Suatu hari tengah wassap zaujah, tetiba zaujah cakap,
"Abg, baru ni kawan syg cakap video waktu majlis kita tu dah diviralkan. Macam mana ni abg?"
Saya terdiam seketika, saat itu tidak lagi memikirkan keadaan saya yang terbiasa dengan publish-publish Tapi bab ni bermasalah sikit buat saya, kerna ini menyebabkan bakal menimbulkan sifat yang riak dan terlalu banggakan diri sedangkan diriku dan zaujah ku bukan lah siapa sangat. Lain lah artis-artis di luar sana. Tambahan pula zaujah saya ni memang seorang pemalu dan sangat solehah. Nanti saya ceritakan sedikit sebanyak.
Aku pun menjawab,
" Maybe tak betul kot Syg, dia acah ja tu"
Sebegitulah sangkaan kami.
Sehari kemudian, tiba-tiba ada seorang sahabat mesir tag saya dekat laman sosial Muka Buku ini. Segera saya mencari sumber pemilik Muka Buku tersebut dan mencari link video tersebut dan kemana lagi ianya diviralkan. Ingatkan sorang-sorang ja buat keja, mak mertua dan yang lain pun turut serta membantu.
Segera untuk saya menghapuskan segala Viral sampailah hampir selesai.
Sungguh cepat viral ini disebarkan melalui Page. Satu page yang saya jumpa sudah mencecah 7k LIke,Hampir 700 share,400 komen. Page lain pun dan mencecah ribuan like dan share. Itu baru yang Like,Share,Komen tak campur yang dah download. Memang comfirm akan tersebar punya.
KENAPA SAYA TIDAK INGIN IANYA DIVIRALKAN?
Saya adalah hamba Biasa,
Bukan layak untuk menjadi contoh Diluar,
Cukuplah dikalangan Sanak-sedara dan Rakan-rakan terdekat melihat dan Menyaksikannya,
Biarlah mereka yang membawa wasilah kami,
Perkahwinan kami sesimple mungkin kami adakan, Tiada istilah hantaran melainkan Hadiah buat suami dan isteri. Manakala,mas kahwin saya buat Isteri saya ada surah Al-Insan buat dirinya dan juga diri saya yang mengajar kami apa itu erti kehidupan dunia dan Akhirat.
Majlis Walimah cukup sekadar untul memaklumkan kepada sanak sedara dan mereka yang terdekat. Manakala majlis Sebelah saya lelaki,diadakan sebagi majlis Kesyukuran yang disponsor Penuh oleh Hamba Allah yang dirahsiakan Namanya.
Video yang diviral menandakan kami sememangnya diri kami yang sebenar bukan lakonan dan kami tidak pernah kenal diantara satu sam lain. Tidaklah pula pernah kami menyentuh mana-mana ajnabi(bukan halal bagi kami) sebelum kami bernikah. Dan kami tidak pernah bercinta, kami diperkenalkan melalui kakak Isteri saya yang pernah belajar di Mesir suatu ketika dulu dan sempat setahun dengan masa saya berada di Mesir. Langsung tiada dalam pengetahuan saya, tiba-tiba saja ada orang nak melamar saya sebagai suami. Permintaan tersebut membuatkan saya agak kekok menerima setelah mana saya tidak ingin lagi mencari pasangan untuk berkahwin. Hajat dan perancangan adalah akhir tahun pengajian saya di Mesir.
Kami?
Lansung tidak pernah kenal diantara satu sama lain. Hanya cerita dan perihal disampaikan melalui perantaraan sahaja,kakak kami,abang Isteri saya,Mak mertua saya dan Mak cik yang mengenali isteri saya.
Kalau nak ikutkan islam Kita disunatkan melihat wajah sebenar bakal isteri Kita. Tapi saya tidak pula mengambil sunat itu hanya berserah kepada Allah saja. Malah suara pun tak pernah dengar.
Disaat akad nikah gementar seluruh anggota badan saya, termasuklah isteri saya. Bagi saya ini satu perkara baru dan dunia baru bakal membawa diri saya dan saat ini Tanggung dan jawab itu akan berpaut di bahu saya. Manakalah si isteri pula akan bertukar tangan terhadap diri saya sebagai suami.
Selepas saja lafaz Ijab dan Qobul dilafazkan hanya Allah saja yang tahu perasaanku,tidak dapat dinukilkan malah dilafazkan. Sujud syukur menjadi pilihan saya sebagai tanda rahmat dan kasihnya Allah kepadaku.
Berkaitan video tersebut,banyak juga Sokongan yang diberikan. Tahniah kepada mereka yang sempat menontonnya. Kami juga telah memaafkan Mereka yang telah menontonnya dan kami memohon kepada sesiapa yang mempunyai video tersebut dan telah memviralkan video tersebut. Kami memohon untuk membersihkannya serta merta. Tidak ingin kami menyebarkan sesuatu yang bakal menimbulkan sifat yang tidak sepatutnya wujud dalam hati kami. Risau akan semua itu, walaupun sesetengah orang memandang remeh terhadapnya.
Kepada yang bersangka macam-macam seperti kami ini berlakon,sengaja mengacah-acah,poyo dan sebagainya. Terima kasih kerana menegur kami, walaupun ianya hakikat kehidupan kami sebelum malah selepas nikah pun masih ada sifat itu. Dan itulah sifat yang patut wujud dikalangan Muslimah yang sebenar. Kata-kata kalian dan sangkaan kalian mungkin membantu kami meningkatkan lagi amalan kami dan juga sikap kami agar lebih menjadi diri sendiri sebagai mana yang diceritakan dalam lagu yang popular "kun Anta" dialunkan oleh Humood Al Khudeer.
Selain itu, ada juga yang mengaitkan Isteri saya dan memburukkan beliau. Yang mengatakan,
"Dekat situ saja malu nanti dekat atas katil hilanglah segala malu dan pelbagai perkara yang agak buruk yang boleh mengguriskan hati saya dan Isteri."Sungguh ini kali pertama kami bertemu, sifat malu wanita solehah yang saya temui ini adalah 100% asli dan masih kekal sampai ke hari ini. Sudah-sudahlah bersangka buruk. Bukan apa saya sangat kasihan akan pahala yang tidak banyak mana telah menghadiahkan kepada kami suamisteri.
Bagi saya dialah yang pertama dan terakhir seandainya kami hidup bersama sehingga ke syurga. Dan dialah bidadari yang sangat ajaib bagi hidup saya, bukan memuji tapi teruja akan kehadiran Insan yang tak pernah dikenali yang sangat luar biasa.
Dia,
Seorang Hafizah,
Seorang Ustazah,
Seorang Daieah yang sebenar,
Dia,
Seorang yang tenang dalam berbicara,
Seorang yang penyejuk jiwa,
seorang yang memelukku sempurna,
Dia,
seorang yang penuh jiwa yang aku cari,
Seorang yang sudah lama aku idamkan,
Seorang yang cukup hebat pemalunya,
Kami adalah kami,
Sebelum Pernikahan dan waktu pernikahan itu kami,
Apa yang disangka Orang itu kami,
Apa yang dipuji Orang itu adalah milik Allah yang menyatukan kami
Tidak layak bagi kami,
Untuk menjadi contoh yang mampu disebarkan melalui media ini,
Hanya Allah saja yang mampu menilai kehidupan ini,
Mohon Maaf atas tindakan Kami,
Inginku hidup seperti biasa,
Tiada publisiti berlebihan,
Hanya jalan itu kami memilih,
Cuma cerita biasa daripada kami,
Tiada apa yang luar Biasa.
IbnUmar & BintuZul
kerana Hati Berbicara
No comments:
Post a Comment