Saturday 20 August 2016

~Nama itu Menjadi Pilihan~

   Setiap ibu dan ayah itu perlu mencari nama dan meletakkan nama-nama yang baik untuk anak-anak mereka.

  "Muhammad Umar Al-Fateh" nama ini sudah lama disebut2 oleh kami. Sebelum mengetahui jantina anak syurga itu. Kekuatan hati seorang Ibu sangat hebat,walaupun tidak mengetahui jantina anak lagi tapi sudah dirasai kehangatan untuk menimang seorang anak lelaki.

Tuesday 16 August 2016

~Rindu itu Fitrah~

Kadang aku tidak tahu kuat atau tidak.

Duduk termenung sedetik terus teringatkan si dia Anak Syurga.

Pernah sekali my wife asked Me,
" abg, agak-agak ape Fateh tengah buat di sana.?"

Awal perkara yang terlintas di benakku adalah saat pertama kali aku melihat wajah terakhir Al-Fateh. Lalu terkeluar dari mulutku.
" Wallahu'alam, mungkin dia sedang mendoakan kita dan bermain di Raudhatul Jannah atau berlari-lari di Syurga sana. Dia nak tengok kita bahagia dan gembira akan kerna dia telah berada di Syurga".

    Kita redha dengan pemergiannya, tapi dia adalah anak maka takkan pernah luput dari fikiran. Walaupun hanya 2 bulan 12 hari aku dan isteri sempat menikmati senyuman,tangisan dia tapi kebahagiaan dia ke syurga itu sangat membahagiakan.

    Sudah hampir dua minggu dia telah meninggalkan kami dan pergi bertemu Allah di sana. Semoga dia Menyediakan tempat untuk kami di syurga Kelak.

   Kerinduan bagi sesuatu yang kita sayangi itu adalah fitrah manusia.
23 Mei 2016-2 Ogos 2016

~Itulah Fitrah~

Sedih itu Fitrah,
Bila keyakikan pada Allah dengan Apa yang ditentukan.
Semuanya menjadi Biasa.

Sedih itu Fitrah,
Saat menerima Qada" dan Qadar Allah hati akan sentiasa menjadi tenang,

Sedih itu Fitrah,
Bila keimanan dengan Allah serta semua Rukun keimanan,
Maka kesedihan duka itu berduka menjadi kesedihan gembira.

Sedih itu Fitrah,
Kerna tanpa kesedihan itu maka runsinglah kehidupan manusia di dunia ini.

"Janganlah bersedih tanpa Hati yang dipenuhi keimanan kepada Allah kerna ia tidak akan bertukar kepada kebahagiaan"

Kerna Salah satu cara bersedih,
Adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Bersedih bukan kerana berduka,
Tetapi bersedih kerana bahagia,

Menangis bukan tanda sedih,
Tetapi menangis juga penghapus dosa.
Menangislah kerana Dia yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.

Friday 5 August 2016

~Dia anak Syurga 1~

  "Ummu Fateh" gelaran yang ku berikan sebelum dia dilahirkan. Sudah kutahu,sudah ku merasai bakal yang dilahirkan adalah Panglima Putera buat kami.

  Saat dilahirkan kedunia pada 23 Mei 2016. Haiwan peliharaan kami adalahbyang paling bahagia menerima kedatangan adiknya ke dunia. Semua orang sekelilingnya sangat gembira. Sepupu dan Abg kepada Ummu Fateh sangat gembira dan banyak memberikan pertolongan kepada kami.

  Jam 1.30 pagi aku sudah dikejutkan oleh isteriku. Pening kepala nak dapatkan transport. Orang sekelilingku dimaklumkan Kak Ain(sepupu Ummu Fateh) adalah orang pertama tiba di rumah.

  Baba Muhammad Hussin sanggup menyediakan pengangkutan untuk kami seawal 2.45 pagi. Walaupun dia bukan dikalangan ahli keluarga kami, kegembiraan di wajannya terukir dan siap sanggup menerima bayaran sewa rumah lewat beberapa hari atau minggu.

  Jiran kami,madam-madam dan pak dam-pakdam Tanta yang turut banyak membantu. Sanggup pinjamkan barang malah ada yang berikan aja kepada kami.

   Alhamdulillah,lahirlah Panglima Putera itu ke Dunia pada hari Isnin,16 sya'ban 1437 bersamaan 23 Mei 2016.

  Walaupun tidak cukup bulan, semua orang gembira dan sangat menghargai kelahirannya.

Muhammad 'Umar Al-Fateh.
Dilahirkan di Hospital University Tanta Mesir.
Minggu ke 32 Umur dalam kandungan.
Berat 1.5 kg sahaja.
10 hari di Hospital bagi mendapatkan rawatan secukupnya.

Thursday 4 August 2016

Damailah 'Umar Al-Fateh

Tak kan ku biarkan
walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
jengking dan ular
Umi tak kan berundur

Damailah 'Umar Al-Fateh
mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
semuanya di syurga

Jemputlah Umi dan Abi
Ke syurga yang kekal abadi
Agar kita dapat bersama
Buat selama-lamanya

Tidurlah 'Umar Al-Fateh
biarkan dirimu tenang
Selama Tuhan mu ada
tak kan engkau kesunyian

Ngeri tak terbayang mata
Umi tak kan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Doa Umi  Abi bersama disana

Tidurlah 'Umar Al-Fateh
biarkan dirimu tenang
Selama Tuhan mu ada
tak kan engkau kesunyian

Haaa..aaaa...aaaaaa...

Damailah 'Umar Al-Fateh
mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
semuanya di syurga

Haaaa...aaaa...aaaa.... Haaaa... aaaa....aaaaa...aaaa

Haaaa...aaaa,..aaaa.... Haaaa....aaaa...aaaa....aaaaa

Ngeri tak terbayang mata
Umi tak kan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Doa Umi Abi bersama disana..

Credit Music Arjuna Beta by Fynn Jamal.


Seandainya ingin Ubah lirik dan Music amat dialukan

:Dia lebih Kuat:

  Setelah pemergian dia Panglima Syurga, kami menerima teks Kisah Ini yang menyuntik satu kekuatan buat kami.

   Sehinggakan aku teringat akan bagaimana nasib anak Palestin,syria dan lain-lain. Mereka meninggal dalam keadaan lebih derita. Dihadapan ibu dan ayah mereka. Namun mereka masih mampu tersenyum kerana anak mereka saham syurga buat mereka.

Hadis Jabir bin Abdullah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diperlihatkan ke dalam Syurga, aku melihat isteri Abu Talhah. Kemudian aku mendengar hentakan orang berjalan, ternyata beliau adalah Bilal.
(HR Muslim: 4495)

Sekilas Tentang Dia:

1.Nama sebenarnya ialah Ghumaisa’ Bintu Milhan
2.Ibu kepada Anas Bin Malik (ra)
3.Berumur 40 tahun ketika Islam mula menyinari bumi
4.Memeluk Islam ketika dakwah Mus’ab Bin Umair di Madinah
5.Berkahwin dengan Abu Talhah selepas kematian suaminya yang pertama

Yang Menjadikannya Istimewa:

Selepas keislamannya, suaminya Malik Bin Nadhr memujuknya supaya kembali kepada agama asal namun beliau tetap dengan pendiriannya dan akhirnya suaminya meninggalkannya dan menuju ke Syam, dan tidak lama selepas itu suaminya mati dalam kesyirikan.

Selepas kematian suaminya itu, Abu Talhah yang ketika itu belum memeluk Islam datang membawa emas dan perak untuk meminangnya.

Lantas beliau berkata, “Aku tidak berhajat kepada dua benda ini, akan tetapi maharku adalah Islam, sekiranya engkau terima maka aku tidak berhajat kepada perkara yang lain”.

Abu Talhah kemudian keluar dan kembali sebagai seorang Muslim, maka beliau pun mengahwininya. Berkata seorang wanita Ansar, “Tidak pernah kami mendengar hingga kini seorang yang lebih mulia maharnya dari Ummu Sulaim yamg mana maharnya adalah Islam”.

Hasil perkahwinannya dengan Abu Talhah, beliau di kurniakan seorang anak bernama Abu Umair.

Suatu hari, ketika suaminya keluar bermusafir, anaknya telah ditimpa sakit yang akhirnya membawa kepada ajalnya. Ummu Sulaim telah memandikan dan mengkafankannya.

Selepas itu beliau berkata kepada ahli keluarganya, “Biarlah aku yang mengkhabarkan berita tentang kematian anakku ini kepada suamiku”.

Sekembalinya Abu Talhah dari bermusafir, dia bertanyakan khabar anaknya itu. Ummu Sulaim dengan tenang menjawab, “Anak kita berada dalam keadaan aman”.

Apabila menjelang malam, berkata Ummu Sulaim,
“Wahai suamiku, andaikata seseorang itu diberi pinjam sesuatu barang, kemudian empunya barang itu minta dikembalikan barangnya, patutkah dia tidak mengembalikannya?”

Jawabnya: “Tidak”.

Kemudian Ummu Sulaim berkata, “Sesungguhnnya Allah telah mengambil semula apa yang dikurniakan kepada kita, anak kita telah pun diambilnya kembali”.

Pilu hati Abu Talhah mendengar kata-kata isterinya itu, namun dia redha dengan takdir Allah.

Subuhnya, Abu Talhah pergi menemui Rasulullah (saw) dan menceritakan peristiwa yang berlaku itu. Kemudian Rasulullah (saw) berdoa semoga Allah menggantikannya dengan yang lebih baik. Tidak lama selepas itu, Ummu Sulaim telah dikurniakan 10 orang anak yang mana kesemuanya dikalangan ulama yang terpilih.

Lihatlah betapa tabahnya hati seorang ibu dalam menghadapi detik-detik kematian anaknya dan betapa bijaknya dalam menyampaikan khabar duka itu dengan menggunakan uslub yang menarik.

Begitu juga dengan kekentalan imannya sehingga sanggup berpisah dengan suami yang dicintainya dan menukarkan emas dan perak dengan Islam sebagai maharnya.

Semoga kita dapat mencontohi pekerti Ummu Sulaim yang mulia ini, dan moga Allah mengurniakan kepada kita semua ketabahan iman dalam menempuhi liku-liku hidup ini. Allahumma Ameen.

Tuesday 2 August 2016

:Damailah Panglima Itu:

  Setiap yang bernyawa itu pasti akan pergi, tak kira tua ataupun Muda,mahupun ianya seorang anak kecil yang tidak mengenal lagi kehidupan dunia.



  Dua bulan, mungkin masa itu singkat bagi sesetengah orang, mungkin masa itu lama bagi sesetengah orang. Dan itulah yang dikurniakan Allah buat saya dan Isteri.

  Kebahagiaan yang diberikan menyambut Ramadhan Al-Mubarak dengan seorang Cahaya Mata,diraikan Aidil Mubarak bersama dan berakhir dengan kembalinya kepada Yang Esa dan Maha Pemilik segala sesuatu.

  Terkelu lidah,terdiam bicara, terkaku jasad disaat melihat keadaan si anak. Keras kaku kesejukaan. Aku memeluknya dengan penuh erat.m Si Ibu menangis tanpa bicara. Tapi kesedihan itu tidak membawa makna apa. Hanya Senyuman indah buat diriku disaat ku teringat kata Si Ibu " Kita sayangkan manusia,janganlah sayang yang teramat. Sayanglah kerana Allah kerana manusia itu akan pergi buat selamanya".

  Jam 6 pagi bergegas aku dan beberapa rakan ke Hospital untuk mendapatkan pengesahan doktor.

"Anak awak sudah meniggal 6 jam yang lalu kerna masalah penafasan" Doktor muhammad

  Terkejut aku saat terakhir jam 1 pagi Mesir aku dan Istri tersenyum melihat Si dia tidur dengan lenannya selepas disendawakan kekenyangan minum susu ibunya.

Alhamdulillah Allah mudahkan pengurusan Jenazah. Muhammad Umar Al-Fateh bin Syafiq akmal Bin Omar selamat dikebumikan di Kafr Isom Tanta.


Jazakumullah khairan jazak atas Doa kalian, Semoga Allah menganugerahkan Kami ketabahan dan kekuatan.

Thanks alot For Support....

Abah,Abi,
Mak,Ummi.
Adik beradik saya
Adik beradik ISteri saya.

Kami memohon maaf atas ketidak sempatan menemukan kalian Dengan Muhammad Umar Al-Fateh. Semoga kita berjumpa di sana dan bersama dengannya Di sana.

Ameen YA RAbb.

"Damailah dia Sebagai Panglima Pintu Syurga"

23/5/2016
-
2/8/2016