Sunday 11 November 2012

-Perangkap Cinta-


  
   Hassan merupakan seorang pelajar dalam bidang Perubatan di Sebuah Universiti di India. Beliau juga seorang hafiz malah Muhafiz ilmu Al-Quran. Selain itu, beliau juga seorang yang fakeh dan banyak mendalami ilmu deen ketika cuti smester dan hari-hari minggu disana malah sebelum hadirnya dirinya dibumi India,beliau juga banyak menghabiskan masanya dengan mencari kelas-kelas kefahaman ilmu islam. Di India, beliau juga seorang fasih dalam berbahasa English,dan juga India.  Kehidupan sebagai seorang pelajar dan juga sebagai orang yang sering dipuji oleh Para Pensyarah. Begitu juga menjadi tarikan pelajar-pelajar lain walaupun rupanya tidaklah sehensem Shah Rukh Khan,Salman Khan,Sami Yusuf, Aeron  Aziz dan mana-mana lelaki yang menjadi tarikan para Wanita dan beliau juga seorang yang berbadan besar(tidak Berketul-ketul). Yang pasti setiap kali baju yang dipakainya, tiada satu butang pun yang tertinggal tidak kiralah samada baju Kemeja,T-shirt dan sebagainya. Kehidupan sehariannya selain berada di kuliah, sembahyang malam adalah sesuatu yang wajib bagi dirinya, Solah 5 Waktu, Bacaan Al-Quran serta menghayatinya begitu juga dengan hadith-hadith. Buku-buku Agama merupakan buku yang wajib untuk dibacanya sebagai pengisi hati.


     Pada Suatu hari, ketika menbaca tafsir Al-Quran, telefon bimbitnya berdering. Lantas menuju ke meja yang terletaknya telefonya. Ketika melihat skrin telefonnya, nombor yang tidak dikenalinya.  Beliau meanggap ianya panggilaan daripada rakannya yang masih belum ada nombor phone mereka. Lalu dijawablah beliau,

Dalam perbualan telefonnya,
Panggilan daripada seorang wanita..
"Hello, siapa nie?" Tanya Hassan dengan suara yang lantang.
"saya Nadia, Ini Hassan kan. Saya rakan sekelas dengan awak. Boleh berkenalan?", balas Nadia dengan penuh mesra dan suara yang lemah-lembut sekali
"Maaf,", Hassan terus menekan butang end Call….

Nadia terus menelefon Hassan berkali-kali,namun panggilan Nadia terus diabaikan sehinggalah kali ke berapa puluh. Hassan menjawab serta bertanya..

"Assalamu'alaikum, Apa yang awak nak? Penting ke?" Tanya Hassan  dengan nada kasar..

"Wa'alaikumussalam……. Saya nak kenal awak…. Awak hensemlah, awakkan pelajar pandai…. Awak nie kacaklah….. malah lebih kacak  daripada Para Pelakon dan juga pelajar-pelajar lain" Layan Nadia dan cuba menarik hati Hassan.

Nada Lembut sering bermain di bibir Nadia. Suara yang sangat merdu dan manja bermain di telingan Hassan..

"Betul ke saya hensem?. " Tanya Hassan dengan lembut.
Kerna suara dan tarikan seorang wanita  Hassan kecundang dan terus melayan Nadia dalam Panggilan telefonnya. Ketika asyik berbual, Kawan  si Nadia memanggilnyya, lalu meminta izin kepada Hassan untuk berganjak dahulu.

Akhir kata daripada Nadia " Jumpa lagi, "

   Sejak dari itu, Nadia tidak lagi menghubungi Hassan, manakala Hassan malu untuk menghubunginya. Maka menantilah Hassan dengan penuh harapan panggilan daripada wanita yang benama Nadia tersebut.
Dalam pada masa yang sama, Hassan sudah bermula bertukar imejnya, daripada rambut yang sentiasa disikat rapi dibiarkan sahaja,daripada tidak bertopi terus bertopi, butang yang tidak pernah lupa dibutangkan terus dibiarkan separuh,kolar baju yang sentiasa dilipat seperti biasa sengaja diangkat seperti kebanyakkan lelaki yang lain. Amalan yang sering dilakukan juga dan mula ditinggalkan,malah hati pula terasa rindukan suara Nadia yang merdu dan lemah lembut.

Setelah beberapa hari Nadia tidak membuat panggilan, suatu hari ketika bersiap untuk keluar. Telefonnya berdering, dengan pantasnya  Hassan menjawab panggilan tersebut,

"Assalamu'alaikum" suara macho Hassan.
" Wa'alaikumussalam…… Apa khabar?? Maaflah tak dapat call beberapa hari, sibuklah…" Jawab Nadia denga penuh mesra.
" Khabar baik, awak? Tak mengapa, saya menunggu dan menanti dengan penuh harapan" Jawab Hassan dengan mesra.

" Oh…. Yaka?? Awak free tak hari nie, saya teringin jumpa awak….Kita berjumpa di Taman.. Boleh tak??
Hassan terdiam terus bayangkan cara berjalan dengan pemakain yang telah berubah. Ketika tengah berangan sambil bernyanyi dalam lamunan. Terlangagr dengan seorang lelaki, lalu ditampar. Hassan tersedar daripada lamunan.
Lalu perempuan itu berkata lagi,

" Awak ini hebatlah, saya nak beritahu  sesuatu… sebenarnya saya sudah lama menyukai awak sejak di kuliah lagi. Dan saya sebenarnya saya Cintakan awak , I LOVE YOU, I LOVE YOU, I LOVE YOU soo Much"


    Hassan terdiam seketika, matanya terus focus pada Al-Quran yang berada diatas meja. Ayat-ayat Al-Quran mulai bermain difikiran dan beliau terus terdiam …

" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan dan sesiapa yang menurut jejak langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu sentiasa menyuruh pengikut-pengikutnya melakukan perkara yang keji dan mungkar………………" Annur,21.

Lalu teringat Hassan akan sebuah Tazkirah daripada salah seorang Ustaz yang berbunyi….

" Ingatlah syatan itu berada di mana-mana, dan dia akan sering menyuruh kita berbuat keburukan . sekiranya diantara alelaki dan perempuan yang bukan mahram berjumpa  malah berdua-duaan pula, maka syatan akan sering menyuruh untuk membuat sesuatu yang haram. Maka perzinaan itu akan mula ditusuk kedalam jiwa mereka, dan Syaitan akan menepuk tangan kerna dia sudah Berjaya merosakkan manusia. Sekiranya budak lelaki itu menolak, maka syaitan akan menangis serta terus berusaha….. Ingat syaitan tak akan pernah menyuruh membuat kebaikan yang ikhlas niat seseorang itu… Ingat Mula-mula

kita cakap telefon sama-sama,
ajak berjumpa berdua,
makan bersama,
kolej yang sama,jalan bersama,
tangan pula berpegangan erat penuh Mesra,
,hati sudah berpautan tidak terhingga,
Tidur juga bersama
Maka terbitlah Dosa Zina
Di sana Masuklah Syurga Dajjal Bersama,"





Ayat Al-Quran bermain lagi difikirannya lagi..

" dan janganlah kamu mendekati zina……"
" dan janganlah kamu mendekati zina…….."
" dan janganlah kamu mendekati zina……"
Al-Isra' 32

Ayat tersebut bermain di fikiran berkali, Hati mula berdegup kencang.. dan terus berdegup kencang….

Ketika itu telefon bimbit masih di telinganya, Lalu Nadia Berkata lagi….

"Datanglah rumah saya….. Rumah saya tiada sesiapa…. Datanglah… Nanti saya bagi alamat…" Balas Nadia dengan suara yang lemah gemalai dan penuh pengharapan."



Ayat lain mula bermain lagi difikirannya,,

" Dan perempuan (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya bersungguh-sungguh memujuk Yusuf agar tertarik kepada diri dan perempuan itu, menutup pintu bilik Yusuf, Lalu Berkata " Marilah dan kemarilah kepada diriku, aku bersedia untuk dirimu", Lalu Yussuf menjawab " aku berlindung kepada Allah dari perbuatanmu yang keji Itu, sesungguhnya Tuhanku telah memulihara diriku dengan sebaik-baiknya. Sesungguhnya orang yang zalim tidak akan pernah sama sekali akan Berjaya"
Yusuf,23..

Nadia terus Berkata Hello, berkali-kali seolah-olah tiada sesiapa pun yang mendengari perckapannya.

Lalu, Hassan Berkata, Tidak….

"Kenapa" Persoal Nadia
"Saya tidak boleh melakukannya" balas Hassan
"Kenapa awak tidak boleh melakukannya" Soal Nadia lagi..
"Saya takut.." Balas Hassan
" Takut siapa? Kita berdua saja, mana ada sesiapa pun selain kita berdua" Balas Nadia dengan penuh kehairanan…
"Saya Tidak takut manusia, tetapi Saya takut kepada Allah"… Balas Hassan…

Hassan terus meletakkan panggilan tersebut dan menunduk tanda keinsafan…..

……………………………………………………
Oleh itu kawan-kawan, sama-samalah kita menambah dan mendalami serta mengupdate iman kita walaupun sebentar
Hadith  Rasulullah S.A.W yang bermaksud,

Daripada abu Hurairah berkata;
"Duduklah dan beriman sebentar" …

Hadith ini sangat popular dikalangan kita. Dan ingatlah kita mempunyai Ilmu mengahafaz Al-Quran dan banyak mengamalkannya. Tetapi ianya masih belum cukup dalam proses didikan untuk mempertingkatkan Keimanan malah sangat sukar  untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah S.W.T…..
Selain itu, Ingatlah cerita diatas menceritakan seorang lelaki yang bernama Hassan , dia hebat, dia menghafaz Al-Quran malah mengamalkannya, Ilmu agama juga banyak tetapi masih kurang dalam prosesnya. Ingat didikan atau tarbiyah perlulah mempunyai sistem

InPUt
Process Diri
OutPut

Input yang bermaksud Menerima sesuatu Ilmu Agama atau ilmu apa-apa sekalipun daripada 1001 sumber. Samada Buku,majalah, daripada Pensyarah,Penyampai ilmu agama dan sebagainya.Itulah Proses didikan yang pertama…
Kedua Proseskannya ….
Mengkaji dan Memahami serta mendalami Perkara yang sudah diterima….
Kemudianya,
Kira Perlu lakukan Outpun, iaitu, menyampaikan perkara itu kepada Orang lain. Dengan Izin Allah,InsyAllah. Perkara itu akan mudah untuk lekat,mudah hadham dan mudah menjadi sebahagian daripada diri kita.

Inilah antara Jalan untuk kita mendidik diri dalam apa jua hal,konsep dan segalanya… Dalam Islam sudah menitik beratkan perkara ini sejak dahulu lagi..

Selain itu, ingatlah suara wanita itu punca jatuhnya hati lelaki. Maka berjaga-jagalah sekiranya perempuan itu, solehah maka  suaranya akan terjaga sedikit untuk lamuman para lelaki… Tetap sekiranya suara itu merbahayakan kita kuatkanlah keimanan dan janganlah sesekali tunduk kepada godaan syaitan jahannam…

*Peringatan buat diri dan Perkongsian buat para pembaca..
Harap dapat tinggalkan komen anda dibawah untuk penambah baikan……

Wallahu'alam

1 comment:

Filzah said...

sungguh, ianya benar dan kekalahan Zaman Uthmaniyyah adalah disebabkan senjata musuh iaitu "Perempuan"...