Tuesday, 16 December 2014

~Kedatangan yang Sering Kita Lupa~

"Setiap jiwa-jiwa yang hidup itu pasti akan mati"


  Apabila capai tanggal kelahiran seseorang itu. Maka bertambahlah tahun dirinya mendekati saat-saat kematian. Begitulah putaran masa yang diikuti dengan putaran dunia yang sangat singkat ini. Teringat sabda Rasulullah berkaitan dunia.



"Suatu hari Rasullah S.A.W dan para sahabat keluar ke satu tempat di padang pasir. Terjumpa lah baginda dengan satu bangkai kambing.lalu 


Rasulullah berkata "wahai Sahabat..ambillah (bangkai) ini. aku berikan kepada kalian".

tetapi semua sahabat menolak dan mereka hairan 

Lalu bertanya kepada Rasulullah."kenapa menawarkan bangkai yg busuk itu kepada kami?"

Rasulullah menjawab "Bangkai inilah dunia (harta,tahktadan wanita) dan menjadi rebutan anjing..di gonggong ke sana kemari walaupun ia busuk..."

Perumpamaan kerana mengkehendakkan harta,takhta(pangkat) dan wanita manusia sanggup bersengketa. Menjaja cerita ke mana-mana saja mereka pergi atau menyebarkan fitnah seperti anjing dan bangkai..

kerana tiga "ta":-

1-Harta2-Takhta(pangkat)3-Wanita

Ok, macam dah jauh lari dari tajuk pula. Namun ianya tetap menceritakan tentang dunia yang bakal dikakhiri oleh semua manusia. Tapi apa yang penting disaat kita masih berada di dunia jadilah khalifah speerti mana Allah berfirman di dalam Al-Quran-[2:30]. 

Sebenarnya, kisah hari ini berkaitan Umur kita. Kebetulan tarikh keramat Admin pada hari ini 17 Disember _______ . Terasa terpanggil untuk menceritakan apa itu hidup, walaupun admin tidak lah hebat dan pakar dalam semua ini.

   Mari sama-sama kita renung(sambil pasang kitaro Music) jauh-jauh. Menghayati bagaimana detik awal 9 Bulan kita keluar dari perut ibu kita. dipenuhi darah yang terkeluar daripada saluran kelahiran kita. si ibu berjuang habis-habisan demi menyelamatkn nyawa anaknya. Tanpa mengira jiwanya sendiri, anak adalah sgala-galanya. Setelah selesai pertempuran medan perjuangan itu, anak itu ditatap dengan penuh kasing sayang. Saat itu mata kita ditenung oleh ibu  dengan penuh harapan. Cita-cita dan harapan beliau cukup tinggi si anak, apa yang beliau inginkan adalah yang terbaik.

Hari demi hari,
Minggu ke minggu,
Bulan ke bulan,
tahun ke tahun.

  Kita membesar dan terus membesar mengejar cita dunia sedangkn kematian itu seringkali memanggil tanpa disedari kita. Apabila sampai masa itu tidak kurang atau tidak lebih sedetik pun kita akan dipanggil pulang. Oleh itu di dunia lah kita mencorakkan lakonan di pentas dunia ini.

Seorang ulama' pernah berkata,
"Dunia ini ibarat pentas lakonan maka kamulah orang yang bakal bermain di theater dunia ini. Dan semua filem itu akan ditayangkan di akhirat kelak"


Pertandingan Nasyid Zaman sekolah rendah


Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
 Setiap anak yang dilahirkan itu adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... 
(riwayat Bukhari dan Muslim)
Tingkatan 3

 Apabila kita membesar si ibu dan ayah yang bakal membentuk kita sama ada menjadi Islam Nasrani ataupun majusi. Alhamdulillah aku telah dibesarkan dalam suasana islam. Bermula dengan Tadika Islam dan berakhir zaman sekolah di Sekoalh Islam.

 Kini telah mencecah 22 tahun  kehidupan didunia. Terasa singkat, terasa pantas, terasa seperti hanya sekelip mata saja semua ini berlaku. Walaupun ada perubhan sama ada dari segi Ilmu, sikap, akhlak dan juga jisim badan.

  Bagi admin bukan satu perkara yang gembira apabila umur bertambah. tapi seperti satu kerisauaan kerana merisaukan amaln seharian yang jarang sekali bertambah. Kerap kali menurun dan menurun. Merasakan terhimpit derita menghadapinya. namun kehidupan ini wajib diteruskan menanti kematian yang bakal tiba. Tidak tahu waktu, detik dan saatnya. Kelekaan bakal menakuti diri dengan kematian. Ingatan bakal menguatkan diri untuk mendekatkan diri dengan kematian yang soleh.

  Sudah capai dan sudah sampai hari kelahiran aku semula didunia. Bukanlah seperti kain putih yang asal kelahiranku. Dulunya putih namun tetapi bagaimanakah rupanya pada hari ini. Sudah 22 tahun ianya digunakan. Sama ada masih putih,kelabu,tompok-tompok hitam,atau sudah hitam seperti arang. dahi hitam bukan menandakan segala-galanya. Namun tetapi amal adalah segala-galanya. Redha Allah itu adalah perkara utama.

Review Pendidikan diri

1992 :Dilahirkan di Hospital Besa kangar
1993-1995 - Dibesarkan di Kangar Perlis. si Ibu sentias membawa si anak kesana dan sini.
1996-1998 -Tadika Islam di kangar
1999-2004 - sekolah Rendah Islam Matri Beseri.
2005-2009- Sekolah menengah Di Matri Beseri Perlis.
2010-2011- Sijil Tinggi Agama Malaysia di Matri
2012- Guru  di skolah agama.
2012-hari ini di mesir

Hurh.. 















admin pada hari ini.






No comments: