Sunday 20 January 2013

Aku,Mesir dan Kuliah Usuluddin

 
    Berjalan dan terus berjalan dan aku tidak pernah ingin berlari dengan tergesa-gesa untuk mencapai sesuatu kejayaan. Tetapi setelah hampir 3 bulan Aku cuba berjalan, tiba-tiba aku digesa untuk berlari dan menjadikan keadaan kelam-kabut(Tak terurus) dan aku cuba jua untuk terus menghadapinya walaupun dalam keadaan kurang atau lebih tepat lagi tidak bersedia.

    Sesiapa pun dalam dunia ini pasti akan merasakan ianya satu beban dan  apabila menghadapi sesuatu perkara secara kejutan. Itulah nasibku setelah berhajat dan meletakkan Cita-cita yang utama sebelum digelar Mahasiswa Universiti terkenal Di seluruh Dunia yang Berada di Ummu Dunia yakni Universiti Al-Azhar,Kaherah Mesir adalah memantapkan Bahasa Arabku di Markaz Bahasa Arab Al-Azhar.. Namun diriku seperti dipaksa untuk menghadapinya, itulah ujian bagiku di dunia. Dua Minggu masa diberikan sebelum aku mengahadapi Peperiksaan Smester 1 bagi Tahun 1 Kuliah Usuluddin dengan Disajikan 6 subjek yang kebanyakkan daripadanya adalah Subjek yang ku tidak pernah dengar dan memahaminya.Mungkin sesetengah daripada subjek yang aku pernah dengari dan ianya amat sukar bagiku untuk menghadapinya di saat-saat akhir untuk aku memegang pena dan Melakarkan jawapanku di Atas Helaian jawapan yang disediakan.
    Tetapi Itulah kenyataan yang aku tidak dapat melarikan diri daripadanya, sekiranya Aku lari itu bukanlah seorang Mujahid namanya. Datang dari jauh, disertakan dengan hati yang meinginkan perubahan mejadi seorang Insan yang lebih Alim dalam Ilmu-ilmu deeniah(agama) ini.Bukan sahaja untuk diriku, namu ramai yang memerlukan ia setelah aku kembali ke Tanah Airku.
 Kad Ini menjadi Bukti aku sebagai Mahasiswa Al-Azhar, walaupun dalam keadaan separuh percaya,namun tetapi itulah hakikatnya. Dengan hanya setimba Ilmu bahasa ingin dicurahkan seluas lautan bagi mewarnakan ia.Fuhhh!!, sukar sekali bagiku, tetapi keyakinan dan sentiasa bertawakal dan terus bertawakal agar ia menjadi mudah. Itulah yang aku sering gunakan walaupun kadang-kadang dan selalu jugalah mengeluh akan keletihan Otak untuk membaca dan cuba memahami serta mengahafal Isi subjek yang bakal aku Tempuhi.
                                                                                                                                                                                                 
Tika aku sukar memahaminya inilah menjadi Penemanku,Gambar terserlah itulah temanku. Disaat kusut kepala,disaat Otak bergelegak.Jauh sekali aku untuk memahami lebih mendalam semua perkara yang aku cuba Fahami. Namun dengan Qudrat yang Allah berikan kepadaku. Aku diperkuatkan dan terus diperkuatkan. walaupun kadang-kadang aku lemah jua,kerna kelalaian diri ini.


Gambar Hiasan.
    Barang ini aku telah simpankan ia, telah ku kuncikan ia, Namun banyak pula yang hadir memeberikanku lagi kesusutan. Ketika Inilah Allah uji ku dengan Pelanggan yang ramai mula hubungi untuk perbaiki Laptop mereka. Allah Hu Akbar. terasa pening pun ada. Bersabar ja lah. Boleh dikatakan hampir setiap minggu ada panggilan yang hadir. Jawapannya selepas Imtihan lah. semua pelangganku diberikan jawapan yang sama. MAkin hari makin bertambah. Penulisan karya ku masih belum ditulis dengan lengkap.

Lapangan Masjid Al-Azhar

    Hurh!!!
Keletihan setiap hari kebiasaannya disinilah tempat ku beristirehat setelah tamat Peperiksaanku.Suasananya tenang, aman,banyak pula pengajian. tetapi ujianya, kesejukan di musim sejuk sebegini. Kesabaran perlu wujud jua, itulah jihad, sabar perlu tinggi.Namun kadang-kadang kalah jua. Itulah manusia yang tidak pernah lengkap dan perlu saling melengkapi. Bab lengkap-melengkapi ini teringat pula ketika Awal kejutan untuk masuk kuliah dan terus Ambil Imtihan. Ramai yang memberi pendapat agar Mencari pelengkap dalam kehidupan. Mencari Si dia agar seniasa memberi ubat disaat kelelahan, memberi Vitamin disaat lemah tidak berdaya bangun dan Menjadi penenang jiwa disaat kesusutan. Itulah dia Pelengkap sebuah Mahligai,dialah tiang seri di sebuah Masjid. Terfikir jua aku kearah itu, namun siapalah yang hingin akan hamba yang tidak seberapa ini, Akhlak pun entah kemana,Fahaman Deeniah pun entahlah.. kewangan dan rupa paras jauh sekali.  Kadang aku memikirkan Ayat Yang Allah catatkan didalam Al-QURAn..

" Sesunguhnya Aku tidak melihat RUPA-PARAS mu,harta-hartamu dan keturunanmu dan sesungguhnya Allah melihat apa yang berada didalam haati2 kamu" Mafhum

 Entahlah rasa macam tidak berkemampuanlah lagi. Lupakan saja semua itu. Bila dah sampai masa akan diberikan Oleh Allah. InsyAllah. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah bagi seseorang lelaki. Perkataan "Tanggungjawab" telah menjelaskannya. Kitalah si lelaki atau suami perlu menanggung beban dan kita jua lah akan menjawab dihadapan Allah kelak.

  Disaat Akhir peperiksaan, Arab mesir, membuat demo lah pulak. Tidak puas hati dengan soalan Mantiq Yang dikatakan sukar. Ya, aku berkata benar. Sememangnya susah, namun tetapi kita harus faham, soalannya adalah soalan mengujika pemikiran sesuai dengan Nama Ilmunya yakni Mantiq "ILMU LOGIK AKAL" so, banyaklah menggunakkan logik akal.

  Mesir, Aku bermujahadah untuk mendapatkan sesuatu. Kekuatan daripadaNYA, untuk aku terus melangkah. Kini aku sudah menghabiskan Smester PertamaKu di Tahun satu Kuliah Usuluddin.
Smester ke2, 10 subjek. bakal dihadapiku. Doakan kejayaanku...

   

    

No comments: