Suatu hari ketika Ahmad, berjalan menuju ke Kuliah. Dengan izin Allah dia berjumpa dengan seorang sahabat yang cukup baik akhlaknya,cukup tawaduk dan sebagainya. Ahmad mula tertarik dengan perwatakan sahabat tersebut. Lalu bersalaman dan berta'aruflah mereka berdua. Sepanjang Perjalanan, untuk ke kuliah mereka bersembang sambil berta'aruf. Nama sahabatnya Amir, Tinggal di sekitar Madinah Nasr jua. Setiap hari mereka akan berjumpa dan terus bersembang, Amir seorang yang sangat suka menceritakan tentang dakwah dan banyak menceritakan tentang Islam dan Juga IM.
Di Mesir, Wujudnya Pelbagai NGO(jemaah) dan yang Utama bagi Pelajar Melayu Adalah
Di Mesir, Wujudnya Pelbagai NGO(jemaah) dan yang Utama bagi Pelajar Melayu Adalah
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang ditubuhkan untuk memudahkan Pengurusan serta membantu anak-anak melayu di Mesir. Selain itu, Wujudlah jua Isma,Ikram dan Lain-lain lagi.......
Kembali kepada cerita tadi..
Ahmad sangat Tertarik dengan Cerita-cerita amir, lalu Ahmad bertanya Kepada Amir, "Wahai Amir, Dikalangan manakah engkau di Mesir Ini??".. Jawab Amir Dengan Penuh hikmahnya " Aku seperti Engkau"..
Ahmad Bertanya sekali lagi.... Jawapan Amir tetap sama... LAlu Amir terus bertanya secara direct tanpa Berlapik " Amir, engkau Join jemaah mana? Dan aku lihat jemaah yang engkau ikut adalah sangat baik"...
"sebenarnya aku Dibawah Ahli PMRAm dan aku juga merupakan jemaah Islam Seperti Engkau, Tiada Beza Taranya Jemaah-jemaah. Semua Program di dalam mana-mana NGO di Mesir ini aku akan ikut dan Aku akan mengambil yang baik, Malah aku tidak Pernah Sesekali pun menentangi sesiapa sahaja yang Pernah Ikut Isma, Ikram,Haluan,PMRAM,Pas dan semua NGO(Jemaah) yang sememangnya mereka ingin menegakkan Islam... Itulah Prinsipku dan juga apa yang dilandaskan di dalam Islam" Balas Amir...
Ahmad tertunduk dan muhasabahkan dirinya semula. Lalu Amir bertepuk pada Bahu Ahmad dan Berkata "Rasulullah Pun jua Pernah bersabda " Perlu keatasmu Jemaah, kerna Apabila kamu bersendirian Pasti kamu akan dibaham serigala..."(AukamaQol)...." Ingat Ahmad, janganlah kita terlalu Taksub dan janganlah kita memusuhi mereka yang sentiasa membawa Islam Bersama dan setiap orang pasti ada salahnya, tiada bezanya dengan sesiapa pun dan Manusia itu sememangnya makhluk yang Lemah dan tiada seorang pun yang sempurna melainkan Rasulullah S.A.W yang sering Diperbetulkan Oleh Allah S.W.T....
.................................................................
Oleh itu,Para sahabat dan semua yang ada Di dunia ini. Jangalah terlalu memusuhi semua orang yang benar-benar ingin membawa islam dan Sebenarnya mereka jua ada kesalahan maka sama-samalah kita memperbaiki kesatuan mereka....
Ingat!!
"Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan dengan kebatilan yang terancang"
Apabila kita sering bermusuhan sesama Islam Sendiri, Anda akan mudah dilumpuhkan oleh mereka yang sudah lama merngcangkan untuk merosakkan diri anda........
Wallahu'alam...
(Sekian!!!, Muhasabah buat diri dan juga semua umat Islam....
No comments:
Post a Comment