Sunday 4 September 2016

~Dirimu terlalu Istimewa~

Kau terlalu istimewa,
Kasih dan sayangmu terpancar,
Seikhlas tiada batasan,
Terus membara,
Terkilan rasa jiwa,
Ingin ku lihat mu dewasa,
Namun apa daya,
Tuhan lebih menyayangimu...


Sayang sesama manusia asalkan tidak melebihi sayang kepada Allah. Allah kurniakan zuriat dan Allah jualah berhak mengambil ianya bila2 masa sahaja. Pinjaman Allah yang cukup bermakna buat insan lain. Yang pergi memberikan kesan yang sangat mendalam buat diriku dan suami.

Friday 2 September 2016

~Kamu Anak syurga~

   Di saat mendengar khutbah,  Khatib membicarakan tentang dunia dan Akhirat. Terus bermain difikiranku berkaitan anak syurgaku yang sudah sebulan pergi meninggalkan kami suami isteri.

  Pemikiranku termelayang seketika mengenangkan saat terakhir aku melihat wajah anak syurga itu. Saat aku menangkat dan menguruskan jasadmu didunia,dan kuharapkan penghitungan Allah terhadapku sebagai tanggungjawabku dan nafkahku yang terakhir buatmu wahai anak syurga.

Hurm....
 
    Semalam aku periksa wang poketku,sudah hampir kehabisan kerna ku ingin tenangkan ibumu dan juga diriku agar tidak terlalu bersedih atas pemergianmu wahai anak Syurga.

   Kadang seperti aku mengatur sesuatu menjana kewangan namun semuanya hanyalah membantu orang lain dan diri sendiri dalam mengurangkan rasa sedih dan kedukaan yang dihadapi.

   Seringkali,aku mengulangi kepada si dia. "Allah lebih sayangkan dia dan Allah nak sediakan syurga buat dia. Semoga Dia anak syurga mendoakan kita dan memohon kepada Allah agar kita dapat bersamanya di syurga Kelak. Kita redha, dan tidak perlu bersedih lagi, El-Fath tidak mahu kita bersedih melainkan terus hidup dan kuatkan diri sepanjang kehidupan kita".

  "ANAK",itulah jantung hati bagi seorang ibu dan ayah. Sejak aku menjadi suami dan juga ayah,baru aku fahami dan sedar akan semua itu. Mustahil bagi seorang ayah,tambahan pula si ibu untuk melupakan anaknya buat selamanya. Pasti kerinduan dan kesunyian saat mengimbau kenangan bersama si anak.

   Hari ini aku dan isteri baru saja sebulan merasai kehilangan seorang cahaya mata,seorang little caliph,seorang penyejuk jiwa dan jantung hati kami. Itu pun cukup memberikan impak yang kuat buat aku dan isteri.

Sukar dan cukup sukar,

  Tapi hakikat itu wajib aku tempuhi. Kini tanggungjawabku untuk terus tenangkan si isteri dan kuatkan dirinya yang kadang seringkali kerinduan. Tak mampu aku menahan kesedihan itu bila melihat dirinya bersedih.

  "Biarlah Aku kekeringan wang asalkan Jiwa diantara kami tidak rosak akibat melayan perasaan"

Bagiku pemergian di saat Masih belum baligh itu lebih bahagia berbanding sudah dewasa kerna tidak tahu masa depan kehidupan sebagai seorang Anak.

Semoga Kita sebagai anak menjadi saham yang baik kepada kedua Ibubapa kita.