Friday, 2 November 2012

-Botol yang sudah KOsong Akhirnya Terisi Jua-




    "Ambillah Islam secara Menyeluruh bukan sekada Juz'iyat sahaja. Islam Itu syamil kamil watukamil....."
Itulah antara kata-Kata Murabbiku....

  Hampir Sebulan lebih aku tidak Terisi dengan semua ini.... Sememangnya benar. Apabila hati yang sudah lama tidak terisi, maka jiwa kita akan menjadi futur. akan menjadi lemah. Maka kita akan rebah dan perlukan tali-tali yang kuat untuk dicapai dan terus bangun dan teruskan cita-cita utama kita yakni Kebangkitan Islam.......
  Ibarat sebuah botol yang Penuh.. Apabila ianya diminum maka ia akan habis maka terus tidak berguna lagi, sekiranya ianya terisi semula maka akan dimanfaatkan... Begitulah jiwa kita, sekiranya sudah lama tidak dikuatkan dengan majlis Ilmu, Majlis yang sering memperingati diri kita..... Sistem Dakwah juga telah mengajar kita untuk membetulkan diri kita, Barulah sampaikan... Namun tetapi, janganlah disebabkan diri yang kurang soleh,takut risau dan segala sesuatu wujud didalam diri untuk menjadi benteng kepada kita untuk menjadi seorang yang menyampaikan sesuatu.. Itulah salah satu untuk meningkatkan jiwa kita... Namun ianya masih tidak cukup kerna kita ibarat air yang keluar sahaja dari sebuah botol maka isikanlah dengan segala sesuatu untuk memnuhkannya semula...

     "Benar,Hati yang futur(gelap) menyebabkan segala sesuatu akan terhalang malah Subuh pun akan kita sering lewat" KAta seorang sahabatku.

  Pusssh.....
Ibarat satu penangan yang terkena pada diri ku, Sungguh lemah diriku. Teringat satu kata-kata " Pemuda yang segak,hebat adalah lelaki yang berjaya solah subuh berjemaah"

   Ramai Pemuda terutamanya, sering Lemah untuk bersegera dalam subuhnya.. Bagaimana untuk nampak kejayaan islam yang sebenar?? Muhasabah buat penulis. Menguatkan diri......

.......................................................................................................


No comments: