Thursday, 7 May 2015

I'll try

Nama aku mazlan,orang selalu panggil aku lan saja. Aku belajar di sebuah universiti tempatan. Aku sering kali ikuti usrah dan program. Tapi seringkali juga aku gagal menghadiri ke program-program yang membina jiwa. Tapi aku tidak pernah sesekali ponteng bulatan gembira sampai satu ketika aku pula yang perlu membawa bulatan gembira bersama budak baru di U aku ni.

    Aku stay di hostel bersama seorang kawan aku yang agak ganjil perangannya setelah kantoi mencuri wang rakan hostel disini. Aku tak pernah menyangka dirinya seorang pencuri. Kerna selalu berwatakan baik,berjubah,berkopiah,suka ikuti program. Dan aku seringkali ikuti penulisan yang ditulis beliau. Kadang-kala aku pernah juga mendengar dia ni pernah membuat program amal untuk kanak-kanak sekolah dengan menyampaikan ilmu-ilmu islam.

     Memang aku tabik lah, tak pernah bersangka buruk walaupun selepas mendengar kes curi ni. Tapi aku masih tidak boleh terima,selama aku duk hostel dengan dia jarang kali aku lihat dia solat subuh. Kalau waktu solat lain pernah juga aku melihatnya di masjid.

     Aku cuba bersangka baik lagi,mungkin solat pada waktu yang aku tidak perasan. Sangkaan aku berterusan sehingga suatu saat yang aku kurang terima dengan kelakuannya didalam bilik melalui perbualan Phone. Mungkin agak lucah tapi itu hakikatnya. Aku masih bersangka baik lagi,mungkin dia sudah berkahwin.

     Selepas berlakunya perbualan tersebut aku baru tahu dirinya masih belum berkahwin.
"Argh.....

Nyah engkau sangka buruk itu." Kata-kata hati mazlan dalam dirinya.

Selalu sangkaan buruk hadir menemani aku kerna perbuatannya. Aku cuba lupakan,sehingga satu saat aku terlihat dirinya tidak pula melihat solat subuh malah cuba menampakkan dirinya sudah solat.

      Sampai satu masa,mazlan terus tidak lagi mengendahkan dirinya. Pernah juga menegeur tetapi seperti tidak dilayan sahaja. Kadang mazlan terasa berdosa kerana tidak menegur. Dan cuba menegur kembali tapi masih sama saja. Tambahan pula mazlan mengetahui sahabat sebilik dengannya ambil bidang agama. Terus dirinya memandang serong terhadap agamawan sampai satu ketika seringkali berjaga dengan agamawan.

..........................................................................

Jangan jadikan diri sebagai fitnah kerna ia akan merosakkan kesemuanya. Biarlah ilmu yang didalami tidak setinggi mana tapi jangan biarkan sikap bongkak dan menunjuk-nunjuk hidup dalam diri sehingga memunafikkan diri anda. Kadang kita berkata orang bersangka buruk tapi kita sendiri yang mewujudkan sikap sangka buruk dalam diri kita sendiri. Sedangkan adakah kita tahu sejauh mana sangkaan baik mereka terhadap diri. 

" Bukan daripada cerita sebenar hanya rekaan" semata-mata.

No comments: