Dush...
Seperti satu tembakan yang kuat terkena Jantung.
Kepala mula memitam.
Darah seperti terhenti seketika.
Kepala mula memitam.
Darah seperti terhenti seketika.
Baru sahaja melepaskan satu tugas setelah setahun berhempas pulas memegang amanah satu unit dalam sebuah persatuan.
Kini baru sahaja naik ke Tahun ke-2 Universiti Al-Azhar. Jawatan lama masih belum selesai, bila dah tinggalkan jawatan perlu bimbing pula orag baru. Ditambahkan lagi dengan jawatan baru dalam persatuan yang sudah lama aku bersama sejak dari Malaysia lagi.
Sedikit mengeluh kepenatan...
Satu persatu bermain difikiranku. Aku mesti ada silap dalam perancangan hidup aku. Aku rasa seperti tidak tersusun dan serabut.
Argh....
Rasa seperti ingin menjerit sekuat hati sahaja. Terasa banyak masa yang aku bazirkan. Hatta menulis penulisan ini jua seperti membazir masa. Sedangkan disaat memikirkan gerak kerja seperti berserabut kepala ini. Tidak tahu untuk aku lakukan.
Kucuba bina kekuatan semula kerana aku terlihat kelemahan itu. Ditambahkan pula bisnes peribadi untuk menampung sedikit sebanyak wang poket aku dan juga untuk ibu di malaysia.
Ya, Allah..
(Nada mengeluh merayu kekuatan)
(Nada mengeluh merayu kekuatan)
No comments:
Post a Comment