Argh.......
Hurh....
Satu Lagi....
More...
Keluhan Memaksa Diri walaupun seharian tanpa Rehat. Kilang besi Menjadi tempat luahan hati,tempat melepas geram. Besi 30kg diangkat dan dilepaskan setelah cukup bilangan Reps.
Latihan 2nd last menambahkan lagi kepenatan badan. Tak tidur dan rehat dari pagi sampai ke Maghrib.
Pagi-pagi lagi sudah siapkan diri berkejar ke Ceramah Bulanan yang dianjurkan Oleh HaluanSiswa Mesir. Rasa rugi pula bila terlepas majlis ilmu yang diadakan sebulan Hanya dua kali sahaja. Kali ini jemputan Khas dari Malaysia,Graduan Al-Azhar tahun 1979. Zaman Mustafa masyhur ada lagi dan Sempat dengan Anwar sadat.
Selesai Majlis hampir solat Jumaat. Keletihan tidak dapat dibawa ketika solat jumaat kerna Khutbah yang menarik berkaitan Awal Muharam.
Bum......
(bunyi hempakan Besi 30kg)
Terfikir awal muharam, semua orang fikirkan Hijrah sedang Hijrah Rasulullah berlaku pada Bulan Rabiulawal.
Tapi tak mengapa, hijrah tetap perlu dilakukan untuk tahun Baru. Tahun lepas tidak banyak perubahan dilakukan. Tahun Baru, azam pun baru.
APA AZAM KALI INI???
Bermain difikiran ku disaat Menghabiskan sesi latihan 1. Saat itu jugalah kilang besi ini kosong tanpa penghuni. Biasalah hari Jumaat, memang akan kosong. Main sorang-sorang ja lah.
Azam?
-Najah 'ala tul?
- Kahwin?
-Katang?
Haha......
Macam real saja. Kalau Berjaya Hafal dan Istiqomah sekurang-kurangnya 4-6 Juzuk ok juga sebelum balik Malaysia. Nak naik tahun setiap tahun itu merupakan Azam dari awal lagi kehadirian dibumi anbiya'.
Tapi......
Masalah kewangan menghalang dan Perkara utama adalah pengurusan masa yang baik menjadi masalah.
Dalam Masa 2 tahun, apa yang aku buat?
Perancangan yang tapi lansung tiada. Yang ada perancangan nak Kahwin. Haha.
kahwin lagi...Huhu.
Perancangan itu ada cuma tak berjalan, seringkali memfokuskan diri dalam bidang perniagaan dan pengurusan komputer dan elektronik. Kenapa?
Minat utama ke situ tapi sambung pengajian area lain. Bukan silap antena tapi, dengar:Taat dan Patuh menjadi prinsip.
Sambung jualah ke mesir dalam bidang sebegini dan ianya lebih mulia berbanding ilmu alat tu. Baik ambil yang ini disamping menambah ilmu lain.
Ok....
Azam lagi...
1. Hafal Quran biar Bertambah bukan terkurang.
2. Usaha yang terbaik dalam Kuliah Usuluddin
3. Tingkatkan dalam Bisnes walaupun Sampingan dan bantu keluarga.
4. Bina pelapes pakar Komputer.
5. menjayakan Jana kewangan Hsm
6. Build Body kasi cun.
7.Kahwin
8. Menjelajah di Bumi Anbiya dan sekitarnya
Banyak lagi rasanya. Haduih... penat juga. Sesi Latihan kedua Pun dah nak habis. Tahun Baru azam Lama masih kekal tertulis sejak datang ke Mesir. Rindu keluarga jauh dimata tapi dekat dihati.
Memikirkan bagaiman kos Hidup mereka sejak kenaikan segala barang terutamanya minyak. Harapkan BRiM tu memang tak cukup lah setahun. Nak bagi banyak pun kat sini pun tersekat-sekat nak Keluarkan.
"Ya Allah engkau Permudahkan Urususan mereka, Engkau ringkanlah beban mereka. Aku rindukan mereka"
No comments:
Post a Comment