Thursday 15 August 2013

~Bumi Nabi Musa Menangis Lagi~





 " Dr. Yusuf Qardhawi berkata, Perkara ini tidak pernah ada dalam sejarah Mesir."




    Bumi Ardhun Kinanah atau dikenali bumi yang  penuh bersejarah dengan Para Anbiya'. Keamanan kembali, gerak kerja islam kembali seperti sedia kala selepas 30 tahun dibawah cengkaman Mubarak laknatullah. Dan kembali di bawah kepimpinan seorang Muslim penghafaz Al-Quran seorang yang soleh. Walaupun beliau mempunyai beberapa kelemahan namun itu bukanlah menjadi alasan untuk beliau dijatuhkan dalam masa yang teramat singkat. Beralaskan dakwaan beliau tidak cerdik ekonomi menjadi penyebab beliau ingin dijatuhkan. Begitu jua beberapa krisis yang hanya berlaku seketika tatkala baru setahun beliau memerintah. Itulah tindakan mereka yang tidak berkehendakkan Islam. Matlamat ingin menjatuhkannya atas kerana beliau mengambil berat berkaitan Gaza dan jua Syria.