Tuesday, 7 April 2015

~ Bukan Aku Menagih simpati~

Hari ini aku mendengar cerita dari seorang Ayah.

Inginkan kebaikan untuk setiap anaknya. Hari ini anak perempuan nya berada di sebuah sekolah. Dan berada di tingkatan 4 hanya setahun lagi nak menghabiskan zaman sekolahnya.



Namun,
Hari ini terpaksa berhutang dengan sekolah. Dan hari ini, mereka perlu menerima dugaan anak mereka perlu diberhentikan sekolah kerana tidak berkemampuan untuk membayar yuran sekolah tersebut.

Nak buat pertukaran sekolah???

Memang taklah sebab satu-satu sekolah yang terbaik yang si ayah membuat pilihan. Boleh dikatakan daripada anak No. 1 sampai yang akhir ini semuanya berada di sebuah sekolah yang sama. Ikut program dan terikat dengn sekolah walaupun sudah bekerja.

    Anak-anak kepada si ayah tidak pernah lupa akan jasa sekolah. Dan juga didikan Murabbi yang hebat disana. Cuma kurang minat dengan setengah guru itu biasalah.

   Hari ini...

Aku mendengar keluhan dan rintihan beliau lagi.

   Telinga sudah tidak tahan mendengar, hati seperti ingin menangis mendengarkan berita sedemikian rupa.


When  I think Back.

    Ya, saya tahu, keluarga ini bukan keluarga yang kaya. Tapi mereka inignkan hati anak-anak mereka kaya dengan akhlak islam walaupun masih lambat prosesnya. Kerana mereka tahu hati manusia tidak bisa diubah dengan manusia melainkan hanya Allah saja yang mampu mengubah segala sesuatu. Lalu sekolah itu dipilih menjadi sekolah yang terbaik buat mereka. Kepercayaan diletakkan 100% walaupun hati anak-anak mereka belum tentu dapat berubah secara total.

    Tapi,

  Mereka terus berkorban segala harta yang dimiliki mereka. Biar mahal Yuran tahunan dan bulanannya. Namun tetapi tetap terus menghantar tanpa berhutang walaupun 1 sen.


    Tapi,...


   Hari ini dan sejak kebelakangan ini mereka berhadapan dengan krisis. Sejak bersara daripada seorang kerani Kilang yang tidak mendapat sebarang pulangan bulanan dan si isteri tidak bekerja dimana-mana tempat yang hebat melainkan mengambil upah cuci-cuci pinggan dan membantu di sebuah kedai makan tepi jalan sahaja.

   Mereka berhadapan dengan pelaburan yang silap. Atas kepercayaan kerana Syarikat tersebut dimiliki oleh seorang peniaga Muslim yang masyhur. Lalu si Ayah mengambil keputusan untuk melabur disitu atas sebab kepercayaan dan juga banyak dikalangan orang terdekat mengukuhkan lagi kepercayaan itu. namun, selama 4 tahun melabur hanya sekali saja mendapat pulangan walaupun tidak seperti yang dijanjikan.

   Hari ini, hidup seolah-olah kais pagi makan pagi, kais petang makan Petang.

   Hati seperti terpanggil untuk menulis kerana itu saja kemampuan yang ada. Bukan menagih simpati, tetapi mengharapkan sokongan dan bantuan buat mereka. Diri yang jauh hanya mampu berdoa. Kalau diikutkan jiwa dan hati memang terpanggil untuk terus bersama mereka,membantu apa yang patut. Tambahan dengan pelajaran yang semakin kurang memuaskan. Membuatkan terpanggil untuk bersama mereka.


Tapi,


     Biar aku berjauhan, mencari sedikit Ilmu dan juga kewangan untuk mereka. Tak mampu sebulan sekali, cukuplah 3 Bulan sekali atau aku tidak mengharapkan sumber daripada mereka lagi.

Untuk sebarang maklumat lain atau ingin menghubungi diri ini :+201111331381 (Whatsapp)

No comments: