Link Saya

Wednesday, 11 November 2015

~Kehadiran Yang tidak Diduga ~

Sudah lama aku cuba mengelakkan diri dalam Alam Pernikahan Ini. Alam mencari Jodoh, sudah menjadi satu bualan yang tiada erti lagi Bagi aku setelah banyak kali Aku direject.

    Program Baitul Muslim yang lama diisi dibiarkan sahaja. Tiada sebarang Update yang aku ingin Perhatikan lagi.

Hurm....

      Tahun 2 aku sudah menghampiri Exam Winter, time tu badan dah mula mengecil dan sihat. Tetiba terasa kosong dan lapang time tu. Buka Email,perhatikan setiap email,kebanyakkannya daripada Program Baitul Muslim.

Perkara yang pertama aku tinggalkan dalam Inbox setiap Calon yang membalas salam perkenalan yang sudah lama aku tinggalkan dengan satu pesanan ringkas kepada mereka.
Dengan Meminta untuk terus hubungi akak Aku. Dengan cara ini sahaja yang dapat menunjukkan keseriusan seseorang dalam mengejar Jodoh mereka.


     Alhamdulillah, akhirnya ada seorang Hamba Allah yang tak pernah aku kenal dan dia pula tidak mengenali aku. Daripada 5 orang yang membalas salam dan daripada 3 orang yang cuba menghubungi kakak aku, hanya seorang saja yang aku lihat keseriusannya. Kebetulan akak dia pernah mendengar tentang diriku ini sebab belajar di Mesir. Bila dah dirisik ni pelbagai igauan mendatang sampailah keinginan untuk bernikah tu dah PAUSE seketika. Just harap lepas tahun  4 atau tengah tahun 4 ja.

    Tapi hatiku tidak pula meletakkan sepenuh hati dan jiwa aku lagi, maklumlah dah ramai yang reject aku zaman kegemukan aku dulu. Bermulanya saat turun berat badan dan mula mengecil,ramai pula yang nak mengejar. Kerana ketidak selesaan itu membuatkan aku kembali semangat untuk menerima seseorang yang benar-benar serius ingin bersamaku dan menerima aku seadanya. Bukan melihat aku dari sudut Fizikal tapi melihat dan mengeli aku dari segala aspek.

   Untuk aku,kefahaman Islam adalah paling penting kerna Si dia adalah bakal menjadi Ibu kepada anak-anak maka aku mengharapkan Jurutera Islam yang terbaik untuk membina Keluarga mawaadah dan dirahmati Allah S.W.T.


 
gambar saat membatalkan wudu'
Perjalanan proses berkenalan diteruskan melalui si kakak dia dan kakak aku sendiri. Penerimaan aku bukan semudah menelan air liur yang bertakung didalam mulut. Biarlah banyak sumber yang menyajikan aku segala cerita dan perihal dia dan keluarganya. Hari demi hari, detik demi detik berlalu sudah,Istikharah dan istisyarah diteruskan tanpa henti. Saat tamat Imtihan Syita' terus ada rasa hati yang hadir dan datang memeluk aku. Saat sokongan yang ditumpahkan keatas diriku tanpa henti-henti. Pada masa yang sama, dugaan dan halangan juga hadir. Disaat kedua ibubapa kurang bersetuju dengan pendirian ku kerana aku masih lagi dalam dunia kuliah bukan masanya bagi mereka untuk aku menyelami dan merasai dunia berumah tangga ini.

   hurm....(mengeluh juga aku)

Tapi kerana keyakinanku kepada Dia yang satu, yang Maha Pemberi segala sesuatu, Yang Maha Penentu segala sesuatu, aku hanya mampu berdoa dan berserah kepada-NYA agar semuanya dipermudahkan dan Allah melembutkan kedua Ibubapaku dan Ibubapanya untuk menerima permintaan aku tanpa sebarang penolakan. Walaupun aku sedar  amat berat bagi mereka untuk menrima dan merestui aku. Tapi ,Alhamdulillah Allah memberikan yang terbaik.


   Perjalanan ku masih jauh, pertengahan Bulan 3 saat pertunangan tidak rasmi itu hadir. Cinta diantara dua hati sudah mula berputik. Namun tetapi syari'at dan hukum Islam itu lebih diutamakan. Hubungan kami hanyalah untuk perkara penting saja. Entahlah macam mana boleh terkawal selama beberapa bulan berjauhan. Mungkin tak pernah berjumpa,tak pernah call, hanya melalui whatsapp sehaja. Rasa hati itu ada, igauan itu pasti ada tapi tidak seteruk pertunagan yang tiada sempadan.

   Alhamdulillah,...

Hanya Allah saja yang tahu apa yang kami lalui sepanjang pertunangan tidak rasmi ini. Tak boleh cite dah part ni.

  Kita skip terus time dekat exam musim panas.


    Imtihan semakin dekat, perancangan Awal  sebelum exam nak beli tiket ke Turkey dan habiskan cuti dengan menghabiskan jaulah seluruh Mesir bagi tempat yang tidak sempat pergi lagi. Tapi semuanya berubah atas permintaan si dia untuk bernikah lebih awal. Permintaan aku adalah after grade baru balik nikah. Tapi lain pula ceritanya,terpaksa ubah 360 darjah Plan aku. Duit cari lebih lagi ntuk bernikah.  Pada masa yang sama, ada pula berlakunya sedikit masalah dengan Laptop customer crash,so nak kena ganti sebiji lappy baru dengan nilai yang agak tinggi. Pusing dan pening, ditambahkan lagi dengan hutang beberapa orang untuk cover perjalanan aku dekat msia nanti.

     Kebetulan mak saya duk minta balik msia, alang-alang balik jumpa mak dan family. Tambah satu keluarga lagi, kasi meriah sikit. Alhamdulillah

APA yang aku buat?



     Hanya bertawakkal kepada Allah saja jawapannya. Usaha keras untuk dapatkan duit tiket balik, Alhamdulillah banyak job masuk untuk cover duit tiket balik msia. Study time kurang fokus but away tetap kena fokus untuk berjaya yang tidak tersangkut lagi seperti 1st year sebelum ni. 

    Perjalanan untuk aku menerima si gadis berhijab ini lama juga aku mengambil masanya. Hampir 3 bulan hati memujuk untuk menerima,akhirnya keputusan aku adalah menerimanya seadanya. Step pertama kakak nya beri no. phone dia untuk aku contact dia n then selepas beberapa minggu baru aku serius. Al-maklumlah busy dengan Bisnes peribadi,sampai tak terfikir lansung bab nikah-nikah ni. Bila dah serius, Nikah gantung menjadi pilihan.


Hurm..... 

       Macam-macam perkara aku pelajari tentang nikah gantung ni. Sampai kertas keja juga turut aku baca, semua setuju untuk nikah gantung ni, tapi my parents masih belum dapat menerimanya coz I'm study right now. Hanya tawakkal dan doa sahaja yang mampu aku lakukan dan usahakan.


Apakah yang terjadi???


Nantikan.!!

No comments:

Post a Comment