Sunday 11 November 2012

-Perangkap Cinta-


  
   Hassan merupakan seorang pelajar dalam bidang Perubatan di Sebuah Universiti di India. Beliau juga seorang hafiz malah Muhafiz ilmu Al-Quran. Selain itu, beliau juga seorang yang fakeh dan banyak mendalami ilmu deen ketika cuti smester dan hari-hari minggu disana malah sebelum hadirnya dirinya dibumi India,beliau juga banyak menghabiskan masanya dengan mencari kelas-kelas kefahaman ilmu islam. Di India, beliau juga seorang fasih dalam berbahasa English,dan juga India.  Kehidupan sebagai seorang pelajar dan juga sebagai orang yang sering dipuji oleh Para Pensyarah. Begitu juga menjadi tarikan pelajar-pelajar lain walaupun rupanya tidaklah sehensem Shah Rukh Khan,Salman Khan,Sami Yusuf, Aeron  Aziz dan mana-mana lelaki yang menjadi tarikan para Wanita dan beliau juga seorang yang berbadan besar(tidak Berketul-ketul). Yang pasti setiap kali baju yang dipakainya, tiada satu butang pun yang tertinggal tidak kiralah samada baju Kemeja,T-shirt dan sebagainya. Kehidupan sehariannya selain berada di kuliah, sembahyang malam adalah sesuatu yang wajib bagi dirinya, Solah 5 Waktu, Bacaan Al-Quran serta menghayatinya begitu juga dengan hadith-hadith. Buku-buku Agama merupakan buku yang wajib untuk dibacanya sebagai pengisi hati.

Saturday 3 November 2012

~ Siapa dia ?? ISlam Yang Utama!!~

  Suatu hari ketika Ahmad, berjalan menuju ke Kuliah. Dengan izin Allah dia berjumpa dengan seorang sahabat yang cukup baik akhlaknya,cukup tawaduk dan sebagainya. Ahmad mula tertarik dengan perwatakan sahabat tersebut. Lalu bersalaman dan berta'aruflah mereka berdua. Sepanjang Perjalanan, untuk ke kuliah mereka bersembang sambil berta'aruf. Nama sahabatnya Amir, Tinggal di sekitar Madinah Nasr jua. Setiap hari mereka akan berjumpa dan terus bersembang, Amir seorang yang sangat suka menceritakan tentang dakwah dan banyak menceritakan tentang Islam dan Juga IM.

Friday 2 November 2012

-Botol yang sudah KOsong Akhirnya Terisi Jua-




    "Ambillah Islam secara Menyeluruh bukan sekada Juz'iyat sahaja. Islam Itu syamil kamil watukamil....."
Itulah antara kata-Kata Murabbiku....

  Hampir Sebulan lebih aku tidak Terisi dengan semua ini.... Sememangnya benar. Apabila hati yang sudah lama tidak terisi, maka jiwa kita akan menjadi futur. akan menjadi lemah. Maka kita akan rebah dan perlukan tali-tali yang kuat untuk dicapai dan terus bangun dan teruskan cita-cita utama kita yakni Kebangkitan Islam.......
  Ibarat sebuah botol yang Penuh.. Apabila ianya diminum maka ia akan habis maka terus tidak berguna lagi, sekiranya ianya terisi semula maka akan dimanfaatkan... Begitulah jiwa kita, sekiranya sudah lama tidak dikuatkan dengan majlis Ilmu, Majlis yang sering memperingati diri kita..... Sistem Dakwah juga telah mengajar kita untuk membetulkan diri kita, Barulah sampaikan... Namun tetapi, janganlah disebabkan diri yang kurang soleh,takut risau dan segala sesuatu wujud didalam diri untuk menjadi benteng kepada kita untuk menjadi seorang yang menyampaikan sesuatu.. Itulah salah satu untuk meningkatkan jiwa kita... Namun ianya masih tidak cukup kerna kita ibarat air yang keluar sahaja dari sebuah botol maka isikanlah dengan segala sesuatu untuk memnuhkannya semula...

     "Benar,Hati yang futur(gelap) menyebabkan segala sesuatu akan terhalang malah Subuh pun akan kita sering lewat" KAta seorang sahabatku.

  Pusssh.....
Ibarat satu penangan yang terkena pada diri ku, Sungguh lemah diriku. Teringat satu kata-kata " Pemuda yang segak,hebat adalah lelaki yang berjaya solah subuh berjemaah"

   Ramai Pemuda terutamanya, sering Lemah untuk bersegera dalam subuhnya.. Bagaimana untuk nampak kejayaan islam yang sebenar?? Muhasabah buat penulis. Menguatkan diri......

.......................................................................................................


Monday 15 October 2012

-Sebulan Sudah Berlalu-

Hushh.....
"Penat!!!
Hampir 5 Bulan aku tak jogging dan Exercise, itu sebab semakin berisi. Nie Baru sikit tu pun dah penat macam lari 10Km.... Alhamdulillah, bagaimanapun Hari Ini bertarikh 15/9 maka genap sebulan lah aku berada di Bumi Mesir dan setelah sebulan barulah kelass dibuka........ Target aku memang banyak, namun semuanya boleh sahaja dibuat tetapi haruslah bermujahadah dengan kuat, sebb dunia Universiti ini bukanlah seperti sekolah... Ada orang kejutkan, begitu juga berada di sisi  keluarga... Dah  sebulan lebih berpisah dengan Family. Rindu itu sememangnya rindu, tetapi orang disana juga rindu lebih(adik Bongsu)..Hmm... sebelum start Kelas, teringin juga kemaskan blog yang berdebu ini.....Agar dipenuhi dengan Berlian,Permata dan Juga kaca-kaca yang pedih... Huhu, ada juga kacanya...

Friday 12 October 2012

BernilaiNya Mereka...


Mereka Cantik,
Mereka Bidadari,
Mereka Ibarat Perhiasan,
Mereka Jua Penghilang Duka,
Mereka Adalah sesuatu yang Amat Bernilai,

Wednesday 3 October 2012

~Cukuplah Dia Buat Diriku~


   Hari semakin gelap, aku masih berada di sekitar jalanan lagi.Hujan mulai turun, semakin lama semakin lebat. Destinasi sebelum Pulang ke rumah adalah Rumah Allah utnuk ku menunaikan solah Maghrib.  Setibanya di Masjid, bajuku agak sedikit basah atas sebab tempias rahmat Allah yang diberikan kepada manusia. Selesai solah Maghrib, Doaku banyak memperbanyakkan agar aku berjaya di dunia demi mengejar Akhirat. Dan kuselitkan jua doa untuk wujudnya pelengkap diriku sebagai seorang lelaki dan wujudnya ribuan kebaikan dalam diri bakal pelengkap diriku. Kadang-kadang aku sering takut dan risau sekiranya diriku ditimpa ujian nafsuku. Maka doalah  yang sering diiringi......

Thursday 27 September 2012

~Bumi Para Anbiya'~

   Hari ini sudah mencecah hampir 2 minggu berada di Bumi mesir....
    Banyak juga perkara yang dipelajari. Dan hari merupakan hari Jaulan Bagi Minggu Tautan Ukhwah yang dianjurkan oleh Keluarga Pelajar-Pelajar Perlis. KPP..... Perjalanan kami dimulakan dengan Melihat dan mengenali Sejarah dan melihat sendiri Masjid Al-Azhar.Alhamdulillah, tak sia-sialah semua yang dipelajari dalam buku teks STAM dan sudah lama mengidamkan untuk menjejakkan kaki di Bumi Para 'Anbiya'.... terutamanya MasjidilAzhar ini... Kini sudah berada dan mengenali Makanulilmu/'Ardhulilm... (Bumi Ilmu)...

Friday 21 September 2012

~Firaun,Bangsawan,Ulama'~


   Assalamu'alaikum W.B.t..

Alhamdulillah... saat ini saya ingin berbicara suatu perkara yang anda perlu ambil tahu tentangnya...
Wajib....
Kenalkah kalian dengan Firaun??
Kenalkah kalian dengan Raja-raja dan sultan..
Pasti anda kenal...
Dan Anda pasti kenal seorang penulis yang cukup masyhur dan salah satu kitabnya Yang bertajuk
 " : Fathul Baari Syarh Shahih Bukhari"......

Thursday 20 September 2012

~Warkah Buat Malaysia~



         Assalamu'alaikum semua warga Malaysia,
Alhamdulillah, Pada 14,September 2012(Jumaat,)Jam 2 Petang(9 mlm,<M'sia> berpijaknya kaki saya di Bumi Mesir Ini. dan Alhamdulillah,saya dan rakan-rakan disambut oleh UrusSetiaMahasiswaBaru(USMB) daripada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Kami disambut dan dibawa ke Rumah Perlis yang berdekatan Madinah Nasr..(Nasr City)

Tuesday 18 September 2012

~Ibarat Kera Dapat Bunga~

Apa kaitan dengan Beruk........


Ha!! Cita Apa  pasai Kera nie???
Jom Kita Baca skit....
...............................

Saturday 15 September 2012

~Al-Quran wanita Al-Burhan~

Al-Quran Wanita Kembali Menyinari Kaum Hawa.....
Mereka Tidak dipinggirkan...
MAlah diwujudkan Al-Quran Khas Untuk Mereka.....
Jom Membeli sambil Berinfaq Kepada Yang Memerlukan........


Al-Quran Wanita Al-Burhan.....
HAnya Untuk Wanita....
Lelaki Pun Boleh beli......
Jadikan Ia sebagai Hadiah Buat Isteri Yang Tercinta.......


Jom Tengok Kelebihannya.....





Keunggulan Mushaf Al Burhan Edisi Wanita :
-Al Quran dan terjemah 30 Juz lengkap.
-744 muka surat berwarna dengan frame bunga.
-Khat naskah rasm utsmani.
-Al Quran quantum wanita.
-Carta tentang ibadah rawatib wanita.
-Carta tentang ibadah nafilah wanita.
-Carta tentang wanita yg haram dinikahi
-Indeks ayat-ayat tentang wanita dalam Al-Quran.
-40 Hadits tentang wanita (Arba'in Nisaaiyyah) .
-Fiqih ibadah wanita.
-Agenda Muslimah khatam Al quran.
-Gelar wanita dalam Islam.
-Tips kecantikan mengikut sunnah Rasullulah.
-20 Sejarah wanita yang disebut dalam Al Quran.
-Kisah tentang wanita pertama dan utama dalam lintasan sejarah Islam seperti Siti Khadijah r.a., Siti Aishah r.a., Ummu Salamah, dan ramai lagi..


Quran Tajwid
RM 70 
incl postage to All Malaysia Region.AVAILABLE: PINK, PURPLE, RED, DARK BROWN.

Quran Non Tajwid 
RM 65 incl postage to All Malaysia Region.
AVAILABLE: PURPLE




Pembayaran Boleh Dilakukan di Bank Islam Malaysia Berhad:

SHAFIQ AKMAL BIN OMAR
09010025113631


Sekiranya anda berminat....
Boleh Pm Saya Di Fb saya.... Atau emailkan ke generasiunik@gmail.com..
Sila sertakan Nama Penuh,Alamat serta dokumen Pengesahan Pembayaran.....

Monday 10 September 2012

~Aku Masih Lemah~

 


    Angin sentiasa bertiup tanpa henti, Udara yang dihirup bersertakan Oksigen itu senantiasa diberikan tanpa putus, Rezki yang dihantar kian bertambah ,malah lebih dari cukup untuk kegunaan ku selama 2 Tahun, Kemudahan Yang diberikan dalam setiap arena dan Masa membuatku semakin mudah dalam pengurusan. Namun ujian itu, pasti ada untuk membuatku ingatkan pada yang Esa, Alhamdulillah.....
Bersyukur sangat diberikan Peluang untuk teruskan Hidup walaupun asalnya ada kesempitan Allah luaskan.. Ada Kesakitan Allah sihatkan.....

Thursday 6 September 2012

~Alhamdulillah Terima Kasih Allah~

   Alhamdulillah.... Alhamdulillah...... Alhamdulillah
Innalhamdalillah, nahmaduhuwanasta'inuhu wanastaghfiruh wa'atubu'ilaih.......
Asyhadu'alla ilah ha'illah waasy'adu;an namuhammadan 'abduhu warasuluh...
'amBa'd.... Nasykurullah hil 'azim li kullu ni'mah.....
Bersyukur Kehadrat Ilahi atas Segala Nikmat Yang diberikan kepada Kita Semua... Atas Rahmat yang diberikan tanpa kita sedari.... Dengan segala Rezki yang disampaikan dengan 1001 cara... dan Nikmat Allah S.W.T yang terhitung di dunia ini seharusnya kita syukuri walaupun segalanya adalah sementara dan setiap Amalan yang kita lakukan didunia Hanya semata2 untuk Akhirat maka Ia adalah amalan yang sentiasa Dihitung Oleh Allah S.W.T......

Friday 24 August 2012

~Alhamdulillah~

 Alhamdulillah....... Alhamdulillah..... AlhamdulillAH......
Bersyukur sangat2, masih berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar walaupun bersyarat... Ini baru Peluang....  Belum Berlepas Lagi...

   Kelmarin petang ketika dalam perjalanan pulang dari Hospital selepas menziarahi adik Di ICU kerana asthma.. Dah masuk 6 hari adik berada di ICU... Hmm semoga Allah menyembuhkannya....
Kembali cerita tadi.....

Tuesday 14 August 2012

Kesedihan Ramadhan,Kegembiraan Syawal

 Selalu kita dengar waktu zaman kanak-kanak dulu.. "Tak posa tak boleh raya tau!!!"... ya kata2 itu sebenarnya kata2 pendidikan bagi kanak-kanak...

Saturday 4 August 2012

~Al-Quran Wanita Al-Burhan(Promosi Ramadhan)


"AL-QURAN WANITA AL-BURHAN"

PROMOSI RAMADHAN!!!!

RAMADHAN BERBAKI HANYA BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI JANGAN LEPASKAN PELUANG INI....
pages kami di facebook:  https://www.facebook.com/3bisnes

Wednesday 11 July 2012

~Target: Meraih Taqwa~

  Alhamdulillah Kita dapat lagi hidup dan menghidu lagi udara segar. Dan secara tidak sedar kita sudah menghampiri sebuah madrasah yang bakal mendidik kita menjadi seorang insan yang mulia serta bakal membentuk kita menjadi seorang insan yang syamil, kamil dan mutakamil. Dulu ketika berada di bulan rejab sering kita doakan sebegini:

Saturday 30 June 2012

~Kesusahan itu Pasti Ada Hikmahnya~


    Kehidupan itu tidak semestinya bermula dan berakhir dengan perkara indah sahaja. Namun , segalanya sudah ditentukan oleh Allah dan kita hanya mampu berusaha dan setiap usaha kita pasti disertakan bantuan daripada Allah S.W.T. kehidupan itu kadang kala  berlakunya sesuatu yang tidk dapat diduga dan berlaku secara tiba dan kita terpaksa mengikut jalannya sahaja.

Thursday 21 June 2012

~Suka Dan Duka Imtihan Qobul~


Masjid syed Putra Kangar, 7.30 Pagi


Kereta Proton Exora Putih (KCT 6116) menyusul perlahan di hadapan Masjid tersebut.Aku masih menanti ketibaan sahabat ku untuk menjemputku. kereta tersebut masih ku was-was kerna dah terkena dah dengan kereta lain sebelum kereta tersebut. Cermin kereta tersebut dibuka dan aku merasakn aku sedang diperhatikan .. Lalu aku menjenguk kereta tersebut. Alhamdulillah, rupanya sahabatku sudah sampai dan aku terus meluru ke kereta tersebut. Ku sangka semua sudah ada tetapi hanya sahabatku seorang sahaja Solehin Syuib. Ku berjabat salam dan terus bergerak untuk mengambil sahabat2 lain di lain tempat. Kami terpaksa bersinggah2 untuk mengambil sahabat2 lain sehinggalah perhentian Terakhir untuk mengambil sahabat yang terakhir.

Sunday 17 June 2012

-Aku Hebat!!!-

Aku Hebat!!  sebab:
Walaupun bertubuh sasa
"Aku Kaya, Pergi Engkau,menyusahkan je"
Wang Yang BAnyak kalau dugunakan Pada jalan yang salah maka ianya tidak bermakna buat seseorang itu
"Aku kuat,hebat,, siapa Engkau Ingin Mengganggu ku"
Kuat Seperti Superman Sekali Pun!!
"Aku Ketua Pendekar Silat/Guru Taekwando/Judo/Martial Art, Engkau nie sapa??
Nak Usik Aku"
Gambar Hiasan

" Aku Bijak/Cerdik Pandai,, engkau siapa? nak Tegur Aku"

Saturday 16 June 2012

-Dia Berjaya, saya Nak Juga-

  Man Jadda wajada , wa man zar'a hasoda
 (من جد و جدا ومن زرع حصدا)

    Kalimah ini sering kali kita dengarkannya, namun adakah semua orang lakukannya. Setiap manusia pasti mempunyai satu sifat yang dimana mereka inginkan sesuatu kejayaan yang telah dicapai oleh seseorang. begitu dengan diri hamba yang hina ini. Perasaan dengki selalu wujud apabila melihat mereka yang berjay, tidak kiralah ia seseorang rakan sekelas,rakan yang baru berjumpa dan juga orang yang kita tidk pernah mengenali diri mereka. Hakikat seorang muslim itu berkjaya diduni dan juga diakhirat kelak, Sepertimana  Allah telah menjanjikanuntuk menjadikan manusia didunia sebagai seorang khalifah. dan bukanlahmelakukan bencana dan kerosakan Adakah kita ingin menjadi seorang khalifah yang tidak berjaya dan menjatuhkan sesebuah kerajaan dan  juga menjatuhkan deen Allah..

Wednesday 6 June 2012

-Jangan sesekali Engkau Mengetuknya!!-


Apabila ianya Terbuka maka sukarlah untuk keluar

   Nama aku Kamal,aku dilahirkan dan menetap di Kluang, Johor.  Umurku sudah mencecah 22 tahun dan kini aku masih meneruskan pengjian dalam  bidang deeniah. Cukup setakat itu, Sebenarnya aku ingin berkongsi pengalaman hidupku selama 6 +6 =12 tahun aku berada dunia persekolahan dan sebelum aku mencecah Umur 22 tahun….

Wednesday 23 May 2012

Jaga Tepi Kain


Manusia!!!
Setiap insan yang bernama manusia itu pasti melakukan kesalahan dan kesilapan. Dan kemungkinan kesilapan dan kesalahanya itu akan berulang tanpa disedari seperti ianya berlaku seperti khayalan padahal ianya hakikat yang berlaku….
Dan apabila seseorang melakukan kesalahan itu ditegur maka orang pun berkata “ala, biasalah manusia bukannya PERFECT, mestilah melakukan kesalahan…..”

Saturday 19 May 2012

Rezki Allah


    Alhamdulillah,setelah lama sibuk membuat pemohonan ke Universiti Al-azhar. Akhirnya, dengan izin Allah segalanya sudah selesai. Banyak juga kos untuk buat pemohonan ini,tetapi denganlimpah kurnia Allah. Rezeki itu adalah milik Allah, jadi Allah sajalah yg mnentukan wktu aku untuk mendapat rezeki tersebut. Dalam masa 2 bulan lebih, aku dapat membayar hutang serta dapat membayar semua kos pemohonan yang hampir mencecah RM 1000.

Friday 6 April 2012

-Hulurkan Bantuan, RIngankan beban-

Sejak kebelakangan nie saya saya sibuk menguruskan pemohonan...


Ketika awal hendak mencari borang...  boleh pulah tersilap ambil borang tahun 2010.....
  Aduh!!! Allah hu rabbi.....

Dah 2 hari baru dapat borang pemohonan Ke Universiti Al-Azhar, Mesir......
Setelah selesai mengisi kecuali seikit berbaki di ruangan Bahasa arab kerana masihkurang memahaminya... dalam masa yang sama saya uga menerima 2 lagi link yang berkaitan dengan Permohonan ini. Link berkaitan borang yayasan sofa... Ianya mengenai tarikh menduduki Peperiksaan di malaysia....

 Setelah semuanya diPrint keluar... Saya terus mengisi tanpa membaca maklumat lain......
Pada mulanya saya risau akan peperiksaan ini menjejaskan saya untuk ke sana.... Namun saya dinasihati, diberi sedikit pendapat daripada seorang pelajar yang sedang belajar di Mesir....Bahawa Peperiksaan tersebut tidaklah terlalu susah untuk lulus... Hati mengucapkan Alhamdulillah sebagai tanda syukur kepada sang Pemberi...... Namun, setelah semuanya selesi diisi, saya mula membacadan menghitung Kos keseluruhan Permohonan serta Kos Menduduki peperiksaan(imtihan Qobul) sebelum meneruskan perjalanan ke Menjejaki bumi Para Anbiya;


SENARAI KOS PERMOHONAN SAHAJA

Passport : Rm300.00(5 Tahun)
Cabutan Sijil Lahir : Rm5.00
Terjemahan sijil Lahir :Rm50.00
Bank Draf :  Yayasan Sofa(Imtihan Qobul)  : USD120 =Rm380.00
                    University Al-Azhar                : USD65   = RM204.00
Kos Lain2  : RM30.00

*RM300.00 +Rm 5.00+RM 50.00 + RM 380.00 + Rm204.00 + Rm 30.00 = RM969.00


Setakat nie baru selesai Passport dan cabutan sijil lahir, terjemah belum danyang lain2 masih belum kerana masih kekurangan Wang....
Ini baru Pemohonan bukannya Kos Yuran Pengajian di Al- Azhar....
 Akhir bicara, saya inginkan sumbangan Ikhlas daripada sahabat2 dan sesiapa sahaja yang sudi menhulurkan kepada saya bagi meringankan beban. saya sertakan

 No. Akaun BIMB saya 09010025113631, 

SYAFIQ AKMAL BIN OMAR

 Sumbangan Ikhlas Anda saya amat hargai. Untuk pengetahuan anda semua tarikh akhir Pemohonan Tersebut 1 Jun 2012.

(Zakat dan Baitulmal hanya selepas menerima surat tawaran)



  

Saturday 31 March 2012

Memerlukan

      Sungguh singkat rasanya masa yang berlalu, dulu sewaktu aku masih Di bangku sekolah rendah aku merasakan untuk mencapai umur 20 Tahun itu cukup lama bagiku. Sewaktu itu juga aku merasakan mengapa masa itu sangat lambat berputar setiap perkara pasti aku perhatikan masa agar ianya berputar dengan lebih cepat. Terutamanya ketika hendak membaca buku, mengulangkaji, membuat latihan dan yang kerap sangat aku perhatikan jam ketika bulan Ramadhan..... Itulah hakikat seorang kanak2, tetapi ianya melekat sehingga aku sudah memasuki peringkat menengah....
      Namun semua itu sudah berlalu meninggalkanku sehinggakan aku berkata, alangkah indahnya, alangkah baiknya masa itu boleh berpatah balik dan aku kembali ke zaman Sekolah untuk aku belajar dengan lebih tekun lagi.... Dan aku banyak pertingkatkan Hafazan serta apa saja untuk diri ku.... Kadang zaman kebudak-budakkan itu muncul sampai inginkan pintu ajaib doraemon untuk kembali kezaman silam untuk perbaiaki 1001 kesilapan yang lalu...
    Tetapi semua itu hanyalah imaginasi semata2 tiada siapa yang mampu untuk berpatah balik untuk memperbaiki kesilapan yang lalu.Dan mulai sekarang aku hanyalah perlu untuk memperbaiki dari sekarang dan dan pertingkatkan segala2nya.
   Sekarang aku dah mulai sedar dan banyak kesilapan dan Aku bertekad untuk meneruskan Pelajaran dengan mengubah segalanya serta memperkukuhkan HDA.......


Nak Memohon ke mesir(Universiti Al-Azhar) tapi kewangan masih belum cukup........
Ya Allah bantulah Hamba Mu ini...........
Banyak sangat yang diperlukan untuk ke sana...
Passport nak kena buat,...
cabutan sijil Lahir n terjemahan...
nak kena buat Draf Duit....
N bila Dah dapat nnti duit tiket lagi....
Ya Allah...
Bantulah aku dan permudahkan Urusan Hamba Mu ini dalam Urusan Baik ini...
Bagi sesiapa yang sudi membantu.........

COntact saya Di 0134517011

Friday 23 March 2012

Kualiti bukan Kuantiti...

 
             Hari sudah mulai petang, para pelajar sudah mulai pulang, termenung saya keseorang di Sekolah ini. Lalu otakku mula mengimbau suatu perkara yang telah berlaku lebih kurang 4bulan yang lalu. Sebenarnya saya ini sering mengadakan Program untuk pelajar sekolah menengah dan juga sekolah rendah apabila cuti sekolah  bermula. Pada hujung tahun yang lalu, saya mengikuti sebuah NGO yang mengadakan sebuah kem untuk pelajar sekolah menengah sekitar negeri Perlis dan saya ditugaskan sebagai urusetia dan juga membantu segala urusan yang diperlukan.Saya juga diminta untuk menjadi penasihat kepada Kem Komandan kerana Kem Komandan kali ini merupakan orang yang masih baru berkecimpung sebagai seorang K.Kom. Itulah Tugas ku selama 3H2M di Sebuah tempat Rekreasi di Perlis.

Thursday 22 March 2012

Anda Lebih Memahami...


Allah hughayatuna.......Ar-Rasul Qudwatuna ............................ Al-Quran Dusturuna

Himpunan Soalan daripadaTun Mahathir,,
Dan Jawapan daripadaAkhi Hilal Asyraf,

Saturday 17 March 2012

Coretan seorang Guru praktikal


Minggu Pertama
Hari pertama kami mendapat tempat di Pejabat.Selain itu ketika perhimpunan hari pertama persekolahan, kami dijemput untuk menyampaikan sedikit peanyampaian dan mengenalkan diri kami kepada pelajar. Itulah yang dikatakan “Tak kenal maka tak cinta”. Kami diberi peluang rehat atau bersiap diri sebelum memulakan kelas mengajar di sekolah. Pada hari ketiga dalam minggu ini , kami  dijemput untuk menghadiri mesyuarat bersama Guru pembimbing dan juga Guru Besar SrikG. Pada masa yang masa, kami diserahkan jadual pengajaran harian dan pada keesokan hari dan seterusnya kami digalaskan Tanggungjawab sebagai tenaga pengajar.Walaupu jadual tidak penuh boleh dikatakan sehari hanya 1 kelas

Wednesday 14 March 2012

Coretan Seorang Manusia

  
Nama diberi Zakaria. Sekarang aku merupakan seorang Pengajar di sebuah sekolah Agama Di kuala Lumpur. Pelajar memanggil ku sebagai Ustaz.Dan aku Berasal dari keluarga yang sederhana dan  hidup yang sangat biasa. hasrat untuk berubah kerna dunia itu sentiasa ada dari sejak zaman persekolahan lagi.Namun aku tak pernah terfikir sedikit pun untuk melakukan perubahan untuk menjadi orang yang baik ataupun mempunyai  akhlak.

Selama Bersamanya...


 
Kelab Remaja Haluan Perlis (KeArah)...
itulah NGO yang aku pernah sertai.... ketika itu usiaku 15 tahun....
Pertama kali aku mengikut kem di Pulau Pinang...\
Walaupun dulu ketika zaman kanak2 hingusan kerap kali aku join dengan program mereka Dengan mak Long Natrah.....

Wednesday 7 March 2012

BErita BAik Untuk Pelanggan Topup

Berita Baik!!!!!
Kepada Sesiapa sahaja yang berminat untuk menjual topup sambi menambah income Anda.......Mulai Hari ini sehingga 12/3/2012.... Merupakan Tarikh keramat bagi Dealer anda....
Pakej seperti Biasa cuma Anda diberi Potongan yang bersesuaian dengan Pakej tersebut.....

Tuesday 6 March 2012

Masa itu amat singkat

Masa!!!
Semua orang mesti tahu apa itu masa....
Dimana ia hanya akan datang dan akan Pergi....
Yang Pasti....
ianya tidak akan sesekali berpatah balik walaupun sesaat dan ia akan ditinggalkan menjadi Pengalaman yang beharga(Tu pun kAlau menghargainya)......

Pengalaman dan Pengajaran

Hidup siapa yang tidak punya pengalaman hidup??
Pasti semuanya ada kerana semua manusia pasti akan melalui Proses kehidupan dari kecil sehingga besar..
dan setiap saat yang berlalu dan setiap perkara berlaku akan dikenang, akan diingati pada suatu hari nanti....
Yakinlah bahawa setiap pengalaman itu mengajar kita erti kehidupan...
Dan semua itu merupakan susunan Allah S.w.t...

Pengalaman itu kan mengajar setiap salah silap seseorang itu... Hanya orang yang beriman dan suka mngambil iktibar sahaja akan merasakannya..

Pengalaman!!!
Sekiranya tak mengenangnya...
Dan tidak menjadikannya sebagai pengajar/guru
Pasti silap kita yang lalu...
Akan berulang lagi.....

Sunday 4 March 2012

Yakin Itu Perlu!!!

Keyakinan dan Percaya itu amat perlu sebenarnya.....
Percayalaha dan yakinlah dengan apa jua perkara pun tetapi saya nak mengajak hati saya dan semua pembaca......... Sentiasa meletakkan keyakinan kepada Allah dalam apa jua perkara sekali pun.
Walau nak mendapat sesuatu didunia sekalipunperlulah meletakkan kepercayaa dan keyakinan kepada Allah...

Saturday 3 March 2012

JUSt 4 Name


Jam menunjukkan 3.30,
bersama sahabat membeli seluar dan selipar di kedai...
ketika aku menunggu sahabat mencuba seluar yang dipilihnya.... ku terdengar satu perbualan diantara seorang pelanggan dengan pekerja  kedai tersebut (dua2 perempuan)... Perbualan tersebut sebegini....:
PKRJ : surat apa yg hg nak  faks nie??
PLGGN: surat jpa....
tetiba tokei kedai yg berada di situ juga kenal dengan pelanggan tersebut.... berkata: u dapat JPA ka??? nie suarat apa??? masalah peribadi??? masalah apa??
PLGGN: aku 'pregnant'!!!
sewaktu ini aku hanya sekadar mendengar sahaja lah... seperti tiada apa2 yang berlaku..
PKRJ: hang pregnant ka????
Tokei: eh!! u belum kahwin u boleh pregnant ka!!!  xelok o.... mcm tu...2x
perempuan yang pregnant tersebut ketawa kecil..

Berita Baik Untuk Adik2

MENGAJI BIAR PANDAI, HIDUP BIAR BERBUDI...JOM PI RIMBA!
11-12 MAC 2012 (AHAD & ISNIN)
TEMPAT: KEM 1 (SEK.REN) 10-12 THN: SEMARAK RESORT, BATU PAHAT, PERLIS
KEM 2 (SEK.MEN) 13-17 THN: EAGLE PARK, BUKIT AYER, BATU PAHAT, PERLIS
YURAN: RM45.00
DAFTAR SEBELUM 6 MAC 2012 KEPADA 012-5126546 (LIE)/ 013-4342562 (AIN) 


JADUAL PROGRAM: PLEASE SKROL KE BAWAH



JADUAL PROGRAM:

Nak berjinak Dgn Blog Pulak....

Fitrah manusia....
Apabila seseorang itu memiliki sesuatu pasti ada saja yang iri hati.....
tidak kiralah Apa jua perkara sekalipun... Begitu juga diri ini yang ingin mula berjinak dengan Blog ini....
Walaupun tidak hebat dalam penulisan... InsyAllah, setiap usaha pasti berjaya.... dan Orang kata nak jadi Blogger nie perlu ada internet... dah hampir 3bulan dah buat blog nieh.... tp masih belum berkesempatan untuk menulis atas meletakkan sebarang rencana... penulisan dan sebagainya... Alhamdulillah dengan akal yang Allah beri aku cuba menggunakan kelebihan yang ada untuk berdakwah dan juga berbisnes walaupun kecil-kecilan.....
Selagi nyawa dikujur badan... selagi Nafas/oksigen dianugerahkan untuk meneruskan sisa2 kehidupan sebagai hamba yang sering berdosa ini untuk menceri bekalan jua di akhirat kelak.......

Friday 2 March 2012

Indahnya ciptaan Allah dengan Ayatnya



Keindahan dunia itu dimana sahaja ada, Allah telah memberikan kepada kita dengan cukup sempurna, cukup hebat dan semuanya Allah telah sebutkan dalam Al-quran. sudah terbukti dalam surah Arrum.


Setulus Kasih Seseorang Yang bernama MUhammad



Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap, Rasulullah s.a.w. dengan suara terbatas memberikan kutbah.
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Indahnya Menutup Aurat


biarlah sebegini...
Sejauh manakah pekanya wanita-wanita Islam dalam berpakaian? Satu topik yang seringkali menimbulkan ketidak-selesaan di kalangan kaum Hawa. Maklumlah, ianya melibatkan sesuatu yang menutupi tubuh mereka, melindungi kemaluan dan setiap bahagian sulit di tubuh mereka. Namun peredaran masa membuatkan wanita-wanita zaman kini seakan lupa di mana aurat mereka sebenarnya.

JOM Cari Rezeki....

SELAMAT DATANG KE Topup ada Income™
Assalamualaikum & salam SATU MALAYSIA…Selamat datang ke Topup ada Income™ – pendapatan sampingan dengan jual topup prepaid. Di Topup ada Income™ ,anda boleh mendapatkan harga prepaid yang berpatutan dan tidak perlu bersusah payah pergi ke kedai top-up......Sekiranya anda berminat untuk meniaga topup secara kecil-kecilan atau secara besar-besaran, anda berada ditempat yang betul , keuntungan berlipat kali ganda akan menjadi milik anda sekiranya anda mendaftar sebagai Agen dengan kami. Keuntungan yang paling tinggi pernah dikeluarkan oleh syarikat untuk anda menjana pendapatan yang lumayan bersama kami. Kami telah menyediakan pelan yang menarik untuk anda. Pelan pemasaran yang hebat ini sememangnya telah dibuat untuk anda yang sanggup berusaha untuk mencapai kebebasan kewangan sebagai agen topup syarikat.
Dengan hanya mendaftarkan satu nombor, anda boleh menjual kesemua prepaid yang syarikat tawarkan, jom lihat kelebihan sebagai agen syarikat. NO MAXIS DAN CELCOM SAHAJA BOLEH DIDAFTARKAN SEBAGAI AGEN TOPUP

Indahnya Dhuha

Dhuha....
semua manusia atau kebanyakkanya sudah mendengarnya dan mengetahuinya. Tahukah anda, bertapa indahnhya hidup seseorang itu apabila dia menghiasi paginya setelah terbitnya Matahari yang Indah dengan menunaikan solat dua Rakaat dan memohon rezeki kepada Allah dengan doa ini.
Memulakan bacaan surah setelah surah Al-fatihah Rakaat pertama dengan surah assyam..

Topup ada Income™

UNTUK MENJADI AGENT TOPUPTopup ada Income™,SAYA BERSETUJU DENGAN 
SYARAT-SYARAT DI BAWAH:Saya faham bahawa Topup ada Income™ merupakan Dealer yang sah berdaftar dengan SRreload.com dan diberi kuasa untuk mendaftarkan Agent.Saya setuju bahawa Topup ada Income™ tidak akan bertanggungjawab jika saya mengalami kerugian sama ada dalam perniagaan topup ataupun dengan syarikat SRreload.com.Saya setuju untuk membuat pembayaran seperti yang di tetapkan. Yuran pendaftaran ikut pakej yang ditetapkan.
Saya bersetuju tidak akan menggunakan nombor yang telah ditukar servis kepada syarikat telekomunikasi yang lain (converted number). (Cth: Pada asalnya no Maxis tetapi telah ditukar kepada Digi)
Saya dengan sukarela menyertai Topup ada Income™ setelah memahami dan menimbang secara matang.
Saya sedar bahawa keahlian saya di Topup ada Income™ akan disekat sekiranya saya melanggar syarat-syarat di atas.
Saya berjanji akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh admin SRreload.com dan Topup ada Income™ dan sedia bertanggungjawab jika mengingkarinya. Saya menyedari bahawa peraturan-peraturan tersebut dibuat demi keselamatan saya dan semua agen Topup ada Income™.
Saya bersetuju tidak akan menggunakan nombor yang telah ditukar servis kepada syarikat telekomunikasi yang lain (converted number). (Cth: Pada asalnya no Maxis tetapi telah ditukar kepada Digi)Saya dengan sukarela menyertai Topup ada Income™ setelah memahami dan menimbang secara matang.Saya sedar bahawa keahlian saya di Topup ada Income™ akan disekat sekiranya saya melanggar syarat-syarat di atas.Saya berjanji akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh admin SRreload.com dan Topup ada Income™ dan sedia bertanggungjawab jika mengingkarinya. Saya menyedari bahawa peraturan-peraturan tersebut dibuat demi keselamatan saya dan semua agen Topup ada Income™.Saya bersetuju tidak akan menggunakan nombor yang telah ditukar servis kepada syarikat telekomunikasi yang lain (converted number). (Cth: Pada asalnya no Maxis tetapi telah ditukar kepada Digi)Saya dengan sukarela menyertai Topup ada Income™ setelah memahami dan menimbang secara matang.Saya sedar bahawa keahlian saya di Topup ada Income™ akan disekat sekiranya saya melanggar syarat-syarat di atas.Saya berjanji akan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh admin SRreload.com dan Topup ada Income™ dan sedia bertanggungjawab jika mengingkarinya. Saya menyedari bahawa peraturan-peraturan tersebut dibuat demi keselamatan saya dan semua agen Topup ada Income™.