Sunday 4 October 2020

"Aku Anak Lelaki bhg 1"



Bila kau dilahirkan sebagai anak lelaki, tak kiralah engkau sulong,kedua atau anak ke berapa sekali pun. Orang pertama dalam dunia ini yang harus disemat didalam hati adalah Ibu yang melahirkan engkau. 

Teringat masa sebelum belajar di Mesir, aku pernah cakap dekat mak "Mak, shafiq rasa tak mau pi mana lah, tak mau sambung belajar nak Buat kerja sendiri ja kat perlis ni." (Loghat utara)

Tapi atas permintaan mak dan abah serta beberapa orang guru untuk sambung belajar walaupun hati jauh bersimpang dengan keinginan hati ini.

Bila kau dilahirkan sebagai anak lelaki, perasaan yang kau sangat kena jaga adalah perasaan Ibu sebelum engkau nak utamakan yang lain.

Namun tetapi seimbangkanlah, ingat!! 

Bukan sekadar Ibu kau sahaja, Isteri dan Juga Ibu Mertua kau.

Kalau ibu sendiri dicampak jauh, tidak ditanya khabarnya. Walaupun uang poket bukan menjadi hasil yang mampu diberi sepenuhnya, cukuplah khabar dan kasih sayang dibalas kembali.

Aku?

Bukanlah anak yang baik dan sempurna, pasti ada cacat celanya. Namun si isteri sangat mengenali diri ini. Aku tahu, aku dah kecewakan Si Ibu dalam Banyak perkara. Namun si ibu tidak pernah marah, walaupun ada jua beberapa perkara yang mungkin terasa Hatinya.

Entah kekadang ada saja hati yang tak keruan bila ada salah yang terbuat. Kalau dah terbiasa dan tidak pernah minta maaf dengan ibu mu sendiri bagaimana dengan Isteri dan ibu Mertua nanti.

Mak maaf kan anak mu ini.

Bila kau dilahirkan sebagai anak lelaki, kekadang jangan terlalu berkira dengan ibumu sendiri. Pendek kata, Ibu sendiri,Isteri dan Juga ibu mertuamu.

Kalau ibu sendiri sudah mula ada kira-kiranya. Bagaimana pula dengan isteri dan Ibu mertuamu.

Disini aku sangat tertarik dengan sikap salah sorang daripada keluargaku, dia sebagai anak lelaki. Kata-katanya selalu lembut di lidah, Mak menjadi ratu di hati. Tidak pernah pula berkata tiada uangnya dipoket sedangkan hutang tidak tertanggung dan merunsingkan jiwa.

Kekadang ada juga yang mungkin mak terasa, namun tetapi dirinya sentiasa mencari jalan untuk perbetulkan. Tak pernah berkira dan tak pernah berkata tiada. Maka Allah sentiasa memudahkan dan memberkati hidupnya walaupun kadang kala dalam kesempitan.

Siapa engkau kalau bukan dia?

Bersambung