Sunday 11 November 2012

-Perangkap Cinta-


  
   Hassan merupakan seorang pelajar dalam bidang Perubatan di Sebuah Universiti di India. Beliau juga seorang hafiz malah Muhafiz ilmu Al-Quran. Selain itu, beliau juga seorang yang fakeh dan banyak mendalami ilmu deen ketika cuti smester dan hari-hari minggu disana malah sebelum hadirnya dirinya dibumi India,beliau juga banyak menghabiskan masanya dengan mencari kelas-kelas kefahaman ilmu islam. Di India, beliau juga seorang fasih dalam berbahasa English,dan juga India.  Kehidupan sebagai seorang pelajar dan juga sebagai orang yang sering dipuji oleh Para Pensyarah. Begitu juga menjadi tarikan pelajar-pelajar lain walaupun rupanya tidaklah sehensem Shah Rukh Khan,Salman Khan,Sami Yusuf, Aeron  Aziz dan mana-mana lelaki yang menjadi tarikan para Wanita dan beliau juga seorang yang berbadan besar(tidak Berketul-ketul). Yang pasti setiap kali baju yang dipakainya, tiada satu butang pun yang tertinggal tidak kiralah samada baju Kemeja,T-shirt dan sebagainya. Kehidupan sehariannya selain berada di kuliah, sembahyang malam adalah sesuatu yang wajib bagi dirinya, Solah 5 Waktu, Bacaan Al-Quran serta menghayatinya begitu juga dengan hadith-hadith. Buku-buku Agama merupakan buku yang wajib untuk dibacanya sebagai pengisi hati.

Saturday 3 November 2012

~ Siapa dia ?? ISlam Yang Utama!!~

  Suatu hari ketika Ahmad, berjalan menuju ke Kuliah. Dengan izin Allah dia berjumpa dengan seorang sahabat yang cukup baik akhlaknya,cukup tawaduk dan sebagainya. Ahmad mula tertarik dengan perwatakan sahabat tersebut. Lalu bersalaman dan berta'aruflah mereka berdua. Sepanjang Perjalanan, untuk ke kuliah mereka bersembang sambil berta'aruf. Nama sahabatnya Amir, Tinggal di sekitar Madinah Nasr jua. Setiap hari mereka akan berjumpa dan terus bersembang, Amir seorang yang sangat suka menceritakan tentang dakwah dan banyak menceritakan tentang Islam dan Juga IM.

Friday 2 November 2012

-Botol yang sudah KOsong Akhirnya Terisi Jua-




    "Ambillah Islam secara Menyeluruh bukan sekada Juz'iyat sahaja. Islam Itu syamil kamil watukamil....."
Itulah antara kata-Kata Murabbiku....

  Hampir Sebulan lebih aku tidak Terisi dengan semua ini.... Sememangnya benar. Apabila hati yang sudah lama tidak terisi, maka jiwa kita akan menjadi futur. akan menjadi lemah. Maka kita akan rebah dan perlukan tali-tali yang kuat untuk dicapai dan terus bangun dan teruskan cita-cita utama kita yakni Kebangkitan Islam.......
  Ibarat sebuah botol yang Penuh.. Apabila ianya diminum maka ia akan habis maka terus tidak berguna lagi, sekiranya ianya terisi semula maka akan dimanfaatkan... Begitulah jiwa kita, sekiranya sudah lama tidak dikuatkan dengan majlis Ilmu, Majlis yang sering memperingati diri kita..... Sistem Dakwah juga telah mengajar kita untuk membetulkan diri kita, Barulah sampaikan... Namun tetapi, janganlah disebabkan diri yang kurang soleh,takut risau dan segala sesuatu wujud didalam diri untuk menjadi benteng kepada kita untuk menjadi seorang yang menyampaikan sesuatu.. Itulah salah satu untuk meningkatkan jiwa kita... Namun ianya masih tidak cukup kerna kita ibarat air yang keluar sahaja dari sebuah botol maka isikanlah dengan segala sesuatu untuk memnuhkannya semula...

     "Benar,Hati yang futur(gelap) menyebabkan segala sesuatu akan terhalang malah Subuh pun akan kita sering lewat" KAta seorang sahabatku.

  Pusssh.....
Ibarat satu penangan yang terkena pada diri ku, Sungguh lemah diriku. Teringat satu kata-kata " Pemuda yang segak,hebat adalah lelaki yang berjaya solah subuh berjemaah"

   Ramai Pemuda terutamanya, sering Lemah untuk bersegera dalam subuhnya.. Bagaimana untuk nampak kejayaan islam yang sebenar?? Muhasabah buat penulis. Menguatkan diri......

.......................................................................................................