... Ketika ini keputusan Untuk berubah arah....asalkan dapt menyambung pengajian ke Luar Negara. dan macam lagi perkara yang berbolak balik di dalam hati dan kerisauan yang wujud. itulah manusia yang akan sentiasa lemah apabila menjauhkan diri DaripadaNYA.. Tetapi alhamdulillah kekuatan itu wujud sedikit demi sedikit yang diberikan oleh yang Maha Penyayang..  Hari demi hari segalanya berubah, Rezki yang Diberikan Dengan Pelbagai berita baik untuk diriku berkaitan Mesir, Libya dan Juga Madinah...
Keputusan Pertama semestinya Mesir walaupun semuanya adalah tanggunganku sendiri. Selain itu, Madinah juga aku turut menunggu asalkan aku dapat ke Mesir terlebih dahulu... Ketika wujudnya masalah untuk ke Mesir Terbitlah entri Ini Untuk Memohon sumbangan daripada sahabat agar dapat membantuku>>~Alhamdulillah~........ Alhamdulillah..


  Sesungguhnya Allah itu Maha kuasa lagi Maha Pmberi Rezki dan Maha Memudahkan segala urusan asalkan dekatkan diri denganNYA.. asal niatnya cuba dapatkan Kos Tiket sahaja dan sengaja menyediakan surat yang disertakan kos Pengajian dan kos sara Hidup Di sana.... Alhamduillah... Sesungguhnya aku sangat lemah dalam segala sesuatu tetapi pemberi kekuatan kepada Ialah Allah... semangatku Naik semula untuk Melanjutkan pengajian. Atas nasihat dan tekad Diri Sendiri Untuk mengucapkan Terima Kasih kepada Semua Terbitlah Entri Ini.....~Alhamdulillah Terima Kasih Allah~.....

   Namun semua itu masih belum mencukupi, adakah Entri Baru, Netri BAru dan penulisan baru sahaja di Blog??? Kelemahan itu massih wujud, Perbuatan diri Kita Adakah meningkat??
Hmmm... Aku Pun masih was2.. Adakah aku masih kuat untuk menempuh segalanya....
BAru2 nie aku diuji dengan kewangan yang kurang kemudian diuji dengan duit yang datang berpusu2...
Itu juga adalah ujian bagiku.... sama ada aku dapat mengawal diri atau tak.... Cuba bayangkan... Student diberikan duit yang banyak... Pasti susah nak control... Namun Alhamdulillah itu semuanya amanah daripada Allah... Dan ujian pula apabila ada sesetengah orang ingin meminjam... Klu takat seribu dua boleh gagah lagi.. nie dah berbelas ribu risau juga..... Klu Family mntk pinjm sbb urgent sangat x pa lah... orang luar... berat nak diberikan.... sebb ini amanah...!!! Risaunya Allah akan soalku nanti......

 Hmmm....
Harapanya dapat diberikan kekuatan Untuk menguatkan diri dan mendekatkan diri dengan Allah.....
Bumi Mesir Nantikan Daku......

Kucing Pun tunduk Kat Allah
Wallahhu 'alam...

1 comment:

Anonymous said...

Syabas & tahniah syafiq,
moga Allah sentiasa merahmati anda,

teruskan berusaha tanpa putus asa,
& yakin pada Allah,
insyaALLAH anda akan berjaya.