Duduk seketika, kesakitan perut terubat dengan bualan dengan sahabat. Satu-persatu kisah dikaitkan. Daripada Ibrah masa sila sehinggalah keadaan negara Tercinta Malaysia.
Teringat zaman persekolahan dulu. Badan terlalu sihat,jogging seminit pun tak larat,push up setengah pun mengah.
hurh...
Memang teruk sangat, kalam-kalam sindiran dan perlian Memberi semangat. Hatta nak belajar mendekati sunnah rijal pun susah. Antaranya berkuda,tergelak kecil ketika mengingatinya.
"Hoi ni betis apa ni? Betis b*** ka?" soal tenaga pengajar Latihan kuda.
Memang sakit mendengarnya tapi itulah ujian.
Suasana sekolah memang manis kalau diimbaukan semula. Teringat saat menyertai kawad kaki sekolah. Badan besar, nak lompat bintang pun tercungap-cungap nafasnya. Push-up macam orang nak mati pun ada.
haha....
Bila dah besar dan tambah umur, bertambah pula saiz badan. Makanya selalu lah menjadi bahan perlian dan teguran. Walaupun itu adalah tarbiyah atau didikan islam yang baik maka wajib diterima. Pernah sekali ustaz di sekolah kata;
" Anta ni dah macam ana dah,ana dah kahwin anta tak kahwin lagi tapi perut macam ana. Ish, anta kalau dah kawin lagi tinggi dari ana apa.. Haha"
Gurauan dan kata-kata itu pemberi semangat disaat membesar dan berjauhan dari keluarga.
Teringat pula murabbi-murabbi yang pergi dahulu. Semuanya pergi dalam keadaan dan petanda soleh.
Masyallah...
Memikirkan bagaimana mati kami dan pengakiran kami. Alangkah indahnya dapat nikmat bermula dari saat kematian lagi.
Hurh....
Diri pun kurang soleh, akhlak dan sebagainya entah kemana.
Astaghfirullah Hal Azim...
Semoga Allah mempermudahkan segalanya.
No comments:
Post a Comment