Sunday 22 November 2015

"Diantara LOse Weight dan CInta"


    LOse Weight?

Kurangkan berat badan dan terus menjaga kesihatan. Itu adalah matlamat aku sejak berzaman lagi terutama selepas datang ke Mesir.



    
   Gambar kat atas ni adalah aku yang dulu, time ni masih mengajar di SRIKg Selangor. Berat budak diatas ni mencecah 96kg,ini 7 bulan sebelum ke Mesir.  Dalam masa 7 bulan tu budak ni naikkkan berat badan dia ke 106 dan bila dah di Mesir selama 7 bulan dia bejaya naikkan ke 116. Dalam maa yang sama budak n pernah mentaqdim beberapa orang akhwat. Kebetulan budak ni jenis tak suka direct. Kebiasaannya melalui senior atau directly dengan kakak  atau abang akhwat yang dia minat.



     Last-last sekali semua tolak, maybe sebab badan macam ni Kot.

Hurm,......

Lose Weight dan Cinta


      Bukan aku nak kisahkan sangat pasal Lose weight ni coz dah banyak dah Entri tentang LOse weight sepanjang perjalanan hidup ini ada yang pahit dan ada yang manis. Cuma sapa yang berminat nak saya jadi coach Boleh Whatsapp. Or Pm di FB.(sempat lagi Promote... Hahaha)


    Kisahnya berbunyi begini........



      Cuba baca Entri ni dulu.,Saat diri ini Dikhitbah Orang memang terasa luar biasa. Hanya kakak saya yang menguruskan segala perkenalanku dan bakal Isteriku (pada waktu tu lah sekarang Alhamdulillah dah sah). Setiap perkenalan semestinya setiap orang nak tengok gambar bakal Suami dan Bakal Isteri.


     Yup memang benar, aku tengok gambar bakal isteriku. Dan isteriku meminta untuk melihat gambarku. Gambar yang pertama yang dilihatnya adalah gambar yang diatas sekali. Pada masa yang sama aku juga ada meminta segala update perbualan diantara kakakku dan dia Zaujati habibati albi.


   Apa yang kakak aku cakap berdasarkan jawapannya setelah melihat gambar diatas tu??

"kak Bibah!! Apa respon Nur lepas tengok gambar tu?" Persoal aku terhadap kakak aku untuk menilai sejauh mana peribadi wanita tersebut.

Jawapan yang sungguh luar biasa berbanding jawapan Wanita-wanita lain yang pernah aku taqdim suatu ketika dahulu.
    " Nur cakap, 'Kak, saya tak kisah rupa paraslah asalkan dirinya cukup sempurna bagi saya,jaga solatnya,Qurannya dibaca dan lain-lain lagi.' ha, yang tulah jawapan dia" Balas kakakku.


    Terkejut juga aku dalam suasana ta'aruf sebegini baru ku kenal siapa itu wanita pilihanku yang sebenarnya. Dalam saat itu setelah beberapa minggu baru aku berikan jawapan penerimaanku dalam hidupnya. Kalau tak silap baru lepas cuti winter,saat orang melamarku. Masih gembira untukku bercuti kerna hati masih kecewa dengan kisah silam aku yang tidak dapat diterima cinta Hamba lain kerana Allah ingin berikan cinta yang sebenar buat diriku ini.


    Saat itu, terasa bahagia kerana Allah membuka hati seorang wanita yang luar biasa. Baginya cinta bukan dinilai daripada paras rupa dari luhur budi seseorang. Entah cerita apa yang dibawa kakak aku kepadanya dan cerita apa yang dibawa mereka yang mengenaliku kepadanya. Sesungguhnya orang yang benar-benar lama mengenaliku sahaja yang mengenaliku. Muka buku bukan diriku yang sebenar. Tapi hakikat kehidupan adalah diriku.

      Setelah kami bernikah aku bertanya sekali lagi berkenaan Ini, apa dijawabnya?
  
     "Abang ingat Tak Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak memandang pada rupa dan tubuh kamu dan tidak pada harta kamu, tetapi Allah memandang hati dan amal kamu" (Hadis Riwayat Muslim)., sayang tak pernah memilih abang dari segi rupa paras lansung. Awalnya ayang tengok gambat tu tak pernah kata apa pun just sayang menilai dari segi yang lain. Dan Alhamdulillah yang ini Allah kurniakan kepada Sayang. Sangat bersyukur dan terasa rahmat besar buat sayang. Terima kasih abang kerana terima sayang".

  "Sama-sama, syukran kerana Memilihku menajadi teman Hidupmu yang serba kekurangan ini".

     Salah satu punca nak Lose weight ni juga kerana ingin mencari Jodoh Juga... Heheh. Alhamdulillah atas apa yang Allah kurniakan kepada ku. 


    Itu salah satu kisah penerimaan Cinta yang Hadir tanpa Diduga.


Bersambung.....


Wednesday 11 November 2015

~Kehadiran Yang tidak Diduga ~

Sudah lama aku cuba mengelakkan diri dalam Alam Pernikahan Ini. Alam mencari Jodoh, sudah menjadi satu bualan yang tiada erti lagi Bagi aku setelah banyak kali Aku direject.

    Program Baitul Muslim yang lama diisi dibiarkan sahaja. Tiada sebarang Update yang aku ingin Perhatikan lagi.

Hurm....

      Tahun 2 aku sudah menghampiri Exam Winter, time tu badan dah mula mengecil dan sihat. Tetiba terasa kosong dan lapang time tu. Buka Email,perhatikan setiap email,kebanyakkannya daripada Program Baitul Muslim.

Perkara yang pertama aku tinggalkan dalam Inbox setiap Calon yang membalas salam perkenalan yang sudah lama aku tinggalkan dengan satu pesanan ringkas kepada mereka.
Dengan Meminta untuk terus hubungi akak Aku. Dengan cara ini sahaja yang dapat menunjukkan keseriusan seseorang dalam mengejar Jodoh mereka.

Sunday 8 November 2015

Malamat dan Cara Kita....

 

    Suatu hari tengah wassap zaujah, tetiba zaujah cakap,

"Abg, baru ni kawan syg cakap video waktu majlis kita tu dah diviralkan. Macam mana ni abg?"