Monday 29 December 2014

Salam 2015

Bismillah…

Assalamu’alaikum, dan salam 2015




كل عام وأنتم بخير

  Menjelang 2015 maka sudah mencecah 2 tahun 3 bulan aku berada di Mesir. Pejam celik,pejam celik sudah lama aku berada di Mesir rupanya. Ilmu entahlah berapa banyak yang ada terasa macam seciput pun tiada.

Sunday 21 December 2014

Your Life Style

  Bismillah,

   Semua manusia dalam dunia ini semestinya ingin yang terbaik dalam hidup. Hatta inginkan keselesaan dalam bergerak kemana saja pun inginkan yang terbaik.


Saturday 20 December 2014

~Masa Lampau~

Terkenang pada awal sampai mesir dulu. Saat semangat yang membuaq-buaq. Nak Hafal Quran, nak talaqqi dan lain-lain.
  Ya, semua itu pernah dibuat.Namun istiqomah itu tiada.
Sampai saja Mesir, dimulakan dengan belajar bahasa Arab. Target asal setahun kalau diizinkan Allah untuk berada di Markaz Bahasa Al-Azhar. Namun itulah dikatakan, "makaru Wa Makara Allah....."
  Allah itu perancang yang terbaik buat kita. Hampir seminggu lagi baki untuk Imtihan kuliah di Al-Azhar. Dengan kuliah pilihanku, Usuluddin. Ditambahkan dengan cerita-cerita yang menyeramkan ku berkaitan usuludin ini. Banyak subjek,susah dan sebagainya membuatku lemah dan tidak terdaya. Usaha untuk tidak ke kuliah sudah gagal maka dengan secara tidak langsungnya aku dianugerahkan Sebagai pelajar kuliah Al-Azhar Usuluddin.
Nah....
  Amik kau, one week more. Apa yang mampu kau buat?
  Apa yang aku pegang adalah DUIT. Doaku dan doa mereka yang dekat denganku. Dengan usaha yang hampir mengorbankan nyawa. Istiqimah dalam membaca dan membuat Nota. Akhirnya bertawakal serta berserah kepada Allah sepenuh jiwa dan raga.
  Kadang tidak dapat dibayangkan. Dalam minggu tu, buat urusan masuk kuliah,beli kitab dan study. Masa perantaraan diantara exam setiap subjek digunakan sepenuhnya untuk study.
Alhamdulillah hampir 80% aku lulus diantara 16 Subjek yang diduduki. Bagiku dalam dunia ini tiada apa yang mustahil selagi tiada usaha dan Doa beserta Tawakkal sepenuhnya kepada Sang Pencipta.

~Cabaran yang Dihadapi lagi~

Semester 1 Dan 2 aku sudah tamat.

Cup....cup...

Tak tamat semuanya lagi. Ada 2 lagi rasanya.

  Inilah yang dikatakan cabaran. Baru saja selesai, Tahun pertama kuliah usuluddin ditambahkan lagi tugas yang lain mungkin agak sedikit membebankan aku.

  Kini berbaki lagi 3 minggu sebelum aku menghadap dengan medan tempur kecil. Peperiksaan Tahun kedua atau Semester 3 dengan 6 subjek yang bakal aku tempuhi.

  Malas adalah satu penyakit yang sukar dirawat tanpa kekuatan atau semangat yang ada. Biasalah perkara sebegini sering berlaku dikalangan kita. Hanya doa dan usaha saja yang mampu menandinginya.

     Hampir 2 bulan pengajian semester 3 ini berlansung dan kini sudah dipenghujungnya. Ada sebilangan orang  kata kena pi masuk kuliah hari-hari baru berjaya.

Hurm....

  Permulaan yang sangat baik. Hampir setiap hari di kerusi panjang kuliah. Hari demi hari semakin pudar. Ditambahkan pula ujian-ujian yang mendatang. Si Insan lemah ini sering tersungkur, tiada apa yang mampu menandingi melainkan semangat.

   Biasanya inginkan semangat , call malaysia baru ada mai balik.. Tapi sekarang dah jarang membuat panggilan sebegitu.

Entah kenapa.

Friday 19 December 2014

-Kekuatan yang dicari-

Dush...

Seperti satu tembakan yang kuat terkena Jantung.
Kepala mula memitam.
Darah seperti terhenti seketika.
Baru sahaja melepaskan satu tugas setelah setahun berhempas pulas memegang amanah satu unit dalam sebuah persatuan.

Tuesday 16 December 2014

~Kedatangan yang Sering Kita Lupa~

"Setiap jiwa-jiwa yang hidup itu pasti akan mati"


  Apabila capai tanggal kelahiran seseorang itu. Maka bertambahlah tahun dirinya mendekati saat-saat kematian. Begitulah putaran masa yang diikuti dengan putaran dunia yang sangat singkat ini. Teringat sabda Rasulullah berkaitan dunia.

Monday 1 December 2014

-Sedar-

Kesunyian bilik membuatku termenung seketika. Hati terbang jauh pulang ke Malaysia.Walaupun baru setahun lepas aku berada selama sebulan di Perlis. Namun kerinduan itu hadir menikam hatiku,kesunyian sehinggakan keinginan kepada yang lain pun ada.

    Namun tetapi Allah masih sentiasa disampingku. Konspirasi jiwa mengalir dalam tubuhku. Merisaukan ibu dan ayah di Malaysia.

Bagaimana keadaan mereka?
Ada yang sering menjenguk merekakah?
Ada yang pedulikan merekakah?

Kadang-kala sangat risau akan kesihatan seorang ibu yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah mencari rezki untuk anak-anaknya.

Tapi itulah hakikat dirinya yang tabah. Begitu juga ayah yang sentiasa mengatur urusan ku kerana sayangkan aku dan anak-anak yang lain. Mereka hanya ada anak-anak sahaja untuk diharapkan.

hurm...

  Hidup yang asalya tidak pernah senang. Rumah papan berbumbungkan zink,bila hujan semua pakat mencari baldi untuk tadahkan air-air yang jatuh ke lantai rumah. Si Ayah tidak pernah berhenti mencari rezki untuk menyenangkan anak-anaknya.
Tidak cukup dengan gaji yang dapat ditambahkan pula dengan usaha berniaga kecil-kecilan di tempat kerjanya.

  Dan beliau juga seringkali menggalakkan anak-anaknya berusaha mencari rezki pada jalan yang sama. Teringat aku, Abah selalu belikan buat abang-abang dan kakak-kakak ku sebalang coklat untuk dijual di sekolah. Katanya buat jualan di sekolah untuk tambahan wang sekolah.

  Pada masa yang sama, anak-anak kepada si ayah ini mempunyai mak cik yang sangat baik. Tidak pernah marah,tidak pernah tenging kami tanpa sebab. Menjual kuih adalah pekerjaan mereka berdua. Sepanjang mereka hidup berdua tanpa suami. Anak-anak kepada si ayah inilah yang sering bersama mereka. Membantu menghantar kuih dan sebagainya.

   Si Ayah sangat berbangga dengan anak-anak sebenarnya. Namun, kadang-kala menghampakan kerana sikap anak-anak sendiri. Anak-anak ini kadang-kala lupa akan jasa mak cik mereka. Kadang-kala lupa jasa Abah dan Mak mereka. Semuanya mulai mementingkan diri sendiri bila saat semua semakin dewasa. Namun ianya tidak pernah kekal lama. Biasalah air tidak pernah putus walaupun dicincang.

Hari berganti hari kemudian bulan berganti bulan sehinggalah cukup 22tahun Si ibu dan ayah bersama anak-anaknya menetap di rumh sewa itu. Dan rumah papan beratapkan zink itu tersimpan beribu kenangan.

  Tibalah saat berpindah kerumah baru. Hasil rezki si ayah yang telah lama idamkan untuk berikan hadiah buat anak-anak kini terkabul. Sebuah mahligai buat anak-anak berteduh. Tiada lagi sewa,tiada lagi bocor sana dan sini.

  Hurm...

Dari kecil sampai lah dewasa si anak dihantar ke sekolah terbaik.  Walaupun sekolah rendah sebahagian anak-anaj kepada si ibu dan ayah ini bukan berteraskan Islam 100% Namun ibu dan ayah ini sentiasa berusaha memberi pendidikan yang terbaik.

  Bila tiba tahap menengah si ayah berusaha memberikan yang terbaik. Sekolah yang terbaik menjadi pilihan. Walaupun yura yang berganda namun tiada apa yang menghalang. Gaji si ayah yang sikit, cukup-cukup sahaja untuk membayar yuran tahunan dan Bulanan serta buku anak-anak mereka. Namun masih menjadi rungutan anak-anak. Tapi si Ayah tidak pernah menceritakan segala ini kepada sesiapa pun. Mungkin kadang-kala ada benarnya sikap kedekut dalam diri si Ayah ini kerana beliau bukan melihat skop yang dekat tapi ada perkara yang besar lagi yang ingin dilakukan untuk anak-anaknya. Cuma beliau ingin mencuba dan melihat sejauh mana kesabaran anak-anak terhadap dirinya.

  Aku juga baru saja tersedar dari segala itu. Tapi itulah hakikat dirinya sebagai seorang Ayah. Walaupun aku jarang berbicara dengannya namun aku  terasa bahagia apabila dapat berbual dan ketawa bersama dengannya. Walaupun hanya didalam talian jauh.

hurm...

Lamunan terhenti seketika, kesejukan angin datang menghembus. Musim sejuk ditambah pula dekat dengan musim peperiksaan.

  Terkenang saat di Malaysia, Ibu atau emak. Mak itulah paling dekat dan merisaukan akan diriku. Penasihat yang terbaik dalam dunia persekolahan ku. Walaupun pengajiannya tidak tinggi seperti orang lain. Namun hati budinya lebih tinggi dan sangat membanggakan aku. Seorang yang tidak pernah kenal erti penat lelah, baik hati, tidak kedekut, tidak terlalu risau akan bab rezki.

   Seringkali disaat aku kebuntuan wang. Beliau seringkali menyebut " Jangan risau bab duitlah shafiq, Duit tu Allah punya,Rezki itu Milik Allah, jangan risaulah. Yang peting kita tu sering dekat dengan Allah baru Allah dekat dengan kita"

  Inilah madah yang sering disebut kepadaku.Hatta disaat aku berjauhan sebegini sekalipun. Walaupun disaat aku merisaukan keadaan dan kewangan mereka. Inilah ayat yang diberikan, tambahan pula dah lebih 3 bulan tak masukkan sedikit wang pun buat mereka.

hurm...

  Hari ini, aku berjauhan dengan mereka. Lebih jauh daripada adik beradikku yang lain.
  Hari ini aku hanya mengharapkan abang-abang dan kakak-kakak sahaja yang untuk mengambil berat tentang mereka dan adik-adik lain. Rasa hati sentiasa kerisauan.

Sedar aku kerana tanpa mereka siapalah kita. Kerana mereka adalah murabbi pertama yang memperkenalkan kita kepada Rabb kita. Ibu dan Ayah.

  Beruntunglah siapa yang lahir dalam Islam.
Dan Rugilah siapa yang mati dalam bukan Islam dan tanpa redha kedua ibubapa.