Wednesday 13 May 2015

"Sangkaan Dan Hakikat"

Hampir 3 tahun keberadaan aku Di Mesir baru tersedar sesuatu.

Sebelum datang Mesir, agak tinggi sangkaan aku terhadap Ahlinya hatta golongan Medic,Dentist atau Pharmacy sekali pun tinggi sangkaan aku. Mereka dikalangan Orang yang hafal Quran,hebat ilmunya dan sebagainya.

Teringin juga menjadi begitu...

Hurh,


Hakikatnya Aku pun jauh sekali nak menjadi sedemikian. Usah kata orang sedarkan Diri,bukan ingin  menceritakan tentang diri yang kurang bagus. Tapi kena terima Hakikat.

    Dekat mana sekali pun kita tetap sama. Cuma yang extranya di Mesir boleh berbahasa. Tapi tak bagus juga sebab 24jam kalau jumpa Masri hatta dalam Kuliah pun masih berbahasa Pasar lagi.

    Kalau balik Malaysia kadang-kala nak peda cakap Fushah terus jadi ammi. Sampai satu tahap pernah ditegur guru  berbangsa Mesir yang pernah mengajarku di Malaysia sejak dulu lagi.

Namun tetapi kita jangan lupa akan kebolehan laim tentang diri sendiri. Mungkin asal kelebihan kita di bidang lain tapi kita terjun dan mendalami juga bidang yang lebih wajib dan utama ini. 

Pengajian dan hafalan Quran.

Sememangnya wajib bagi seseorang Azhari meningkatkan Ilmu dan hafazan Al-Quran. Dan Aib bagi dirinya jika tidak menghafal Al-Quran. Terutamanya surah dan juzuk yang ditetapkan oleh Pihak Universiti. Tambahan pula,dirinya seorang berpengajian Agama.

     Pengalaman yang tidak seberapa terasa aib bila terlupa hampir keseluruhan hafazan. Mungkin diri banyak dosa,sama ada pemakan yang was-was atau syubhah,mungkin barangkali dosa dengan Manusia,atau dosa dengan Allah yang masih terhijab dalam diri. Hanya doa saja yang mampu membantu,disamping usaha yang berterusan.

     Istiqomah dalam mengulang ayat Al-Quran sangat penting tapi yang lebih penting set target dulu. Jangan letak terlalu tinggi. Bajet-bajet lepas dengan masa dan waktu. Mungkin aku masih belum tercapai,tapi kerana kesilapan dan sesuatu yang dah berlaku dekat aku lebih menyuntik aku.(hurm belum tentu lagi ni. Kena-kena malas balik.)

Semoga tak jadi macam apa yang disangka lah.

Kalau nak cerita bab Pengajian, di Mesir ada beberapa Kategori pelajar.

1. Belajar+kerja+persatuan.
2. Belajar+kerja
3. Belajar+persatuan
4. Belajar sahaja
5. Kerja sahaja
6. Persatuan sahaja.
7. Kerja+persatuan

Setiap satu ada kebaikan dan keburukannya. Bagi aku wajib seimbangkan dan Utamakan belajar dan hadaf yang utama semestinya belajar. Tapi pelajar kategori 5ke bawah itu wajib dielakkan.

    Namun,kadang-kala aku sendiri gagal mengimbanganginya. Cukuplah bagiku belajar dan bekerja sampingan untuk menambah wang poket yang dimana tidak pernah diberikan oleh ibu dan bapaku. Tapi Alhamdulillah masih mampu aku seimbangkan. Namun tetapi bila datangnya kerja persatuan yang bertingkat-tingkat menjadi punca aku terhuyung-hayang. Bukan nak kata tak penting persatuan atau Jemaah ni. Tapi bila terlalu pada dan terlalu mendesak. Hatta jadual harian dipenuhi dengan rutin kerja dan persatuan sahaja. Bakal merosakkan perjalanan aku.

Mungkin berbeda dengan orang lain yang lebih hebat daripada aku, Mampu menguruskan segalanya dengan baik. Tahniah diucapkan.

     Just,nasihat aku untuk diri aku, utamakan yang lebih utama dahulukan yang mana perlu didahulukan. Lihat pada potensi dan kemampuan orang. Kepada yang berpersatuan, jangan pula terlalu menekan dalam sesuatu nilai akan pengurusan orang tersebut,kalau ada yang lebih utama baginya. Biar utamakan kerjanya terlebih dahulu. Usaha  memaksa dan dipaksa,nanti akan buruk padahnya.

Tapi aku rasa satu saja yang bakal membantu kita disaat kita terasa kusut dan tidak terurus. Dan perkara ini akan dikata orang bertambah beban. Mungkin bagiku ianya pengurang beban dan penambah bahagia.

BERISTERI@BERNIKAH.

   Hal ini memang banyak membantu pelajar yang lemah dalam pelajaran. Mereka lebih kuat dimana ada pendamping dan penyokong disaat terasa lemah. Hatta tidak sama seperti sahabat baik kerna tak semua boleh dikongsikan bersama sahabat baik. Mahupun ibu sendiri masih banyak perkara yang berselindung disebalik mereka.

Hurh.....

Kalau cerita bab ni,tak baca buku jawabnya aku. 10 muka surat tak habis. Pendek kata,kalau lemah cari Allah. Mohon dia,seandainya diberi pentunjuk berkali-kali untuk bernikah maka carilah dan lamarlah seseorang itu dalam keadaan yang baik. Dan pilihlah ugama dan Akhlaknya.

Tapi,memang menjadi hakikat buat mereka yang sering mengulang dan gagal dalam exam akan berjaya setelah Bernikah. Mungkin rezki mengubah cara hidup dan bernikah mungkin peningkat semangat dan penghapus dosa. 

Sudah.....

Cukuplah sedikit cerita sangkaan Masyarakat Malaysia dan Hakikat pelajar Malaysia di Mesir.

Pendek kata,

"Semuanya bergantung pada Diri sendiri"

Thursday 7 May 2015

I'll try

Nama aku mazlan,orang selalu panggil aku lan saja. Aku belajar di sebuah universiti tempatan. Aku sering kali ikuti usrah dan program. Tapi seringkali juga aku gagal menghadiri ke program-program yang membina jiwa. Tapi aku tidak pernah sesekali ponteng bulatan gembira sampai satu ketika aku pula yang perlu membawa bulatan gembira bersama budak baru di U aku ni.

    Aku stay di hostel bersama seorang kawan aku yang agak ganjil perangannya setelah kantoi mencuri wang rakan hostel disini. Aku tak pernah menyangka dirinya seorang pencuri. Kerna selalu berwatakan baik,berjubah,berkopiah,suka ikuti program. Dan aku seringkali ikuti penulisan yang ditulis beliau. Kadang-kala aku pernah juga mendengar dia ni pernah membuat program amal untuk kanak-kanak sekolah dengan menyampaikan ilmu-ilmu islam.

     Memang aku tabik lah, tak pernah bersangka buruk walaupun selepas mendengar kes curi ni. Tapi aku masih tidak boleh terima,selama aku duk hostel dengan dia jarang kali aku lihat dia solat subuh. Kalau waktu solat lain pernah juga aku melihatnya di masjid.

     Aku cuba bersangka baik lagi,mungkin solat pada waktu yang aku tidak perasan. Sangkaan aku berterusan sehingga suatu saat yang aku kurang terima dengan kelakuannya didalam bilik melalui perbualan Phone. Mungkin agak lucah tapi itu hakikatnya. Aku masih bersangka baik lagi,mungkin dia sudah berkahwin.

     Selepas berlakunya perbualan tersebut aku baru tahu dirinya masih belum berkahwin.
"Argh.....

Nyah engkau sangka buruk itu." Kata-kata hati mazlan dalam dirinya.

Selalu sangkaan buruk hadir menemani aku kerna perbuatannya. Aku cuba lupakan,sehingga satu saat aku terlihat dirinya tidak pula melihat solat subuh malah cuba menampakkan dirinya sudah solat.

      Sampai satu masa,mazlan terus tidak lagi mengendahkan dirinya. Pernah juga menegeur tetapi seperti tidak dilayan sahaja. Kadang mazlan terasa berdosa kerana tidak menegur. Dan cuba menegur kembali tapi masih sama saja. Tambahan pula mazlan mengetahui sahabat sebilik dengannya ambil bidang agama. Terus dirinya memandang serong terhadap agamawan sampai satu ketika seringkali berjaga dengan agamawan.

..........................................................................

Jangan jadikan diri sebagai fitnah kerna ia akan merosakkan kesemuanya. Biarlah ilmu yang didalami tidak setinggi mana tapi jangan biarkan sikap bongkak dan menunjuk-nunjuk hidup dalam diri sehingga memunafikkan diri anda. Kadang kita berkata orang bersangka buruk tapi kita sendiri yang mewujudkan sikap sangka buruk dalam diri kita sendiri. Sedangkan adakah kita tahu sejauh mana sangkaan baik mereka terhadap diri. 

" Bukan daripada cerita sebenar hanya rekaan" semata-mata.