Saturday 17 March 2012

Coretan seorang Guru praktikal


Minggu Pertama
Hari pertama kami mendapat tempat di Pejabat.Selain itu ketika perhimpunan hari pertama persekolahan, kami dijemput untuk menyampaikan sedikit peanyampaian dan mengenalkan diri kami kepada pelajar. Itulah yang dikatakan “Tak kenal maka tak cinta”. Kami diberi peluang rehat atau bersiap diri sebelum memulakan kelas mengajar di sekolah. Pada hari ketiga dalam minggu ini , kami  dijemput untuk menghadiri mesyuarat bersama Guru pembimbing dan juga Guru Besar SrikG. Pada masa yang masa, kami diserahkan jadual pengajaran harian dan pada keesokan hari dan seterusnya kami digalaskan Tanggungjawab sebagai tenaga pengajar.Walaupu jadual tidak penuh boleh dikatakan sehari hanya 1 kelas
saja .Namun sebagai guru yang masih belajar,kami berasa sangat kekok dalam melakukan kerja. Terutamanya , ketika hendak menyiapkan rancangan mengajar harian tanpa berpandukan rancangan mengajar tahunan, hanya dengan buku teks sahaja. Sebagai guru juga merasakan buku teks bukanlah segalanya bagi pelajaruntuk meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran, bahan sampingan juga perlu bagi memudahkan proses pembelajaran.Hari pertama saya menghadirkan diri di dalam kelas tahun 2, Hari ini tiada sebarang proses pembelajaran dan pengajaran. Bak kata pepatah “ tak kenal maka tak cinta” Hari pertama dimulakan dengan bertaa’ruf antara guru dan pelajar. Disini aku mula mengenali anak2 bandar sangat berbeza dengan anak2 kampung. Dari segi adabnya,Sikapnya,Akhlaknya dan pelbagai aspek lagi. Hari pertama aku berhadapan dengan masalah pelajar yang sering tidur dalam kelas, terutamanya waktu pagi dan pelajar ini sekiranya tak tidur dia akan bermain dan menggangu rakannya. Selain itu,terdapat juga pelajar yang masih lemah dalam membaca dan menulis.Hal ini menambahkan lagi bebanku didalam kelas.
Apabila menghadapi dengan masalah2 ini, pelbagai cara aku fikirkan. Namun tak pernah menjadi. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menggunakan rotan, tetapi masih tidak dapat memperolehinya. Sementara untuk mendapatkan rotan,cara mendidik dengan lembut digunakan dahulu. Begitu juga dengan amaran serta nasihat sentiasa diberikan agar pelajar sentiasa berjaga2 dalam seseutu perkara. Walaupun masih berkesan 100%, Alhamdulillah, ada juga sedikit peningkatan dalam sikap pelajar.


Minggu ke-2….

         Rancangan pengajaran itu merupakan perkara wajib bagi seseorang guru, namun setiap guru memerlukan perancangan tahunan untuk membahagikan rancangan setiap minggu. Begitulah juga dangan saya yang memerlukannya namun ianya masih belum disiapkan oleh guru pembimbing saya. Jadi terpaksalah mengajar menggunakan buku teks  serta ilmu yang ada dan juga pencarian di dalam internet. Hari pertama dalam setiap minggu merupakan kelas hafazan kelas Tahun2, dan rancangannya agak simple dan tidaklah terlalu rapi seperti rancangan pengajaran Bahasa Arab dan subjek lain.
  Minggu ini juga, bermulanya pengajaran yang lebih mencabar untuk merancangnya kerna hari ini merupakan permulaan kebangkitan dari segi skill dan sebagainya. Hari pertama pengajaran ku dalam subjek hafazan ini membangkitkan rasa ketidak puasan hati dengan cara hafazan mereka dan terlalu lambat untuk mengingati hafazan masing2. Walaupun membaca secara beramai-ramai, namun masih ada yang ketinggalan dan ada juga tidak memberi fokus dalam pembelajaran. Keadaan pelajar juga ada sedikit muram. Mungkin kerna, menghafaz Al-Quran bgi mereka tidak ada kepentingan lansung. Saya mencuba cara demi  cara unutuk mengubah minat mereka terhadap hafazan. Akhirnya saya mencuba cara biar terpaksa, Pasti akan dapat. Setiap perkara yang bakal dilakukan oleh pelajar adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan terpaksa, mereka menghafaz Al-Quran dalam keadaan terpaksa agar mereka merasakan ianya adalah perkara penting dalam hidup mereka.
   Selain itu, dengan masalah yang dihadapi seperti masalah pelajar yang tidak boleh membaca dan lemah dalam menghafaz. Saya mengadakan kelas tambahan pada hari sabtu dan ahad pagi. Hal ini kerana ingin membantu mereka yang sangat lemah. Alhamdulillah, peningkatan dalam individu yang betul2 inginkan perubahan, mereka telah menjadi lebih baik daripada sebelumnya..







Minggu ke-3

           Makin hari makin bertambah seronok pula mengajar disini, setiap hari ukhwah diantara saya dengan pelajar semakin erat dan seronok pelajar bersama kami. Setiap hari makan bersama ketika waktu rehat, kena rotan sebagai tanda kasih  dan bermacam2 lagi. Namun sebagai seorang guru tak pernah putusmenerima masalah daripada pelajar. Pelajar yang mengadunya, pelajar yang membuat masalahnya, dan bermacam-macam adegan lagi.
 Minggu ini saya merasakan tekanan itu masih ada tetapi berkurangan lah sedikit daripada awal2 hadirnya kami disini. Perkara tersebut menjadi seperti perkara biasalah. Walaupun bagi seseorang guru yang sudah berpengalaman mengajar sekalipun.. Kelas yang tidak terkawal memang agak sukar untuk menyampaikan sesuatu ilmu kepada anak muridnya. Namun perkara ini lah yang sering berlaku dalam hidupku sebagai seorang guru di Ibn kathir ini. Kesabaran itu sangat perlu untuk menghadapi mereka kerna apabila kelas tidak dapat dikawal, pasti guru itu akan cuba membetulkan atau menenangkan keadaan dalam kelas tersebut. Itulah tugasku setiap kali kelas tidak terkawal, inisiatif yang telah diambilku sebelum nie dengan menggunakan rotan. InsyAllah para pelajar akan mudah berada di tempat masing-masing2 dan berada dalam keadaan diam. Kekadang juga ada dikalangan pelajar ini suka sangat menganggu rakannya. Pelajar ini sudah ditegur, malah dirotan, namun tiada sebarang pengajaran baginya. Kalau ikutkan hati mati  maka hati berkata ikutlah iman lebih selamat. Dengan cara yang hikmah guru mengeluarkan beberapa cerita tentang makhluk yang suka ganggu orang adalah syaitan dan Alhamdulillah pelajar tersebut tidak melakukannya lagi sehingga akhir kelas..
Alhamdulillah minggu ini , masalah tidaklah terlalu banyak. Dan tempat terbaik untuk mengadu ialah Allah..... dengan mengadu kepada Allah InsyAllah hati menjadi lebih tenang...... Pada Hujung minggu ini semua pelajar akan diberi cuti sehingga hari selasa kerana sempena Tahun Baru Cina. Sebelum pulang, sekolah mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat untuk membetulkan bacaan Asma’ul Husna dan peringatan kepda pelajar agar manfaatkan cuti sekolah.








Minggu ke-4

 Hari persekolahan sepatutnya bersambung pada hari Rabu, tetapi saya ada sedikit masalah keluarga maka  tidak dapatlah menghadirkan diri di sekolah. Saya menghadirkan diri di sekolah pada hari khamis, dan pada hari ini saya hanya mengajar kelas Tahun 3 Firdaus. Kelas yang dikatakan ramai pelajar yang agak mudah untuk menerima apa saja guru ajar. Namun itu hanyalah Indah khabar dari rupa kerna setelah 2 kali aku menghadirkan diri di kelas tersebut, saya mula perasan akan banyak juga kelemahan pelajar dari segi penguasaan menghafaz dan mengingati sesuatu. Begitu juga, mereka ini lebih banyak bercakap daripada buat. Kadang2 tu geram juga dengan sikap mereka, tetapi sabar itu lebih memerlukan. 
 Kebanyakkan guru disini mengambil rotan sebagai cara untuk diamkan pelajar dan juga sebagainya, begitu juga dengan saya. Banyak menggunakan rotan, tetapi pelajar yang nakal tetap juga pendirian dirinya. Minggu ini sekali lagi, pihak sekolah mengadakan  perhimpunan yang menggantikan mento-menti bagi membetulkan Asma’ul Husna pelajar. Banyak juga kesalahan yang diperolehi pelajar, ada yang mengulangi berulang2 kali ada yang sebutan yang salah. 











Minggu ke-5

 Begitu pantas masa berlalu, sudah masuk minggu kelima tanpa ku sedari. Walaubagaimanapun sebagai guru perlulah teruskan perjuangan untuk mendidik anak2 bangsa menjadi seorang yang berilmu, soleh dan musleh. Kalau nak diikutkan hati, setiap hari pasti aku akan memarahi pelajar ,merotan pelajar. Tetapi itu bukanlah cara yang terbaik untuk mendidik dan membentuk seseorang insan yang sedang membangun. Rotan itu juga perlu tapi ianya hanyalah sekadar memberi peringatan atau pengajaran untuk diri mereka. Guru yang merotan bukanlah membenci tapi sayang.
 Masalah untuk seorang guru tidak pernah akan putus, boleh dikatakan setiap hari ketika nak solat pelajar masih ingin bermain dan bersembang tak sudah2. Itulah yang menjadi tanda tanya kepadaku, apa yang disembangkan oleh mereka ini?? Bila dirotan barulah diam sikit, kalau cakap tak berapa kesan. Jadi terpaksalah  menggunakan apa yang ada ditangan. Sebaik-baiknya menegur lebih baik daripada menghukum, sekiranya tidak berkesan maka hukuman perlu dilaksanakan.
 Sebagai seorang guru praktikal,pasti ada masalah sendiri di sekolah. Begitu juga dengan saya yang berasal dari keluarga yang dikatakan agak susah sejak ayah sakit dan mak sudah tidak lagi bekerja. Segala keperluan adalah atas usaha dan rezki yang dikurniakan oleh Allah. selain daripada tekanan atau masalah yang diterima daripada pelajar, saya juga mempunyai masalah tersendiri. Antaranya masalah kewangan, kerna wang keperluan harian hanyalah diperolehi daripada sumbangan sekolah sebanyak 100 ringgit sebulan.











Minggu ke-6
              Minggu ini, aku merasakan  makin rapat dengan pelajar ,walaupun saya ada sedikit berang(garang) namun pelajar masih tidak mempunyai rasa gentar atau takut Cuma mereka menghormati saya sebagai seorang pendidik. Namun begitu, ada juga pelajar yang masih tidak mengendahkan pelbagai teguran. Sekiranya marah pelajar ini hanyalah diam diam seketika. Kelas yang paling sukar dikawal ialah kelas tahun 2 naim,walaupun sukar dikawal. Kelas mereka merupakan waktu paling banyak yang saya masuk. Boleh dikatakan setiap hari jadual saya untuk bersama mereka. Sebagai  guru haruslah bersabar dengan sikap pelajar terutamanya yang masih dalam proses menganal erti kehidupan. Walaupun kelas sentiasa kurang kawalan, saya tetap meneruskan pengajaran kerana ia merupakan tanggungjawab saya terhadap mereka. Dan saya yakin Allah akan menyoal saya  tetang tanggungjawab saya ini.
        Pada hujung minggu ini, iaitu hari sabtu dan ahad. Sekolah telah mengadakan malam bina iman dan taqwa(MABIT). Ianya di khususkan kepada pelajar tahun 4,5 dan 6 putera dan juga puteri.  Pada hari sabtu kami melatih pelajar yang menyertai kumpulan nasyid sekolah sehinggalah jam 4.30 petang. Pada petang itu, pendaftaran program dimulakan, pelajar mulai memenuhi sekolah.  Jam menunjukkan 6.00 petang semua guru sibuk menyiapkan tempat, kami pula ditugaskan untuk memasang PA System dan menyediakan tempat tidur untuk pelajar lelaki.  Setelah segalanya selesai, para pelajar dan murid diteruskan dengan makan malam dan berzikir sebelum memulakan solah maghrib. Pada malamnya selepas solah isya’, saya  ditugaskan member sedikit penyampaian. Penyampaian yang bertajuk “Siapakah Idola  Kita” telah disampaikan kepada para pelajar dan juga guru-guru serta ibubapa yang hadir pada malam itu.
      Setelah tamat penyampaian mereka para pelajar disajikan dengan makan malam. Malamnya ketika waktu tidur, ini lah menjadi ujian bagiku kerna mereka sangat sukar untuk tidur. Maklumlah tempat baru bagi mereka untuk bermalam, memang lar susah sikit. Jadi berjagalah sehingga pukul 3.00 pagi baru dapat mninggalkan mereka. Namun setelah sejam tidur, terdengar lah suara para pelajar lelaki yang sedang bising seperti di Pasar Borong. Alhamdulillah tak marah, sebagai guru haruslah bersabar jadi aku pun bangun dan terus bersiap untuk program qiamullail mereka. Semua pelajar menunggu di dalam dewan solat, saya masuk dan memulakan qiamullail dengan beristighfar. Setelah itu qiamullail dimulakan dengan solat tahajjud dan hajat yang diimamkan oleh saya sendiri kemudian  witir dan subuh diimamkan oleh sahabat saya. Jam 8.30 pagi tamatlah  program MABIT ini. Semua pelajar pulang ke rumah masing-masing.










Minggu ke-7

    Pada hari permulaan minggu ini, kami diziarahi oleh guru penilai  dari Matri. Walaupun agak lambat dan kurang persediaan, Allhamdulillah pengajaran kami dan penilaian yang dibuat oleh guru penilai tidaklah teruk sangt. Maklumlah saya baru guru praktikal( guru yang masih belajar). Antara masalah yang dihadapi ketika saya dinilai, pelajar mejadi lebih aktif  daripada hari biasa. Mereka banyak bermain, kurang fokus dan ianya berlaku pada pelajar lelaki terutamanya. Ada juga dikalangan pelajar yang mengeluarkan kata2 yang kurang soleh. Ada juga pelajar yang berdiri diatas kerusi. Menurut guru penilaiku, masalah ini bukan saja dihadapi oleh guru seperti saya, malah guru yang sudah lama mengajar pun turut menghadapi masalah yang sama.
  Pada hari tersebut, sekolah juga turut mengadakan sambutan kelahiran Rasulullah. Kami ditugaskan untuk menyiapkan tempat dan memasang PA system. Program tersebut bermula dengan kuliyah yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah Zuhdi, ayah kepada pelajar tahun 3.  Kemudian program tersebut diteruskan dengan pertandingan azan, hafazan, bercerita, dan syarahan, yang menarik dalam pertandingan ini, salah seorang daripada peserta pertandingan bercerita suara pesertatersebut seperti suara Fatihah (suara latar upin dan ipin).  Selepas berakhirnya acara pertandingan tersebut, para pelajar dihiburkan dengan Kumpulan nasyid sekolah. Program tersebut berakhir jam 1.30 petang. Setelah selesai, para pelajar dan guru2 dihidangkan makan tengah hari yang istimewa, Nasi Tomato, ayam masak merah dan acar. Setelah makan dan solah zohor kelas berjalan seperti biasa.
   Kanak-kanak itulah perkataan sesuai bagi pelajar tahun 4 ke bawah,kerna mereka ini sentiasa aktif dan hanya ada di fikiran mereka adalah permainan sahaja. Itulah hakikat  pelajar disini, mereka tidak mengenal erti serius, namun sebagai guru harus sentiasa bersabar dan meneruskan kerja sebagai pendidik. Minggu ini sekali lagi saya terpaksa berdepan dengan pelajar yang sangat susah ditegur, bila tegur lansung tak mengidahkan teguran seorang guru. Oleh itu, saya mengambil cara yang mungkin bersesuaian dengan mendenda pelajar dengan denda yang lebih berat. Sampai suatu ketika pelajar tersebut menangis. Setelah itu semua pelajar dinasihatkan jangan melakukan akhlak atau perangai seperti pelajar tersebut, dan semua pelajar dinasihatkan agar menjadi pelajar yang soleh dan mentaati Allah sekiranya inginkan syurga kerna untuk mencapai syurga bukanlah dengan cara yang mudah.



Minggu ke-8

  Pejam celik2 dah masuk minggu ke-8, sungguh cepat masa berlalu. Masalah dan pengalaman makin bertambah. Masalah biasa sudah menjadi perkara biasa saja, dan cubaan untuk memulihkannya tidak berkesempatan untuk memulihkannya sepenuhnya kerna hanya 2 bulan sahaja saya bersama pelajar. Sekiranya ianya dapat diselesai pun, ianya adalah  bantuan Allah kepada diriku. Dan juga ilmu yang diberikan oleh Allah…. Sekiranya ilmu itu ditarik oleh Allah maka tiada harapanlah untuk saya mendidik mereka lagi. 
  Kali ini, saya ditemukan dengan pelajar yang terlebih pandai daripada guru kerna mereka mampu mengkritik cara guru mengajar. Sememangnya penangan yang hebat diberikan kepada ku, namun itulah hakikat sabagai seorang guru perlu ada kesabaran yang tinggi. Sekiranya tiada sudah lama tangan terbang ke pipi pelajar. Tiada cara yang terbaik melainkan menegur mereka dengan cara yang baik. Pelajar merasakan membaca kuat2 didalam kelas adalah tidak bagus bagi pelajar. Alasan utama yang diberikan adalah kerana mengganggu kelas lain. Jawapan atau nasihat yang diberikan berdasarkan pengalaman hidupku dimana, cara menghafaz Al-Quran yang terbaik adalah mengulang dengan suara yang lantang agar mudah untuk diingati. Selain itu, saya juga sentiasa mencuba menyelesaikan masalah pelajar yang sering mengganggu pelajar lain, pelajar yang sering menggunakan perkataan yang kurang sopan dan juga sebagainya.
 Setiap minggu saya memikirkan bagaimana untuk mencari rezeki lebih untuk menyara diri di sekolah selain daripada makan dan minum aku juga seperti manusia biasa. Pernah terjadi dalam minggu ini, dalam dompetku hanya ada Not Rm5 sahaja…. Pada kebiasaannya aku akan bersedekah di masjid. Tetapi kali ini aku berada seperti diatas pagar sama ada hendak teruskan niat bersedekah ataupun membatalkannya. Atas perintah iman, maka aku serahkan wang tersebut dalam tabung masjid. Maka berakhirlah wang aku pada minggu tersebut. Alhamdulillah kerna keyakinan kepada Allah, rezki datang tanpa diminta. 










Minggu ke-9

   Makin hari,makin bertambah maju,itulah yang diingini oleh sesiapa pun. Begitu juga dengan sekolah ini, dulunya wifi biasa sekarang sudah dipertingkatkan kemajuannya kepada Unifi. Itulah hakikatnya, sekolah ja kecil tetapi member kemudahan kepada guru2 untuk menggunakan kemudahan jalur lebar secara lebih meluas. Begitu juga dengan saya, dengan adanya internet yang lebih laju, maklumat untuk pengajaran sangat mudah untuk diperolehi, nak bertanya maksud bahasa arab pun boleh!!....
  Alhamdulillah, walaupun internet bertambah maju dan laju ianya tidak memberi sebarang kesan buruk kepada mana2 guru seperti terlewat ke kelas dan sebagainya. Minggu ini merupakan minggu kedua terakhir bagiku disini. Jadi pelbagai ragam pelajar yang telah dipertontonkan kepada ku, hal ini dapat memudahkanku untuk mengenali sikap pelajar. Walaupun agak sukar, InsyAllah ianya akan menjadi mudah apabila aku cuba merapatkan diri dengan mereka. 
 Ujian itu menandakn Allah menyayangi seseorang hambaNYA, kali ini saya diuji dengan seorang pelajar yang sangat suka mengajuk cakap orang. Tidak kira sama ada percakapan guru ataupun pelajar lain, amaran bagi pelajar tersebut telah diberi, kemudia aku tambah pula dengan suara buruk keldai dan ianya disebut dalam Al-Quran. Namun pelajar hanya mendengar sekadar saja, tetapi apa yang aku harapkan mereka dapat berubah dari kisah dan suara buruk keldai tersebut. Setelah saya keluar dari kelas, pelajar tersebut masih mengajuk rakan-rakannya. Semuanya telah diberi tetapi masih tidak berkesan, maka rotanlah menjadi ubatnya. 
 Memang sukar untuk menjadi guru sekiranya setiap masa hanya berlembut sahaja dengan pelajar. Sekali2, haruslah untuk menjadi seorang tegas.














Minggu ke-10

     Setiap pertemuan pasti ada perpisahannya, setiap yang hidup pasti akan mati. Itulah hakikat kehidupan di dunia ini, tetapi adakah perpisahan atau kematian itu hanya dijadikan sebagai pemergian yang tiada makna.? Oleh itu, setiap perpisahan atau pemergian seseorang itu biarlah meninggalkan kesan walaupun sedikit kepada sesiapa saja yang ingin kita tinggalkan sama ada jasa mahupun sesuatu yang bermakna bagi  mereka yang ingin kita tinggalkan. Begitu juga dengan saya, sebagai pendidik seharusnya meninggalkan sesuatu yang baik kepada mereka, sentiasa memberi nasihat kearah kebaikan dan mewujudkan rasa kasih dan sayang diantara mereka. Selama saya di srik itulah yang sentiasa mencuba danterus mencuba, kadang2 gagal dan ianya bukan bermakna gagal selamanya.
 Pada malam hari pertama persekolahan minggu ini, sekolah telah mengadakan kelas tambahan khas untuk pelajar tahun 6. Hal ini yang menyebabkan ada pelajar sanggup memohon kepada ibubapa mereka untuk datang ke sekolah pada petang hari untuk menetap bersama kami di sekolah dengan alasan ada kelas tambahan di sekolah…. Itulah yang dikatakan alang2 menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan.  Setelah kelas tambahan tamat, (di rumah) mereka meminta ku memasak apa2 saja makanan yang dbawa mereka untuk dijamah kerna mereka terlalu lapar. Ketika sedang memasak, semua lampu dalam rumah terpadam dalam sangkaan hati ada pelajar yang main. Tiba2 salah seorang pelajar berlari meluru kearah ku dan berkata “ustaz, tadi saya Nampak tangan warna hitam yang menutup suis depan (suis utama)”. Aku hanya berdiam sahaja, dan terus bergerak kearah suis utama untuk membetulkannya. Tetapi apa yang aku lihat tiada apa perubahan pada suis utama tersebut. Alhamdulillah, segalanya selesai  setelah saya membaca sikit doa yang telah dipelajari di MATRI dulu.
  Minggu terakhir merupakan minggu yang paling sibuk bagiku kerna banyak lagi perkara dan laporan untuk saya selesaikan. Namu semua itu tidaklah menghalang bagiku untuk menghadapi masalah,bersama pelajar mahupun mengajar dengan tenang dan selesa. Minggu terakhir terakhir ini, masalah yang terlalu banyak itu mula berkurang, walaupun masih ada tetapi tidak terlalu menekan diriku. Hafazan tahun 2 mula meningkat dan ada yang hamper habis silibus hafazan mereka. Selain itu apa yang saya harapkan agar mereka terus menghafaz dan memahami serta beramal dengan ayat2 Allah tersebut. Bahasa Arab juga merupakan matapelajaran yang diajarku, dalam subjek ini para pelajar mulai minat untuk menghafaz dan mula ingin mengetahui apa sahaja dalam bahasa arab. Alhamdulillah, segalanya atas pemberian Allah atas usha dan tenaga yang dikurniakan Allah…

   Pada hari2 akhir ini beberapa pelajar tahun 6 mengajak saya dan fathi pergi ke Selayang Mall untuk bermain bowling. Kalau nak diikutkan hampir semua pelajar lelaki yang berkeinginan untuk turut bersama. Tetapi mereka tidak dibenarkan oleh kedua ibubapa mereka. Walau apa pun yang ada tetap akan pergi.  Setelah semua selesai, semua pelajar pulang kerumah untuk rehat dan bersedia untuk pembelajaran esok hari.

   Itulah dikatakan masa, sekiranya kita tidak memotongnya maka dia akan memotong kita. Begitu cantik pepatah arab ini, kalau semua perkara ditangguhkan pasti akan merosakkan sesuatu perncangan itu. Pada hari penghulu minggu ini, sekolah telah mengadakan hari perpisahan diantara kami dengan pelajar dan juga guru2 serta staf2 di SRIKG ini. Majlis ini diadakan selepas waktu rehat pagi, kami berdua dijemput untuk memberi ucapan terakhir kami di Sini. Saya  hanya mampu menasihati para pelajar agar teruskan perjuangan, dan jadilah manusia yang berguna dan jadi lah insan yang soleh dan musleh. Majlis tersebut juga menjemput wakil pelajar putera Muhd. Hassan dan wakil pelajar puteri Nurul Iman Aufa tahun 6. Pada akhir majlis, kami diberikan sedikit cenderahati daripada pihak sekolah sebagai tanda terima kasih kepada kami dan juga sebagai kenangan kami di sekolah. 

     Walaupun majlis sudah berakhir, ianya bukanlah bermaksud kami perlu balik terus ke kampung halaman  kami. Kami teruskan berkhidmat sehingga tamat waktu persekolahan...........

Itulah sedikit sebanyak..... coretan daripada seorang guru yang masih belajar

No comments: