Sunday 4 September 2016

~Dirimu terlalu Istimewa~

Kau terlalu istimewa,
Kasih dan sayangmu terpancar,
Seikhlas tiada batasan,
Terus membara,
Terkilan rasa jiwa,
Ingin ku lihat mu dewasa,
Namun apa daya,
Tuhan lebih menyayangimu...


Sayang sesama manusia asalkan tidak melebihi sayang kepada Allah. Allah kurniakan zuriat dan Allah jualah berhak mengambil ianya bila2 masa sahaja. Pinjaman Allah yang cukup bermakna buat insan lain. Yang pergi memberikan kesan yang sangat mendalam buat diriku dan suami.

Friday 2 September 2016

~Kamu Anak syurga~

   Di saat mendengar khutbah,  Khatib membicarakan tentang dunia dan Akhirat. Terus bermain difikiranku berkaitan anak syurgaku yang sudah sebulan pergi meninggalkan kami suami isteri.

  Pemikiranku termelayang seketika mengenangkan saat terakhir aku melihat wajah anak syurga itu. Saat aku menangkat dan menguruskan jasadmu didunia,dan kuharapkan penghitungan Allah terhadapku sebagai tanggungjawabku dan nafkahku yang terakhir buatmu wahai anak syurga.

Hurm....
 
    Semalam aku periksa wang poketku,sudah hampir kehabisan kerna ku ingin tenangkan ibumu dan juga diriku agar tidak terlalu bersedih atas pemergianmu wahai anak Syurga.

   Kadang seperti aku mengatur sesuatu menjana kewangan namun semuanya hanyalah membantu orang lain dan diri sendiri dalam mengurangkan rasa sedih dan kedukaan yang dihadapi.

   Seringkali,aku mengulangi kepada si dia. "Allah lebih sayangkan dia dan Allah nak sediakan syurga buat dia. Semoga Dia anak syurga mendoakan kita dan memohon kepada Allah agar kita dapat bersamanya di syurga Kelak. Kita redha, dan tidak perlu bersedih lagi, El-Fath tidak mahu kita bersedih melainkan terus hidup dan kuatkan diri sepanjang kehidupan kita".

  "ANAK",itulah jantung hati bagi seorang ibu dan ayah. Sejak aku menjadi suami dan juga ayah,baru aku fahami dan sedar akan semua itu. Mustahil bagi seorang ayah,tambahan pula si ibu untuk melupakan anaknya buat selamanya. Pasti kerinduan dan kesunyian saat mengimbau kenangan bersama si anak.

   Hari ini aku dan isteri baru saja sebulan merasai kehilangan seorang cahaya mata,seorang little caliph,seorang penyejuk jiwa dan jantung hati kami. Itu pun cukup memberikan impak yang kuat buat aku dan isteri.

Sukar dan cukup sukar,

  Tapi hakikat itu wajib aku tempuhi. Kini tanggungjawabku untuk terus tenangkan si isteri dan kuatkan dirinya yang kadang seringkali kerinduan. Tak mampu aku menahan kesedihan itu bila melihat dirinya bersedih.

  "Biarlah Aku kekeringan wang asalkan Jiwa diantara kami tidak rosak akibat melayan perasaan"

Bagiku pemergian di saat Masih belum baligh itu lebih bahagia berbanding sudah dewasa kerna tidak tahu masa depan kehidupan sebagai seorang Anak.

Semoga Kita sebagai anak menjadi saham yang baik kepada kedua Ibubapa kita.

Saturday 20 August 2016

~Nama itu Menjadi Pilihan~

   Setiap ibu dan ayah itu perlu mencari nama dan meletakkan nama-nama yang baik untuk anak-anak mereka.

  "Muhammad Umar Al-Fateh" nama ini sudah lama disebut2 oleh kami. Sebelum mengetahui jantina anak syurga itu. Kekuatan hati seorang Ibu sangat hebat,walaupun tidak mengetahui jantina anak lagi tapi sudah dirasai kehangatan untuk menimang seorang anak lelaki.

Tuesday 16 August 2016

~Rindu itu Fitrah~

Kadang aku tidak tahu kuat atau tidak.

Duduk termenung sedetik terus teringatkan si dia Anak Syurga.

Pernah sekali my wife asked Me,
" abg, agak-agak ape Fateh tengah buat di sana.?"

Awal perkara yang terlintas di benakku adalah saat pertama kali aku melihat wajah terakhir Al-Fateh. Lalu terkeluar dari mulutku.
" Wallahu'alam, mungkin dia sedang mendoakan kita dan bermain di Raudhatul Jannah atau berlari-lari di Syurga sana. Dia nak tengok kita bahagia dan gembira akan kerna dia telah berada di Syurga".

    Kita redha dengan pemergiannya, tapi dia adalah anak maka takkan pernah luput dari fikiran. Walaupun hanya 2 bulan 12 hari aku dan isteri sempat menikmati senyuman,tangisan dia tapi kebahagiaan dia ke syurga itu sangat membahagiakan.

    Sudah hampir dua minggu dia telah meninggalkan kami dan pergi bertemu Allah di sana. Semoga dia Menyediakan tempat untuk kami di syurga Kelak.

   Kerinduan bagi sesuatu yang kita sayangi itu adalah fitrah manusia.
23 Mei 2016-2 Ogos 2016

~Itulah Fitrah~

Sedih itu Fitrah,
Bila keyakikan pada Allah dengan Apa yang ditentukan.
Semuanya menjadi Biasa.

Sedih itu Fitrah,
Saat menerima Qada" dan Qadar Allah hati akan sentiasa menjadi tenang,

Sedih itu Fitrah,
Bila keimanan dengan Allah serta semua Rukun keimanan,
Maka kesedihan duka itu berduka menjadi kesedihan gembira.

Sedih itu Fitrah,
Kerna tanpa kesedihan itu maka runsinglah kehidupan manusia di dunia ini.

"Janganlah bersedih tanpa Hati yang dipenuhi keimanan kepada Allah kerna ia tidak akan bertukar kepada kebahagiaan"

Kerna Salah satu cara bersedih,
Adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Bersedih bukan kerana berduka,
Tetapi bersedih kerana bahagia,

Menangis bukan tanda sedih,
Tetapi menangis juga penghapus dosa.
Menangislah kerana Dia yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Friday 5 August 2016

~Dia anak Syurga 1~

  "Ummu Fateh" gelaran yang ku berikan sebelum dia dilahirkan. Sudah kutahu,sudah ku merasai bakal yang dilahirkan adalah Panglima Putera buat kami.

  Saat dilahirkan kedunia pada 23 Mei 2016. Haiwan peliharaan kami adalahbyang paling bahagia menerima kedatangan adiknya ke dunia. Semua orang sekelilingnya sangat gembira. Sepupu dan Abg kepada Ummu Fateh sangat gembira dan banyak memberikan pertolongan kepada kami.

  Jam 1.30 pagi aku sudah dikejutkan oleh isteriku. Pening kepala nak dapatkan transport. Orang sekelilingku dimaklumkan Kak Ain(sepupu Ummu Fateh) adalah orang pertama tiba di rumah.

  Baba Muhammad Hussin sanggup menyediakan pengangkutan untuk kami seawal 2.45 pagi. Walaupun dia bukan dikalangan ahli keluarga kami, kegembiraan di wajannya terukir dan siap sanggup menerima bayaran sewa rumah lewat beberapa hari atau minggu.

  Jiran kami,madam-madam dan pak dam-pakdam Tanta yang turut banyak membantu. Sanggup pinjamkan barang malah ada yang berikan aja kepada kami.

   Alhamdulillah,lahirlah Panglima Putera itu ke Dunia pada hari Isnin,16 sya'ban 1437 bersamaan 23 Mei 2016.

  Walaupun tidak cukup bulan, semua orang gembira dan sangat menghargai kelahirannya.

Muhammad 'Umar Al-Fateh.
Dilahirkan di Hospital University Tanta Mesir.
Minggu ke 32 Umur dalam kandungan.
Berat 1.5 kg sahaja.
10 hari di Hospital bagi mendapatkan rawatan secukupnya.

Thursday 4 August 2016

Damailah 'Umar Al-Fateh

Tak kan ku biarkan
walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
jengking dan ular
Umi tak kan berundur

Damailah 'Umar Al-Fateh
mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
semuanya di syurga

Jemputlah Umi dan Abi
Ke syurga yang kekal abadi
Agar kita dapat bersama
Buat selama-lamanya

Tidurlah 'Umar Al-Fateh
biarkan dirimu tenang
Selama Tuhan mu ada
tak kan engkau kesunyian

Ngeri tak terbayang mata
Umi tak kan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Doa Umi  Abi bersama disana

Tidurlah 'Umar Al-Fateh
biarkan dirimu tenang
Selama Tuhan mu ada
tak kan engkau kesunyian

Haaa..aaaa...aaaaaa...

Damailah 'Umar Al-Fateh
mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
semuanya di syurga

Haaaa...aaaa...aaaa.... Haaaa... aaaa....aaaaa...aaaa

Haaaa...aaaa,..aaaa.... Haaaa....aaaa...aaaa....aaaaa

Ngeri tak terbayang mata
Umi tak kan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Doa Umi Abi bersama disana..

Credit Music Arjuna Beta by Fynn Jamal.


Seandainya ingin Ubah lirik dan Music amat dialukan

:Dia lebih Kuat:

  Setelah pemergian dia Panglima Syurga, kami menerima teks Kisah Ini yang menyuntik satu kekuatan buat kami.

   Sehinggakan aku teringat akan bagaimana nasib anak Palestin,syria dan lain-lain. Mereka meninggal dalam keadaan lebih derita. Dihadapan ibu dan ayah mereka. Namun mereka masih mampu tersenyum kerana anak mereka saham syurga buat mereka.

Hadis Jabir bin Abdullah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diperlihatkan ke dalam Syurga, aku melihat isteri Abu Talhah. Kemudian aku mendengar hentakan orang berjalan, ternyata beliau adalah Bilal.
(HR Muslim: 4495)

Sekilas Tentang Dia:

1.Nama sebenarnya ialah Ghumaisa’ Bintu Milhan
2.Ibu kepada Anas Bin Malik (ra)
3.Berumur 40 tahun ketika Islam mula menyinari bumi
4.Memeluk Islam ketika dakwah Mus’ab Bin Umair di Madinah
5.Berkahwin dengan Abu Talhah selepas kematian suaminya yang pertama

Yang Menjadikannya Istimewa:

Selepas keislamannya, suaminya Malik Bin Nadhr memujuknya supaya kembali kepada agama asal namun beliau tetap dengan pendiriannya dan akhirnya suaminya meninggalkannya dan menuju ke Syam, dan tidak lama selepas itu suaminya mati dalam kesyirikan.

Selepas kematian suaminya itu, Abu Talhah yang ketika itu belum memeluk Islam datang membawa emas dan perak untuk meminangnya.

Lantas beliau berkata, “Aku tidak berhajat kepada dua benda ini, akan tetapi maharku adalah Islam, sekiranya engkau terima maka aku tidak berhajat kepada perkara yang lain”.

Abu Talhah kemudian keluar dan kembali sebagai seorang Muslim, maka beliau pun mengahwininya. Berkata seorang wanita Ansar, “Tidak pernah kami mendengar hingga kini seorang yang lebih mulia maharnya dari Ummu Sulaim yamg mana maharnya adalah Islam”.

Hasil perkahwinannya dengan Abu Talhah, beliau di kurniakan seorang anak bernama Abu Umair.

Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir, anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya. Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankannya.

Selepas itu beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”.

Sekembalinya Abu Talhah dari bermusafir, dia bertanyakan khabar anaknya itu. Ummu Sulaim dengan tenang menjawab, “Anak kita berada dalam keadaan aman”.

Apabila menjelang malam, berkata Ummu Sulaim,
“Wahai suamiku, andaikata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?”

Jawabnya: “Tidak”.

Kemudian Ummu Sulaim berkata, “Sesungguhnnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali”.

Pilu hati Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, namun dia redha dengan takdir Allah.

Subuhnya, Abu Talhah pergi menemui Rasulullah (saw) dan menceritakan peristiwa yang berlaku itu. Kemudian Rasulullah (saw) berdoa semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik. Tidak lama selepas itu, Ummu Sulaim telah dikurniakan 10 orang anak yang mana kesemuanya dikalangan ulama yang terpilih.

Lihatlah betapa tabahnya hati seorang ibu dalam menghadapi detik-detik kematian anaknya dan betapa bijaknya dalam menyampaikan khabar duka itu dengan menggunakan uslub yang menarik.

Begitu juga dengan kekentalan imannya sehingga sanggup berpisah dengan suami yang dicintainya dan menukarkan emas dan perak dengan Islam sebagai maharnya.

Semoga kita dapat mencontohi pekerti Ummu Sulaim yang mulia ini, dan moga Allah mengurniakan kepada kita semua ketabahan iman dalam menempuhi liku-liku hidup ini. Allahumma Ameen.

Tuesday 2 August 2016

:Damailah Panglima Itu:

  Setiap yang bernyawa itu pasti akan pergi, tak kira tua ataupun Muda,mahupun ianya seorang anak kecil yang tidak mengenal lagi kehidupan dunia.



  Dua bulan, mungkin masa itu singkat bagi sesetengah orang, mungkin masa itu lama bagi sesetengah orang. Dan itulah yang dikurniakan Allah buat saya dan Isteri.

  Kebahagiaan yang diberikan menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan seorang Cahaya Mata,diraikan Aidil Mubarak bersama dan berakhir dengan kembalinya kepada Yang Esa dan Maha Pemilik segala sesuatu.

  Terkelu lidah,terdiam bicara, terkaku jasad disaat melihat keadaan si anak. Keras kaku kesejukaan. Aku memeluknya dengan penuh erat.m Si Ibu menangis tanpa bicara. Tapi kesedihan itu tidak membawa makna apa. Hanya Senyuman indah buat diriku disaat ku teringat kata Si Ibu " Kita sayangkan manusia,janganlah sayang yang teramat. Sayanglah kerana Allah kerana manusia itu akan pergi buat selamanya".

  Jam 6 pagi bergegas aku dan beberapa rakan ke Hospital untuk mendapatkan pengesahan doktor.

"Anak awak sudah meniggal 6 jam yang lalu kerna masalah penafasan" Doktor muhammad

  Terkejut aku saat terakhir jam 1 pagi Mesir aku dan Istri tersenyum melihat Si dia tidur dengan lenannya selepas disendawakan kekenyangan minum susu ibunya.

Alhamdulillah Allah mudahkan pengurusan Jenazah. Muhammad Umar Al-Fateh bin Syafiq akmal Bin Omar selamat dikebumikan di Kafr Isom Tanta.


Jazakumullah khairan jazak atas Doa kalian, Semoga Allah menganugerahkan Kami ketabahan dan kekuatan.

Thanks alot For Support....

Abah,Abi,
Mak,Ummi.
Adik beradik saya
Adik beradik ISteri saya.

Kami memohon maaf atas ketidak sempatan menemukan kalian Dengan Muhammad Umar Al-Fateh. Semoga kita berjumpa di sana dan bersama dengannya Di sana.

Ameen YA RAbb.

"Damailah dia Sebagai Panglima Pintu Syurga"

23/5/2016
-
2/8/2016

Monday 23 May 2016

Alhamdulillah Kepenatan Itu Manis

  Saat badan agak kepenatan, seharian  Hospital uruskan isteri di Hospital kerana kebocoran air ketuban. keesokkannya paper Quran,kerisauan yang teramat.

   Jawab exam macam tak dak apa dah dalam fikiran. Penat juga berurusan di hospital sini  walaupun ada beberapa perkara dipermudahkan. Kadang rasa masih lemah lagi bahasa. Tapi boleh pula orang sini memuji aku ni.

"Aish.... Rasa rendah diri betul"

  Balik Exam???

   Habis ja paper,selesaikan beberapa perkara di kaherah. Selepas tu bergegas pulang ke kaherah. Sampai saja, si dia baru boleh keluar wad.

Alhamdulillah.

     Malamnya jumpa doktor yang selalu Follow up untuk kepastian keadaan.

Kata doktor, " baby ok, cumanya si ia bila-bila masa akan bersalin. Get ready je lah"

   Aaaaaaku,dengan barang baby lansung tak ada. Ada sikit saja, tak lengkap pun cadangnya nak beli seblm puasa. Sebab tarikh duenya 16/7 tapi kuasa Allah siapa yang tahu.

" Aku merancang Allah juga Merancang namun tetapi sebaik-baik perancang adalah Allah taala"

  Hurm...

1.30 pagi, terkejut aku dikejutkan oleh si dia. Aku tolong si dia untuk relaks tak sabar. cotraction macam dah nak berlaku. Nafas cuba dibuat yg terbaik.

Jam 2.30 pagi,keadaan makin sukar, argh separuh gila aku nak cari transport ke Hospital. Negara arab, malamnya kadang sunyi sepi. Bunyi kereta pun tak dak. Call kengkawan msia yang dah kawin.

Hurm,yalah faham ja lah depa semua tidoq. Risau nak ganggu,akhirnya call sepupu si dia dulu. N then last thinking, call tuan rumah sewa. Minta bawakkan, Alhamdulillah baik juga tuan rumah ni.

3.30 Aku solat subuh seketika kerana waktu sudah masuk. Selepas solat,doktor benarkan aku untuk masuk dalam untuk berilan semangat dekat si dia. Alhamdulillah Allah berikan kekuatan kepada si Dia.

6.00 pagi dr. Perempuan pulang,tinggal dr. Lelaki dan dr. Perempuan yang masih sibuk di bahagian lain. Time ni memang si dia dah hampir nak keluar dah. Tapi dr. Laki suruh eden keluar dulu tapi sebelum tu dia minta izin nak cek keterbukaan laluan untuk mengeluarkan baby. Tapi aku tak benarkan," huish, orang lain nak sentuh pemaisuri aku. Hurh.. jangan cari pasal. "

6.15 aku diluar hanya doa dan bacaan Yasin dan beberapa surah yang sering dibaca bersama si dia. Sepanjang berkahwin ini.

6.40 aku disuruh pulang, ambilkan barang yang tertinggal dan diperlukan. Boleh tahan lari balik,2 km gak lah lebih kurang. Lari balik, sampai rumah packing apa yang patut.

6.50@7.00 dapat panggilan, Alhamulillah selamat bersalin. Sujud syukur aku.

  Saja menceritakan plot simple, padahal selepas putera sulong dilahirkan. Wah. Kejar sana dan kesini. Agak kepenatan. Selepas asar baru siap 2/3 daripada semua urusan.

Yang bestnya dapat bersembang dang berumalah dengan arab sekeliling. Dibantu sepenuhnya oleh arab. Dibawa kesana dan kesini. Sungguh penat,tapi bila tengok wajah Muhammad Umar al-Fateh hilang kepenatan itu.

Semoga dia menjadi pemimpin yang terbaik dikalangam umat Akhir zaman dalam menegakkan Islam.

Saturday 30 April 2016

Persoalan yang Berulang : Kahwin Muda

Sabda Rasulullah s.a.w,

   " Wahai Pemuda, Barangsiapa dikalangan kamu yang mampu keatas dirimu untuk berkahwin maka berkahwinlah,seandainya tidak mampu maka berpuasalah lebih layak keatas dirimu"

   Apabila hadis diatas Rasulullah s.a.w menyeru kepada PEMUDA tidak kira lelaki dan perempuan bermakna lebih baik dikalangan pemuda itu berkahwin. Kerana apa?

   Kerana pemuda atau lelaki yang muda itu, kurang pengalaman tapi mereka itu gololongan yang kuat serta gagah dalam segala perkara. Pemuda jugalah manusia yang terdiri daripada golongan yang semangat tinggi, golongan yang lebih romantis dan bermacam lagi. Banyak sebenarnya ciri-ciri dikalangan Pemuda ini. Cumanya ianya berbeza diantara pemuda yang beriman dan tidak beriman.

   Tapi harus ingat, pemuda jugalah dikalangan ego yang tinggi. Maka disaat inilah, peranan sebagai seorang pemuda yang beriman itu sangat penting seandainya dirinya nak membina sebuah rumah tangga. Sama ada membina sebuah rumah tangga berdasarkan iman ataupun nafsu semata-mata.

Nikah masa muda ni banyak seruannya dalam hadis dan Al-Quran.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا تَزَوَّجَ العَبْدُ فَقَدْ كَمَّلَ نَصْفَ الدِّيْنِ ، فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ البَاقِي

“Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Kerananya, bertakwalah pada Allah pada separuh yang lainnya.” (HR. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam As Silsilah Ash Shahihah no. 625)

Kenapa masa muda harus sempurnakan sebahagian iman kita?

   Kerana masa muda lah iman seringkali berkelahi dengan nafsu. Seandainya iman tak menodai nafsu dari awal makan nafsu akan menodai iman. Maka hanyutlah diri kita dengan buaiyan nafsu dunia.

    Selain itu,Allah telah berjanji bahwa Allah akan mencukupkan seseorang yang memilih jalan pernikahan. Pasangan tersebut akan Allah jamin rezekinya cukup untuk berkeluarga. Tinggal usaha dari pasangan tersebut untuk meraih rezeki yang Allah janjikan.

وَأَنكِحُوا اْلأَيَامَى مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ اللهُ مِن فَضْلِهِ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. An Nuur: 32).

  Sebelum saya bernikah seringkali ayat ini bermain dimata. Memang ada kebenarannya, waktu bujang beribu duit dalam kocek. Tak pernah cukup,tapi bila bernikah. Ada L.e 20@5 pun rasa dah cukup,siap boleh berkembang lagi. Bak kata orang dulu zaman bujang satu kepala saja nak berfikir. Bila dah bernikah dua kepala memikirkan segalanya.

   Tambahan yang bernikah adalah yang masih muda. Tahap kreatif minda lebih cergas dan inovatif sesekalinya. Biasalah bila muda ni jiwa muda. Mudah sungguh capai idea yang pelik-pelik dan Semuanya nak diterjahnya. Semuanya ingin dicubanya,risiko itu biasa. Yang penting terus mencuba dan berusaha.

Nikah adalah suatu ketaatan. Dan tidak mungkin Allah membiarkan hamba-Nya sengsara ketika mereka ingin berbuat kebaikan semisal menikah.

Di antara tafsiran Surat An Nur ayat 32 di atas adalah: jika kamu semua itu miskin maka Allah yang akan mencukupi rezeki kamu. Boleh jadi Allah mencukupinya dengan memberi sifat qona’ah (selalu merasa cukup) dan boleh jadi pula Allah mengumpulkan dua rezeki sekaligus (Lihat An Nukat wal ‘Uyun). Jika miskin saja, Allah akan cukupi rezekinya. Bagaimana lagi jika yang bujang sudah berkecukupan dan kaya?

Dari ayat di atas, Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata,

التمسوا الغنى في النكاح

“Carilah kaya (hidup berkecukupan) dengan menikah.” (Lihat Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim mengenai tafsir ayat di atas).

Disebutkan pula dalam hadits bahwa Allah akan sentiasa menolong orang yang ingin menjaga kesucian dirinya lewat menikah. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda tentang tiga golongan yang pasti mendapat pertolongan Allah.

   Nak kaya,nikahlah.

Ramai dikalangan pemuda inginkan kekayaan. Tapi tak ramai pemuda kenal dan mengerti kekayaan yang sebenar. Dengan memiliki perhiasan yang terindah,kekayaan dunia dan akhirat itu akan mudah digapai yang penting nawaitu ketika bernikah itu.

Di antaranya,

وَالنَّاكِحُ الَّذِي يُرِيدُ الْعَفَافَ

“… seorang yang menikah kerana ingin menjaga kesuciannya.” (HR. An Nasai no. 3218, At Tirmidzi no. 1655. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Kaya dalam segala sesuatu,terutamanya kesucian bagi

Agak panjang posting berkaitan Nikah muda ni. Sambung kemudian lah.

Nikah muda itu bagus, masa depan pun baik tapi jangan awalkan nafsu saat nikah Muda ni. Ianya akan membawa Parah nanti.

Persoalan itu berulang : Ibubapa

   Disaat orang bertanya, "Mak ayah anta macam mana shafiq? Mudah ke nak terima anta kahwin waktu belajar ni?"

  Hahahaha,

   Nak ketawa besar hilang siqah plak satgi, hurm.....
Ketawa kecil buatku saat setiap kali orang bertanya tentang hal ini. Mana taknya, bukan senang nak tawan hati parent ni terutamanya ketua keluarga. Dia seorang ayah, sangat susah nak memberikan keputusan yang kadang boleh merunsingkan keutusan si ibu.

  Anak lelaki dan Ibu, memang sangat menyukarkan pada sesetengah Orang untuk dilepaskan oleh seorang ibu.  Anak lelaki lah seringkali dijadikan harapan dan kebiasaannya kerisauan ibu akan bertambah. Ditambah pula dengan si Ayah yang kejap ok kejap tak Ok. Lagi bertambah risau si Ibu.

   Agak lama jugalah saya nak dapat kebenaran daripada mereka. Sebenarnya kalau ikutkan Islam, anak lelaki kahwin mana perlu Kebenaran kedua ibubapa. Tapi islam melandaskan bahawa redha kedua ibubapa itu sangat penting untuk berjaya dalam kehidupan akan datang. 

Sabda Rasulullah s.a.w " Redha Allah itu terletak pada Redhanya kedua Ibubapa."

    Itu adalah matlamat Utama bagi seorang anak lelaki terutamanya. Berbeza dengan anak perempuan, kerna mereka perlukan wali daripada seorang ayah atau Datuk  atau yang berkaitan mengikut susunannya dan keadaan.

   Kebiasaannya sangat sukar nak pujuk kedua ibubapa  kita dalam bab Kahwin ni. Tambahan pula masih kuliah pula tuh...  Memang sukar tapi yakin pada Allah dan teruskan berdoa. Yakinlah kerana hati manusia itu Allah yang memilikinya.

    So, yang diluar sana. Ibuayah itu bukan penghalang, tapi Allah nak kita usaha  yang bersungguh-sungguh dalam apa jua amal sekali pun untuk mencapai sesuatu hasil.


   Ada juga Orang bertanya, Tak rasa muda ke kahwin sekarang ni?

 nanti saya Jawab dalam entri lain ye.....

Friday 29 April 2016

Persoalan yang berulang

  Alhamdulillah, baru saja merasai Kehidupan Rumah tangga ini.

7 Bulan, mungkin kata orang lain sudah lama. Tapi bagi saya baru saja bermula nak mengenali diantara satu sama lain.

  Ramai yang bertanya, bagaimana saya bernikah?

Hurm Jawapannya, 

  "cukup syarat, cukup rukun Nikah ja lah"

  Hehehe,sebenar aku tak ingin pun bernikah lagi. Impian yang sebenar untuk berkahwin adalah umur 25 tahun  disaat aku hampir menyelesaikan Ijazahku di Mesir ini. Tapi ini dikatakan rezki yang Allah aturkan untukku.

  Sekitar pertengahan bulan 11,2014, aku dipersoalkan tentang jodoh. Namun saat itu hati sudah tidak ingin membicarakan tentang jodoh. Berbulan-bulan aku tidak mengambil serius dalam perihal tersebut. Aku cuma masukkan ia ke dalam telinga kanan keluar telinga Kiri. Alasannya sudah malas melayan wanita, semuanya sama. Yang tahu menolak, pelbagai alasan diberikan sehingga naik tension aku dibuatkan.

  Hari demi hari, Allah mendatangkan rasa keinginan untuk mengetahui tentang peribadi seorang wanita yang meminta diriku untuk dikenalinya. Sekitar awal bulan 2
aku cuba mengambil serius dan cuma mengenali Wanita tersebut. Sedikit demi sedikit,tidak lansung kepadanya tapi semuanya melalui wakil dan orang yag berada di sekitanya.

   Stalker Fb orang sekeliling, Fb nya pula tiada di saat itu. Aku mencari siapa kenalan dekatnya. Satu persatu dicari sehingga keinganan untuk mengetahui lebih dekat dan lebih dekat.

  Hampir 2 bulan aku menilai dan mencari,lalu Allah titipkan rasa cinta dalam Hatiku buat dirinya. Walaupun wajahnya tidak jelas dalam gambar,walaupun suaranya tidak pernah kudengarkan tapi keyakinan luar biasa yang Allah tanamkan dalam hati ini. Sehinggakan membuatkan aku jatuh cinta kepada dirinya. Misi mengenali dan bertunang secara tidak rasmi pun selesai sekitar bulan 4 2015. Dan berterusan proses sampailah Nikah.

Persoalan yang sering timbul lagi, " Bagaimana penerimaan Ibubapa"?

Satu part yang cukup sukar bagiku saat itu tapi dengan kuasa Allah S.w.t. Semuanya menjadi mudah. Itu yang dikatakan "Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah S.W.T".

Bersambung...