Wednesday 30 December 2015

~Jangan Kerana Cinta,Islam diketepikan E1~

     

Serius rasa nak tergelak pun ada, nak marah pun ada, tapi apa pun tak mampu aku lakukan, "Macam Drama pun ada kalau sepertimana yang diceritakan kat aku sejak hari tu lagi"

     Inilah antara kalam aku sebelum berakhirnya perbualan aku dengan sahabat aku nun jauh di sana. Ingat lagi tak, cerita #jatuhsakitkernacintalama.Kisah ini aku nukilkan semula daripada apa yang diceritakan oleh sahabatku yang baru saja bernikah  2 minggu selepas perkahwinanku.

   Ianya bermula awal Disember yang lalu, kawanku menerima Private mesej daripada seorang wanita yang tidak dikenalinya. Menurut wanita tersebut, dia adalah adik perempuan kepada seorang lelaki yang pernah berkenan dengan isterinya suatu ketika dahulu sampai lah sekarang. Menurut adiknya, abangnya sudah lama berkenan sejak dari tempat pengajian mereka lagi. Isteri sahabatku ini, bukan jenis ambil tahu sangat tentang lelaki, hanya tahu fokus pada pembelajaran sahaja. Kalau lelaki nak ngorat pun anggap seperti tiada apa pun. Ibarat lalat hinggap di pipi sahaja.

    Seorang lelaki,berpengajian sampai ke tanah arab sekalipun bagiku belum tentu dapat menilai pegangan akidah dan akhlak mereka. Hatta aku sebagai islamic theology student sekalipun belum tentu lagi keimananku.

Wednesday 9 December 2015

"Surat Terbuka; Mencari sedikit belas"

  Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah  Lagi Maha Penyayang.

   Assalamu'alaikum semua pembaca setia Blog saya, walaupun agak suram dan ayat tidaklah menarik seperti bloggers lain. 
  
   Entri kali ini bukan cerita diri sahaja. Tapi bermacam-macam cerita. Mungkin kali ini dikalangan pembaca pernah memberi beberapa sumbangan kepada diri ini.

     Hari ini jujur berkata, saya bukan dikalangan bijak pandai yang cukup hebat dan mampu naik tahun scara berterusan. 

Hurm....

     Tahun kedua mengulang lagi so, disini saya sudah memasuki  Tahun keempat di Mesir. Tapi masih berada Tahun 2. Bukannya tahun 3 atau Tahun 4, orang lain naik cepat berbanding saya.

      Tengah-tengah mengaji, rezki awal datang untuk kahwin. Nak tahu cerita macam mana boleh kahwin? Cari lah entri sebelum-sebelum ni. Malas nak letak link.

      Pendek cerita, entri ini lebih ke arah mencari sumbangan Ikhlas Daripada mana-mana pihak yang ingin menyumbang buat diri ini. Mungkin ada penyumbang setia yang menyediakan Wang belanja bulanan Setiap bulan. Tapi sebenarnya masih belum mencukupi,sampai sewa rumah pun tertunda berbulan-bulan dah. Makan ada sedikit catuan, inikan pula nak menyewa rumah lain Bersama Isteri yang akan datang kesini sekitar bulan Mac.

    Antara Kos yang sering digunakan dalam masa sebulan;
- Yuran kuliah setahun
- Harga Buku kuliah setahun
- Sewa Rumah 
- Belanja Makan bulanan 
- Tambang dan pengangkutan lain
- Telefon dan Internet 
- Kos lain

(Jumlah diatas Adalah Kiraan Kasar)

  Mungkin ada student lain menyangka ianya seperti bajet yang tinggi, ada pula yang manyatakan ini rendah. Tapi inilah bulanan yang saya habiskan sejak kenaikan harga barang di Mesir dan jatuhnya Matawang.

    RM 5000 setahun mungkin nampak banyak tapi masih belum cukup menampung kewangan seorang diri inikan pula berdua. Tak mengapa saya ada jug melakukan beberapa perusahaan seperti perkhidmatan,jualan dan sebagainya. Part time katakan.
 
     Biarlah malu dikata orang dek diri rasa lemah untuk teruskan kehidupan walaupun punya insan yang sentiasa memberikan semangat untuk teruskan. Sejak balik Malaysia baru ni,sebelum berkahwin lagi dah terasa berat nak kembali ke Bumi Mesir atas kewangan yang agak memeberatkan diri. Atas permintaan keluarga dan juga keluarga isteri dan juga ingin memenuhi hasrat Isteri maka saya teruskn jua.

  Memang malu menebalkan muka,asalkan masih ada hati yang berjiwa murni ingin menghulurkan sedikit kewangan. Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang tidak tahu asal usulku. Usaha tetap diteruskan,disamping mencari insan yang sentiasa keterbukaan untuk "Hulurkan Tangan Ringankan Beban"

    Setiap hari akal mencari jalan memikirkan cara menjana kewangan sedangkan Diri sudah mulai jatuh sejak berlaku sedikit krisis penipuan dan Modal perniagaan tergantung seketika. Maka susah untuk meneruskan bisnes. Hanya yang berbaki saja duteruskan.

  Cerita punya panjang, apa isi pun tak tahu dah macam ke laut pun ada. Disini antara kewangan yang tengah mencari. 

    Kewangan yang diperlukan Segera,
- Belanja Harian yang masih belum mencukupi. 
-kos pemindahan rumah Baru.
- Kos perjalanan Isteri Ke Mesir.
(Banyak juga kos Dia-pening kepala nak Support dalam masa Singkat)



   Setelah pembaca membacanya, jangan pula berkata belakang atau Komen sebagainya. Kalau nak berikan sumbangan Saya amat berbesar hati dan merendah diri untuk menerimanya.  

    Kalau nak diceritakan bab malu, ini dah habis malu dah ni. Dah fikir berkali-kali dah, walaupun masih berterusan bekerja dan berusaha menjana Kewangan tapi rasa macam tak dapat nak Fokus lebih sebab 24 jam tengah memikirkan dan merancang sesuatu. Kadang dah buat tapi sebab student kes terpaksa bertolak ansur. Tapi selepas ini tiada tolak ansurnya.

  Okay, Apa pendapat semua tentang surat minta sumbangan secara terbuka Sebegini?

   Daripada minta Berhutang dan minta sumbangan hadiah yang mana lebih baik. Bagi saya, lebih baik elakkan Hutang kerna perlu dibayar semula. Sumbangan pula tidaklah perlu dipaksa.

Harap memahami.

    Kalau ada yang Nak buat surat khusus boleh kutip maklumat dalam Surat terbuka Ini dan bukti pengajian saya seperti yang ternyata di bawah.

Sumbangan Boleh disalurkan Ke;

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
09010025113631
SYAFIQ AKMAL BIN OMAR

MAYBANK 
159013043381
SYAFIQ AKMAL BIN OMAR

Untuk dapatkan surat memohon sumbangan dan surat pengesahan di bawah sila tinggalkan email anda ke  nombor dibawah.

Segala maklumat lanjut Boleh whatsapp ke +201111331381.

Monday 7 December 2015

"Kecelaruan Dalam Memilih ; LOS;"

Bismillah hirrahmanirrahim...


Selawat dan salam kepada Kekasih kita NAbi Muhammad S.A.W atas dakwah dan risalah baginda menyebab kita mencapai Nikmat-nikmat yang luar biasa.

Alhamdulillah,



    Entri hari ini bukan entri yang sesuatu yang boleh mempositif atau menegatifkan keadaan atau sesuatu yang berlaku. Tapi ini adalah hakikat yang berlaku dalam kehidupan manusia termasuklah saya sebagai manusia.

    Allah s.w.t memberikan kehidupan dan DIA juga memberikan pilihan kepada kita untuk memilih sama ada itu baik untuk kita atau tidak. Tidak semua perkara boleh dikatakan Takdir semata-mata sedangkan adanya Qada' dan Qadar. Ada yang memang Allah tentukan dan ianya tidak boleh diubah seperti ajal maut dan gila atau apa saja yang memang Allah mengkehendaki ia berlaku maka secara segera ianya akan berlaku tanpa bicara lagi. Kalau dikatakan bab jodoh, study,sakit dan apa saja yang diberi pilihan oleh Allah untuk kita diatas dunia ini maka pilihlah seperti mana kehendak kita. Dan apa yang kita pilih itu adalah kehidupan kita. So, janganlah salah dalam memilih, tambahan pula sesuatu yang sukar nak turned up balik.