Monday, 27 October 2014

Rehlah Lautan

  Alhamdulillah Minggu lepas Admin dan Team HSM dapat meluangkan sedikit masa cuti yang tersisa untuk turun ke laut mencari rezeki. haha..



Macam nelayan Pula. Mencari pengalaman khususnya.

  Ain El Sokhna menjadi pilihan kerana lautnya cantik. Disamping turun mencari pengalaman dan berlajar perkara baru. Admin juga tidak lepaskam peluang untuk snap beberapa gambar untuk tatapan Bersama.(mana nak tau ada yang teringin)

  Perjalanan dari Kaherah menuju Ein El Sokhna sekitar sejam. setelah tiba di Persisiran laut, kami diminta untuk serahkan Passport masing-masing demi keselamatan kami di laut sana.
Saudara Irfan Khir Bersam Ikannya

S. Fahim Khir Ikan terpanjang

Masyallah. Subhanallah...
Cantik ciptaanNYA namun itulah yang dijadikan kepada manusia untuk menikmatinya dan mensyukurinya dengan sebaik Mungkin. Ikan kecil pun rezeki, wajib bersyukur.
Hanif Daie Lautan

Izzat Nelayan Cairo


Adenk The Tokei Of Pancing

Syukur walaupun kecil


Ahseng n bawalnya

Ha.!!

Admin ada satu kisah tentang mamat berbaju Kuning ni. Namanya Naqiu, Kuliah Syariah Al-Azhar. Sepanjang misi pancing-Mancing ini, beliau seorang yang sabar. Dari awal sampai Beliau dapat ikan yang pertama ni. Beliau menunggu dan istiqomah(tetap) pada tempat yang sama sampai lah dapat ikan. Kemudian ikan seterusnya pun dapat tempat yang sama. 

Tahniah naqi.

  Ilmu yang Admin dapat kaitkan disini. Dalam apa perkara sekali pun walau dilakukan hanya sedikit tapi dalam keadaan Istiqomah(tetap) maka hasilnya bakal menanti dengan penuh Rahmat. Jangan kita anggap Amal yang kecil itu tak dinilai Allah. Biarlah ia kecil tapi yakinlah Allah akan menilai segala amal kita baik dan buruk walaupun sebesar zarah(kecil dari debu) sekali pun.
Pemancing Tegar Perak

Hanifan Skudo

 Disaat pancing dan pancing. Ada juga masa untuk mandi. Air laut yang jernih dan sangat bersih sangat seronok untuk dibasahkan dengan badan-badan yang penat ini. Tapi air dia masin sangat.
Beberapa ikan seterusnya



Atas Laut pUn ada line Phone

Akhirnya Dianugerahkan Sebagai Pemancing terbaik.




  Merenung masa yang sudah singkat di Mesir.Berbaki setahun lagi untuk menghabiskan masa di mesir. Tamat Tahun terakhir di Mesir maka berangkatlah ke malaysia.
    Nelayan-Nelayan Cairo pulang dengan Seronok sampai passport pun tak cek dah. Haha..

Bergambar sakan, almaklumlah Cameraman bersama.

Laut itu akan terus bergelora selagi angin bertiup. Namun Buih-buih yang terlihat seperti Umat Islam Yang ramai pada zaman Kini
Hasil 8 Jam

Kegembiraan masih belum Hilang
Burung Atau Patung?

Saat Pulang ke Kaherah.


No comments: