Sunday, 26 October 2014

Bumi Berkah Yang Sebenar

Terpangggil Admin Untuk berkongsi kisah Sinai. Baru-baru ini Admin menjelajah ke bumi sinai buat kali kedua selama 2 Tahun setengah berada di Bumi Mesir ini.


Bukan Gambar Admin

  Sepanjang perjalanan pendakian, admin cuba menukar rekod pendakian disaat awal menjejakkan kaki disini. Daripada Awal pendakian sehingga tamat admin berada di bahagian Hadapan sekali. Niatnya nak menghabiskan masa pendakian tak kurang dua Jam. Namun tetapi terpaksa mengikut pembawa atau lebih molek penghulu Dakian kami. Namanya Dirahsiakan, Beliau merupakan pendudul asal Sinai Utara dan kini terpaksa berpindah ke Bumi Sinai Selatan yang lebih selamat berbanding sana.

 Admin cuba mengenali Penghulu itu dengan lebih dekat. 


   Beliau menetap di Sinai selatan Berdekatan kawasan pelancongan yakni Bandar Dahab. Berhijrah daripada Sinai Utara bersama seorang isteri dan dua orang anak ke daerah itu.

(Semua persoalan Di timbulkan oleh Admin.)

 Boleh aku tahu kenapa Engkau Berpindah Ke sini?

" Bumi Sinai merupakan bumi paling bertuah, bumi paling berkah, bumi Anbiya' yang sebenarnya, bumi yang dipenuhi dengan Hasil yang melimpah ruah Tambahan pula Bumi sinai Utara. Namun Hari ini...

Sinai Utara seperti Gaza. Kamu tahu bagaimana keadaan di Gaza?"

Ya Tahu kenapa?
Adakah sama seperti yang berlaku disana?

" Ya malah lebih teruk sehinggakan Seorang pemberita pun tidak Dapat menerobos sinai Utara."

Siapa dalangnya?

" semua ini berpunca daripada Pemerintah sekarang dan Askar yang Zalim lagi kejam. 

Kamu Tahu tak?

setiap hari negeri itu dibom, setiap hari ada yang dibunuh dan disembelih,setiap hari banggunan dimusnahkan. Mereka tiada tempat berteduh, mereka tiada keamanan Disana. Walaupun semua rakyat disana adalah makhluk yang dicipta kan Allah terkuat di Mesir. Namun tetapi, kelengkapan yang diperolehi oleh Askar mesir dapat mengatasi kekuatan mereka.

Mereka tidak dibunuh melalui darat. Mereka dibunuh melalui udara. Itulah rutin harian Yang berlaku"

Apa Sebabnya mereka lakukan Sedemikian Rupa?

" Pernah kamu dengar 6 Oktober?

Trajedi peperangan diantara Mesir Israel dan  Syria. Siapa yang menang dalam Merampas sinai semula?"

Mesir jawapanku dan tenternya adalah tentera Mesir.

"Ya benar, Tapi tentera itu adalah tentera Sinai yang dianggotai Tentera IM yang berada Di sinai. Dengan Strategi yang diilhamkan Oleh Allah S.W.T kepada Syeikh Hafiz Salamah."


Dan kenapa mereka tidak menghalau saja semua Rakyat disinai. kenapa Dibunuh?

" Kamu pasti tahu siapa IM, dan kenapa soalan sebegitu timbul?

Ok tak mengapa. Aku faham, kamu sengaja mempersoalkannya agar aku tidak dapat melihat dirimu sebahagian daripada Tarbiyah IM.

Sepertimana kamu tahu, Israel dan Mesir serta negara-negara yang bersekutu dengannya sangat membenci IM. Sebaiknya IM dimusnahkan bukan diusir. Biar ahlinya musnah dan hancur sikit demi sedikit.

Maka Akan terhapuslah sebuah Gerakan Islam yang bergerak sejak dahulu lagi membangkitkan Islam secara diam dan strategik.

Untuk pengetahuan kau wahai sahabatku. Boleh dikatakan semua penduduk sinai adalah Sahabat kita. Mereka lah yang banyak membantu Gaza melalui terowong-terowong Rahsia yang berada disempadan Rafah. Dan mereka adalah manusia-manusia dahsyat yang ditakuti oleh Askar Mesir. Namun tidak hairanlah rakyat Sinai utara Boleh merampas 9 buah kereta kebal dalam sekelip mata ketika serangam Permulaan melalui darat ketika berlakunya peristiwa Di raba'ah Tempoh Hari.

Sejak dari itu, setiap hari kami dibom dengan het pesawat mereka. Dan Bagi aku Hari ini dan sejak berzaman lagi aku tidak merasakan Istilah RAKYAT DAN ASKAR ADALAH SATU kerana Kekejaman itu semakin berleluasa. Melainkan hanya setahun saja aku merasainya iaitu Tahun lepas sebelum Trajedi Rabaah."

Perbualan Terhenti ketika Kami hampir di puncak. Ucapan terima kasih aku Ucapkan kepada sahabat tersebut. Dia sudah menggap aku kawan baiknya. Kami berpisah di kaki Pergunungan Thur Sina'. Kisah itu membuat kan jiwa memberontak Seperti kemarahan. Namun apalah yang aku mampu lakukan. Hanya berkongsi di media Blogger sahaja.
Puncak Thur sina'

 Kekejaman Si penzalim terus bergelora. Kita terpunggir dan dimusnahkan sikit demi sedikit. Namun tetapi masih ada yang jahil tidak melihat kebenaran itu. Semoga Allah membuka pintu hati mereka. Dan tetapi aku yakin dan pasti,Mesir akan kembali pada pemerintahan Islam itu dan Penzalim itu akan musnah semusnah-musnahnya.

No comments: